♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..
Hello readers..

hari-hari terakhir bekerja ni fae nak amik kesempatan ni, sempena bulan baik ni fae nak mohon ampun dan maaf jika fae terlanjur kata,tersalah bicara, terkasar bahasa,menyakitkan hati anda, mengguris hati anda secara sedar atau tidak sedar, atau apa-apa yang kesalahan yang pernah fae lakukan terhadap anda semua, harap di maafi..

rasa macam sayu je kan..semoga Aidilfitri ini kita lebih dirahmati..dengan bergembira bersama keluarga tercinta..;)

bagi sesiapa yang singgah belog fae ni fae ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT WARGA BLOGGER!


fae hidangkan :



selamat menjamu selera..;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, August 24, 2011

pertama kali beraya sebagai tunang orang..

Assalamualaikum..
Hello readers...

saat menaip entry ni, mood fae tengah bermalas-malasan..malas nak buat kerja..haha..mood hilang nak buat kerja..badan je kat sini, hati tah kat mana hala pergi ntah..agaknya dah sampai kampung kot..;P

yelah..hari ni kan hari terakhir fae kerja..esok dah start cuti for hari raya..awalkan fae cuti..bos yang bagi cuti..pedehal..cuti je la kann...dalam hati melompat-lompat kot..x_x

wuarghh! tapi! tapi! baju raya tak shopping lagi..;( baju yg dah tempah tu pon tak siap-siap lagi..cemana ni? hari ahad kang dah nak balik kampung..gaji dah dapat + dapat duit raya...best! boleh la shopping dengan incik tunang nanti..;D

fyi, taun ni merupakan taun pertama beraya sebagai tunang orang..apa perasaan..ntah la..taktau nak cakap cemana..taun ni boleh beraya rumah bakal mertua..haha..gedikk..;P

tetiba teringat ketupat, dodol dan macam-macam lagi lah..rasa macam nak balik kampung sekarang jugak..cepatlah masa berlalu kan..yang penting rasa ni nak melantak kaw-kaw..haha..nak makan kuih, ketupat dan rendang..perghh! terbaik ! cuti pon seminggu..apa guna kalau tak manfaat kan cuti yang ada..ye dak? hehe

okelah, nak stop taip jup..nak berangan bila dah sampai kampung nanti..hikhik;P


p/s :
  • jum makan MAMEE sambil pulang ke kampung utk berhari raya
  • SAMSUNG GALAXY 10.1  baru keluar n super duper hebat..maklumat lanjut sila tengok kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

lepas tukar template tukar header pulak..aura raya...

Assalamualaikum..
Hello readers...

wah! wah! aura raya taun ni kemain lagi ye..nak tukar itu ini..ape tak cukup semua fae tukar..semangat orang kata..mengalahkan kanak-kanak lagi even now sekarang dah tak dapat duit raya lagi..sobsobsob..

pedulik kan zaman kecik-kecik dulu tuh..sekarang sampai masanya jadi tukang bagi duit pulak..err..macam tak sanggup je sebab gaji tersangatlah sedih buat masa sekarang..okey! okey! dah nak raya ni kan malas nak sedeyh lagi..:D

korang datang belog ni ada rasa lain tak? hikhik..haa..dua hari lepas iaitu lebih kurang empatpulohlapan jam yang lepas fae tukar template sempena menyambut hari raya..;) haa..hari ni plak..cer tengok betul-betul..tengok atas ..tengok bawah..then tengok atas balik..haha..tak payah! tak payah! straight to the point je..tengok header fae..;)

dulu fae pakai header ni : 


dan hari ni dah bertuka seperti ini --->


oke, yg 1st tuh header biasa
then yg 2nd tuh header flash

haa..header ni fae memberi kepercayaan sepenuhnya kepada KEI SEICHI sebab fae sangat-sangat berpuas hati dengan cara kerja dan design beliau..senang cerita memenuhi kehendak la..lagipon dulu dia jugak yang buat header untuk fae..sangat berpuas hati ..thx kei ! ;D

haa..tengok tuka header pon ade designer macam tempah baju nak raya jugak la kann..haha..hebat gitu..dah dah..malas nak cerita banyak..badan je kat sini tapi hati fae dah kat kampung ni..tak saba nak raya..yeay! ;D

p/s :
  • jum makan MAMEE sambil pulang ke kampung utk berhari raya
  • SAMSUNG GALAXY 10.1  baru keluar n super duper hebat..maklumat lanjut sila tengok kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

yeay! fae dapat kad raya dari...

Assalamualaikum..
Hello readers...

pepagi ni hati tersangatlah best, bukak je belog terus dapat kad raya! yeay! best! dah lama tak dapat kad raya..sebab selalunya paling banyak dapat sms je la kann...-_-

teringat masa zaman kecik-kecik dulu, zaman sekolah..tiap-tiap taun berebut nak beli kad raya, nak bagi kat kawan-kawan..paling best dapat balasan dari kawan-kawan..mula la nak gantung sana sini..;)

sekarang ni boleh kira berapa kerat je dapat..tapi Alhamdulillah dapat le jugak kan..dari takda langsung..;) semalam fae dapat kad raya from my beshfwen..Siti Suriani..thanks dear..sangat cantik dan kreatif..tak dapat nak tayang kat sini sebab card reader prob..sedeyhhh! sobsobsob..

dan hari ni buat pertama kali nya dalam sejarah sepanjang menjadi seorang blogger, fae terima kad raya via belog..hihi..kreatif sungguh! terima kasih kawan blogger Irma A. Wahid..;) kalau ada sesiapa yang nak jugak, boleh la request kat Irma di SINI

okelah, persembahkan kad raya yang fae terima dari Irma :


p/s :
  • jum makan MAMEE sambil pulang ke kampung utk berhari raya
  • SAMSUNG GALAXY 10.1  baru keluar n super duper hebat..maklumat lanjut sila tengok kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, August 23, 2011

template baru..hias nak sambut raya..;)

Assalamualaikum ..
Hello readers...

pagi tadi hujan lebat gila..sejuk sampai sekarang..memang best la kalau dapat tydo kan? haha..tapi apa kan daya fae berada di tempat kerja..sia-sia je kena lepuk dengan bos nanti..kang tak pasal-pasal tak dapat duit raya..cemana?-_-

tadi pagi sempat BW jup then fae tengok semua kemain lagi tuka template sempena nak raya ni..haa..kemain lagi youu! hati ni pon turut menggedik bila tengok semua dah tuka template sempena nak sambut raya ni..hee! ;)

mula la fae mencari template yang lain yang lebih menarik hati..haha..cari punya cari dah jumpa..cer tengok ni, dulu fae guna template ni---->


dan sekarang ni fae tuka menjadi --->


haa..nampak meriah sikit kan?
ke nampak serabut?

ceit! kemain lagi nak hias cantik-cantik kat belog ni, tapi kat rumah tengah huru-hara lagi..ape pon tak kemas lagi..apa pon tak boleh..kuih raya pon baru buat..baju raya?baju raya? wuarghh! ni sedeyh nak cerita...;-(

fae dah tempah baju sebulan before puasa..tapi apa jadi sampai hari ni? tadi call tukang jahit tuh then dia cakap baju fae tak siap lagi..TAK SIAP LAGI ye kawan-kawan! grr..cemana nak raya ni..huhu;( then dia tanya fae bila balik kampung then fae cakap hari ahad..dia mintak fae amik hari sabtu..huhu

cemana kalau baju tuh tetap tak siap?cemana pulak kalau dah siap tapi tak cantik sebab dia mesty buat kelam kabut..wuargh! dah macam-macam yang bermain di sanubari kepala otak ni..;)

hadoii! dah hilang idea dah bila cakap pasal baju raya..sedeyhhh! ;(

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, August 22, 2011

dah dapat nur..rindu belog ini....

Assalamualaikum..
Hello readers...

hari ni mood berbunga-bunga..rasa kesedaran yang timbul amat tinggi sebab dah lama abaikan belog ini tanpa rasa bersalah..-_-

secebis pun takda rasa kesian kat belog ni..sebab tuh takda belas kasihan langsung bila belog ni terabai..sangat kejam kan tuan belog ini..wuarghh! ampunkan saya..;)

hari ni tetiba je dah rasa rindu gila nak update seperti selalu sampai semak dashboard korang..kalau dulu makan aiskrim pon nak story..kena lempang pon nak cerita jugak tapi sekarang..sungguh sadis..;(

kalau lah belog ni boleh bercakap mesty tiap-tiap hari fae kena maki free je kan..hehe..okelah, sekarang ni dah ade kasih sayang nak curah kat belog ni..:D

untuk hari ni takda pape lagi..esok lusa tulat boleh datang sini lagi k..hehe;P

sila lempang fae laju-laju! :P



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, August 21, 2011

rezeki raya !

Assalamualaikum..
Hello readers..

seperti yang fae bagitau kat entry yg lepas, fae ade join contest yang dianjurkan oleh Gegula Shop, contest ni berlangsung selama seminggu sahaja..dari 14hb Sept - 20hb Sept 2011..mengikut syarat yg ditetapkan contest ini tutup pada 20hb Sept jam 12mlm! -_-

maka fae rasa tak ketahuan hala la duk promote untuk LIKE pic fae..kita mencuba nasib , apa salahnya dak? ne tau rezeki nak raya ni datang bergolek-golek pulak kan..:D

saingan sangatlah hebat, semua cun cantik-cantik belaka..macam takda harapan nak menang je rasa..sekadar mencuba nasib..;) seperti yang ditentukan hari ni Gegula Shop akan mengumumkan pemenang-pemenangnya..dupdapdupdap

sekali tengok : OMG! Alhamdulillah..;)

fae dapat tempat pertama..x_x
sumpah macam tak pecaya..
then 1st prize fae dapat ni :

Alhamdulillah..
rezeki raya! :D
bolehlah melaram masa raya nanti..hee!

thanx to all yg support fae..
yang tolong LIKE..
terima kasih banyak-banyak! :)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, August 19, 2011

bestkan dapat hina orang!

Assalamualaikum..
Hello readers...

malam-malam macam ni buat fae terfikir sendiri..mencari kesalahan diri, keburukan diri dan kekurangan diri..dah berhari-hari hati fae tak tenang mengenangkan apa dosa fae dekat 'org' tuh..kenapa sanggup dia buat macam ni dekat fae sedangkan fae tak pernah ganggu hidup dia..

kalaupon dia ada masalah dengan siblings fae tak sepatutnya dia mengata..babitkan fae sebagai kakak..kenapa nak burukkan family exbf andai kata dah takda jodoh antara korang..ni memang lumrah dunia kan..bila sayang di puji-puji, tapi bila dah benci semuanya buruk dan hina..

ini satu penghinaan yang tak boleh fae terima sebab ini berkait dengan family fae :

**untuk 'awak', saya doakan apa yg awak hina saya tuh, akan terjadi kat diri awak..aminn~

*awak cakap bf, opss! tunang saya teruk, dah macam p****** ***** kan?
- terima kasih sebab cakap macam tuh..nampak sgt awak tuh tak sedar diri..awak, klu bf awak tuh mcm bagus, hensem, saya terima..tapi kan saya rasa la kan..elok lah kalau awak pergi dating, bawak lah cermin then tengok muka awak ngan bf sama-sama! OMG! sweetkan! !@##$%^

*awak ckp tunang saya suruh kawan dia add awak, then nak ngorat awak la apa la tapi awak ckp "plss la ingat i nak layan ke yakkkkksss"
- awak,mata saya tak buta pon awak..saya tengok awak kemain menggedik lagi dengan kawan2 tunang saya tuh..awak ckp mcm awak HOT tapi awak terhegeh-hegeh jugak ye dengan dorang..lagi satu ye wak, kwn2 tunang saya semua dah KAWIN, kalau dia kacau awak, jangan la awak perasan ye..ntah-ntah dorang nak buat awak stok geki-geli je..yakkkkssss!

*awak cakap saya suruh awak add tunang saya yg dulu merangkap bf saya...then awak cakap TERPAKSA la add..
- awak mcm ARTIS la..kesian awak kan, dah perasan HOT sangat la tuh kan...saya suruh tunang saya add awak?bukan awak ke yang gedik sendiri pergi add dye..OMG! awak HOT la sampai saya pon nak suruh tunang saya add awak! tak hadap la muka macam awak ni...grr!

*awak cakap tunang saya tah pape, keje pon biasa je..
- awak tuh study pon tak abis lagi..lagi nak cakap pasal keje..tau la study kat U, tapi awak ingat bila kerja nanti terus jadi CEO ke?silap hari bulan awak timba pengalaman kerja kat 7e dulu tau! tak payah nak hina sangat la kan kerja orang...awak dah bagus sangat ke? dah kerja hebat?gaji dah masyuk?tak payah nak hina orang kerja apa even gaji dia sebanyak RM1000...jangan kata tak boleh tolong family...janji ikhlas...awak ade ke?

*awak,jangan ingat kalau tak further study tuh bodoh yee..
- saya tau la awak study kat U, tapi kalau perangai awak ni menghina orang, tak baik tau! nampak macam awak ni lagi bodoh dari orang yang tak belajar..bestkan dapat mengata orang belakang-belakang! walaupon awak mengata saya belakang-belakang, tapi Allah nak tunjuk sampai la saya jumpa kebenaran..

banyak lagi saya nak nasihatkan awak ni tau..buat masa sekarang ni tu jela dulu kot..
sekian terima kasih..mungkin awak juga dah menambah rezeki saya..aminnn...;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

menagih simpati !

Assalamualaikum..
Hello readers..

dah lama fae tak curahkan kasih sayang kat belog ni..minggu ni memang macam terbiar je..kesiann..bukan apa,seperti yang fae bagitau korang last entry yang fae bz sedikit sejak kebelakangan ni..-_-

bukan sampai tak jenguk langsung..jenguk jugak tapi tak mampu nak tinggal secalit entry panjang lebar untuk korang baca..di tambah pulak sejak kebelakangan ni ada je prob yang datang..dugaan bulan puasa agaknya..-_-

tengok belog ni pon sepintas lalu je, fae banyak on9 fb sahaja..banyak masalah yang datang kat fb tuh, selain tuh fae juga sempat join satu contest anjuran GEGULA SHOP ! oh ya! sekarang ni GEGULA SHOP rancak buat sales ! boleh lah korang jenguk nanti ya..x_x

berbalik pada tajuk, fae nak menagih simpati kat korang untuk LIKE pic fae..seperti yang fae nyatakan kat atas fae join contest GEGULA SHOP, maka dengan ini, fae nak mintak jasa baik korang untuk LIKE pic fae untuk menang contest ni..Insya-Allah..;)

contest ni dianjurkan selama seminggu sahaja bermula dari tarikh 14hb August sehingga 20hb August 2011..fae dah kesuntukan masa..sekarang fae terkedek-kedek nak promote diri..huhu..harap anda semua boleh tolong fae..;)

caranya macam ni :
  • 1st  ---> ADD Gegula Shop di SINI (tunggu sehingga di approve dahulu kemudian..)
  • 2nd ---> LIKE pic fae di SINI 
segala jasa anda amat-amat fae hargai..terima kasih semua! ;)

jangan lupa ye tolong fae..
jangan salah LIKE pic pulak tau..hikhik
ni pic yang fae pertaruhkan :




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, August 14, 2011

jangan marah saya...maafkan saya...

Assalamualaikum..
Hello readers..

dah berapa hari tak update belog ni kan..rindu pulak..dah macam setahun limablas hari tak update..tengok belog ni rasa macam tuan rumah nya bakal menghabukkan belog sendiri kan? -_-

bulan puasa ni banyak masa di gunakan untuk bekerja seikhlas mungkin, mana nak fikir bape hari lagi nak raya, nak buat kuih raya, baju raya, rindu kat kampung lagi..hadoi! macam-macam dah fikir ni! kadang-kadang dapat tengok  blog sekilas pandang je..x_-

lagak gaya macam menteri kan..idaklah begitu tapi sekali sekala nak la kerja rajin-rajin, mana la tau tetiba bos nak bagi duit raya banyak-banyak..haruslah seronok berhari raya tahun ni kan..fulus! fulus!

tetiba je rasa bila masanya pulak fae nak update belog, bila masa lagi nak blogwalking, singgah balas teman sekampung blog, jenjalan sambil makan angin kat blog kengkawan? wuarghh! -_-

kalau boleh fae nak buat dua kerja dalam satu masa..nak buat kerja sambil beri sedikit perhatian kepada blog..tapi..tapi fae rasa macam tak mampu pulak..takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak..haish! nak bagi dua-dua yg terbaik! nak bos suka dengan kerja fae dan nak jugak korang suka baca belog fae..

jangan marah fae,jangan tarik muka dengan fae, jangan cakap fae sombong, jangan tetiba rasa dah taknak datang jenguk sini lagi..jangan!jangan! fae sedaya upaya cuba luangkan masa melawat blog korang semua..dan terima kasih jugak pada yang sudi dtg sini..fae pasti membalas kunjungan anda..;)


p/s :
  • maafkan fae..akan cuba curi-curi masa untuk bermesra alam dengan korang..;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, August 11, 2011

KL Gangster muncul kembali ! lebih gempak!

Assalamualaikum..
Hello readers...

fae yakin yang korang semua tak sabar nak tunggu
 kemunculan kesinambungan filem KL Gangster kan?macam tuh jugak fae..
dengan ini secara eksklusif fae pertontonkan kepada
anda filem KL Gangster..
pasti terburaikan isi perut anda..;)
nantikan kemunculannya..;)


apa macam?best ka?
hahaha!
semoga terhibur!;)


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

nuffnang! terima kasih !

Assalamualaikum..
Hello readers...

click untuk tumbesaran!

p/s: ini bukan entry menunjuk-nunjuk tak tentu pasal.-_-

melihatkan gambar rajah diatas buat hati berbunga-bunga je
 walaupon tengah tak berapa nak sihat..
rezeki bulan puasa..saya dapat CPC yg ke-5..terima kasih nuffnang..;)

Alhamdulillah..tiap-tiap bulan fae diberi CPC..
walaupon tak banyak tapi betul-betul bersyukur..
harap-harap masa raya bagi dapat lebih sikit ye..hikhik;P


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

saya kembali sihat !

Assalamualaikum..
Hello readers..


Alhamdulillah..hari ni fae terkinja-kinja luar biasa pulak rasanya..happy sebab tak sabar nak pergi kerja..pelik?ye memang pelik sebab tetiba fae semangat nak pergi kerja kan?-_-

semalam fae mc..selsema+demam..tak suka! tak suka! kalau dapat cuti tak sakit badan takpa..esok lusa tulat pon nak cuti lagi..tapi bila dah sakit, di tambah lagi bulan puasa..omg! dugaan ye kawan-kawan! tapi paling bangga dengan diri sendiri sebab semalam walaupon fae demam tapi fae berjaya puasa! yeay!;)

hebat tak?dush! stop it fae! yang penting bulan yang mulia ni kita kena kutip pahala bebanyak even sakit! semangat waja! ;P hari ni fae bangun awal nak pergi kerja..tapi fae dera adik untuk hantar pergi kerja..hari ni takda mood nak drive..so hari ni merempit lah! haha

senangkan kalau sakit..yang paling best adik fae akan berubah laku jadi lebih baik melayan fae..;) rasa macam nak sakit selalu bila dia layan macam tuh..walaupon kitorang memang tak sekepala dan ada je benda nak bertekak tapi bila fae sakit dia yang akan bagi ubat untuk fae..;)

sekarang bila dah sampai ofis,kerja dah menunggu..biasalah bila dah cuti ada je yang kena settlekan..Alhamdulillah masih tidak membebankan diri yang masih lagi tak berapa sihat..;) semoga terus ceria sampai ke petang..-_-

p/s :
  • jum rebut RM 10,000 dengan segera di SINI


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, August 9, 2011

selsema ! syuhhh jauh-jauh!

Assalamualaikum..
Hello readers..



dalam keadaan cuaca tak menentu ni, fae juga mengalami kesihatan diri yang tak menentu mengganggu diri untuk menjalani ibadah puasa..ini la yang dikatakan dugaan ketika berpuasa..-_-

tatkala orang lain mampu melaksanakan ibadah puasa dengan baik..juga disertakan kesihatan yang baik, fae pula tidak dikurniakan kesihatan yang baik..jeles tengok korang..fae pulak mengabdikan diri pada tisu kerana mengalami selsema akan agak teruk..;-(

selsema ni datang mengejut pagi tadi..selalunya bila masuk tengahari dia dah hilang tapi hari ni dia mula nak tunjuk taring..grr! tak mampu nak bernafas dengan selesa, dah habis tisu fae gunakan untuk mengelap hingus degil juga membuatkan hidung fae kemerah-merahan..seksaaa...;(

tapi masih tetap bersyukur sebab kerja hari ni tak begitu membebankan..duduk dah ketahuan hala..pening tangkap kepala pulak..ya Allah! kuatkanlah semangatku..;( bukan setakat selsema je tapi fae dah bersin berkali-kali sampai mata pon dah naik merah..sobsobsob

p/s : doakan fae cepat sembuh yee..;-(

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Kejoraku Bersatu lagu dituju khas buat..?

Assalamualaikum..
Hello readers..



Kejoraku Bersatu



Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu


Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku

Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

hati berbunga riang bila dengar lagu ni..lirik dia menusuk kalbu betul kan..fae pon boleh gila bayang dengar lagu ni..hikhik;P walaupon lagu lama tapi bila ada org tuju lagu ni untuk kita memang rasa terharu bangga tak hinggat la kann..;)

pagi petang siang malam memang fae dah gila bayang dengan lagu ni bila my fiance tujukan lagu ni khas untuk fae..wuarghh! nak menangis pon ada..rasa macam lebih dihargai pulak..hehe..dah datang dah gedik dia..ngagaga..x_x

dah! dah! malas nak cerita banyak sebab karang tak pasal-pasal ada org muntah..batal puasa..hehe..papepon  for my fiance..thx for the song..i'll appreciate that..ilysm dear ;)



p/s :
  • jum rebut RM 10,000 dengan segera di SINI







terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, August 8, 2011

sedap sungguh tido sampai terlambat pergi kerja

Assalamualaikum..
Hello readers...


tak tau pasai apa dua tiga hari ni cuaca panas betul..sumpah tak tahan! lemah je rasa..tekak kering jangan kata la kan..dpt plak minum oren jus! pergh! terbaik dari ladang la kann;) sambil menatap pic di atas..wuarghh! kejam pada diri sendiri..

semalam fae cuti sebab nak bawak adik fae yang kecik pergi check up..sebab tu semalam tade satu pon entry yang melintas kat dashboard korang..maka dengan ini fae akan buat korang marah tengok entry fae bersepah kat dashboard korang..nak pahala free secara haram..wakaka;P gurau je

semalam pergi check up adik kat KK Sungai Buloh pukul dua petang..dah settle semua dalam pukul tiga setengah dah settle terus mak ajak pergi Sg. Buloh jup cuci mata jalan-jalan..layankan jelah..cuaca plak panas rasa macam nak pengsan pon ade..

masa kat Sg.Buloh tu fae pergi cari kain untuk buat baju raya..dah beli kain terus pergi bazar cuci mata..wuargh! tergugat iman jugak weyh..tengok air yang sejuk bagai nak rak..tengok plak adik minum..grrr! rasa nak rampas je dari tangan dia tuh..saba saba hilang pahala puasa karang..

cepat-cepat je ajak mak balik dan ktorang terus pergi tempah baju untuk raya nanti..takut tak sempat kang menangis pulak pagi raya..sobsob..penat! penat! sampai je rumah terus terbongkang tak ingat dunia..terus rasa lembik je badan..huhu

masa yang di tunggu telah tiba..buka puasa weyh, nak air! nak air je! haus sangat..semalam mak masak sup ketam! wow! terbaik lah! melantak tak tengok kiri kanan dah..keji betul..^-^


lepas buka puasa, solat then terlentang atas katil..letih sangat badan ni rasa nak demam pulak..tido awal kemain lagi..nampak letih benor..bangun sahur pon macam tak larat sangat..makan pon tak byk..terus sambung tydo..zzzzZZZzzzz

sekali terjaga pukul lapan setengah..amik weyh..dah lambat nak pergi kerja..apa jadah nya sampai tak terjaga langsung..wuargh! ligat-ligat bangun mandi dan bersiap! tak pernah-pernah macam ni..padan muka kau fae! kelam kabut di buatnya..nasib baik sampai ofis tak lewat sangat..hadoi! nasib baik bos tak marah..sobsob..

p/s :
  • jum rebut RM 10,000 dengan segera di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, August 7, 2011

jalan-jalan..dah lama tak dera kaki..

Assalamualaikum
Hello readers..

hari ni sengaja bersengkang mata supaya dapat update belog yang dah ditinggalkan seharian..walaupon lenguh kaki tak hilang lagi,semangat pulak nak update..hati busuk dah berkata "baik pergi tido atas tilam empuk sekarang lagi best" grr!syuhh!

kaki lenguh,sakit dan melecet bukan sebab buat-buat sakit tapi hari ni fae bersama family my fiance yakni bakal family fae juga, keluar pergi makan-makan! haipp! bulan puasa ni! ops! tetipu jup..ktorang pergi shopping persiapan untuk hari raya nanti..;)

sebab apa sampai sakit kaki, sebabnya bila dah ramai-ramai ni langkah terbaik adalah menggunakan LRT..cepat dan tangkas bukan..ngehngeh..berjalan macam ni baru rasa nikmat puasa, haus tak ingat..letih jangan kata la tapi sumpah best!;)




ni masa ktorg tengah tggu lrt..sempat lagi nak pose..fae dengan fiance dah lama kot tak naik lrt..kalau pergi sendiri sumpah sesat..dat y muka ktorang excited kemain..haha;) tapi bila pergi ramai-ramai ni memang best sangat..rasa penat pon boleh hilang ;)




tambah best lagi bila ada c comel pija ni..pija ni anak akak fiance fae yakni bakal anak buah fae..muahaha;P best jugak layan dia, dia pon tak meragam macam syok je dapat berjalan..hehe;) best kalau pergi mana-mana bawak baby yang tak kuat meragam kan..-_-


sempat lagi ktorang posing masa tengah best-best dera kaki..selamber je tengah panas tuh tapi angin kuat woo..tak la rasa panas sangat..aktiviti diteruskan dengan shopping ,shopping n shopping..;) fae? nak tengok apa je fae buat bila dah letih?



cari port untuk duduk la sementara tunggu yang lain-lain shopping..penat ouh..kalau boleh tydo,dah lama tydo kat situ..haha..lepas dah abis shopping ktorang ke Hospital Ampang pulak, pergi melawat anak abg my fiance yang baru lahir..comel..baby boy..tahniah abg wan! ;) yeay,dapat nak buah baru..hehe;P


comel kan? lepas dah puas tengok baby ktorang terus gerak balik untuk cari tempat buka puasa pulak..fuh! bila dah dapat air memang bantai berkilo-kilo la air..baru puas..balas dendam kehausan..hehe..apa-apa pon memang enjoy la hari ni..;)



p/s :

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Saturday, August 6, 2011

gelagat baby masa kini..

Assalamualaikum..
Hello readers..
p/s : entry ni nak tempek pic baby je..;)

even mata dah tak mampu nak bukak sampai tahap fae letak batang mancis pon boleh patah tapi jari manis masih  sudi memberi khidmat yang terbaik sebelum dapat membongkang dengan gaya paling hebat..haha..hamek kau ape aku merapu nih..;P



ni anak sapa?haa..perhatian kepada semua ye..ini adalah anak bongsu kepada En. Jamal iaitu abah fae dan bermaksud baby ni adalah adik fae yang bongsu..;)

jangan korang kata ini anak fae pulak ye sebab kadang-kadang bila keluar mana-mana fae akan dukung dia then orang akan tegur dan tanya "ini anak ke?" ..terkedu kejap..dengan malu-malu kucing parsi fae jawab "err..bukan..adik saya..;)" muka fae dah macam muka 'mak-mak' ke?haish!x_x

mana la orang tak kata adik fae ni macam anak fae..tatkala usia mencecah 22tahun mencecah dewasa dengan tiba-tiba dapat pulak adik lagi..oke takpe..fae suka baby..tapi hati paling dalam sanubari mula berkata sendiri "sekarang umur aku 22tahun..then dapat adik..cemana bila adik aku pulak berumur 22tahun..aku??" fullstop!gilalah! dah!dah! tamo pikir..tak boleh terima kenyataan bila dah tak muda lagi nnti..huhu-_-

lagipon dengan adik yang last ni fae memang betul-betul rapat dengan dia..dari masa mak pregnant dulu,fae yang bawak mak pergi check up, bila dah nak bersalin fae jugak yang bawak mak pergi hospital..abah?jangan korang cakap abah tak amik kisah tapi abah kerja..outstation dan mak kat sini bergantung harap dengan fae..bukan nak bangga diri tapi rasa dah berbakti pada nusa dan bangsa dengan mak ngan abah! ;)

bila masa mula-mula lahir dulu kemain eksaited lagi fae..ce korang tengok pic norfarishawani <click>masa lahir dulu..;) dia pulak memang mesra alam yang menjadi hobinya senyum kat orang tak ketahuan hala..;) 


sekarang dia dah masuk 8bulan..maka dengan ini anggota badannya mula berfungsi dengan baik membuatkannya bertambah ligat dan nakal..kadang-kadang pandai pulak nak merajuknya..haish! penampo karang! dia sekarang dah pandai menyulur kehulur kehilir macam dia dah pandai berjalan..  -_-

paling besh tempat yang dia akan tuju adalah bilik paling kemas milik fae..muahaha;P taktau apa yang dia suka sangat sampaikan satu tahap bila fae dah bengang, setiap kali masuk bilik fae akan tutup pintu rapat-rapat supaya dia tak boleh masuk..kejam kan?hikhik;P

dia macam tau-tau je fae ade kat dalam bilik..padahal dah tutup pintu rapat-rapat pon supaya dia tak nampak fae..tapi korang tau ape dia buat bila dia nak masuk juga bilik fae..dengan tangan kecik dia, dia akan ketuk 'pumpangpumpang' macam bergendang dgn harapan fae akan bukak pintu..grrr!

biasalah,bila dah bising kita akan bukak jugak kan pintu tuh..bila bukak je pintu, dia terus menyulur masuk gaya  macam singa laut merangkak..pantas! suka kemain lagi dia bila dah berjaya masuk bilik fae..tengok apa dia buat kat fae :


siap jelir lidah lagi weyh..budak-budak zaman sekarang ni kemain lagi kan..cepuk kang baru tau..geram betul di buatnya..tapi cemana pon fae memang syg kot kat dia..penyeri ktorang satu family..;)

p/s :
  • pakaian Trudy & Teddy  <click> adalah pakaian yang paling selesa untuk baby sehingga berumur 4 tahun..untuk maklumat lanjut sila lihat di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tips Berpuasa 4# - fasa-fasa puasa yang berjaya

Assalamualaikum..
Hello readers..



selamat menjalani ibadah puasa yang ke-6 hari ini..;) ada yang tak puasa ke?jeng jeng jeng..tak lama dah lagi nak berbuka..tahan la sikit ye..hari ni cuaca panas kemain..rasa macam nak berendam dalam air! haish! tak boleh!hikhik;P

mula lah berkira-kira dalam hati nak makan itu ini..amalan syaitan tuh..tak baik membazir, jangan nak tamak sangat la ye..karang dah teguk air terus rasa dah kenyang seminggu..hehe;) 

hari ni maca biasa fae nak share lagi dengan korang tips berpuasa untuk korang semua;) sebelum tuh jum baca tips berpuasa yang lain bagi yang belum baca ye..;)


oke, sekarang kita ke tips yang seterusnya ;) -->

Fasa-fasa puasa yang berjaya:
  • fasa pertama (2-3 hari) : perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
  • fasa kedua (3-14 hari) : kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
  • fasa ketiga (14-akhir puasa) : lidah menjadi bersih, nafas hilang bau,selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.

di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru..keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

  • makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
  • makan kerap
  • kuih-muih yang payah dihadam
  • air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:

  • kesihatan bertambah baik 
  • kurang makan kerana perut dah kecut


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)." 


p/s :




::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

dasar suka ambil kesempatan betul ! -_-

Assalamualaikum..
Hello readers..

sila tenyeh mata tujuhpulohenam kali tanpa henti..jangan tak pecaya..ini memang fae yang update selepas beberapa  minggu yang lepas jangan harap nak tengok entry fae hari sabtu kan?kan?-_- jangan buat-buat tak pecaya sebab bulan puasa tak baik menipu..kihkih;P

muka suci lagi murni..muahaha;P

hari ni kemain tergedix nak update blog..kiranya nak balas dendam yang semalam kecundang di siang hari sampai tak sempat-sempat nak update..macam lah fae ni berstatus menteri yang bz tak ketahuan hala..tu yang hari ni nak update jugak..-_-

sebab apa semalam tak update?bukan sebab bos dah warning,bukan jugak sebab kerja yang melimpah ruah, bukan jugak sebab hati kata 'taknak' bukan jugak sebab jari malas nak taip, tapi sebab ape? <kemain panjang membebel ni..>

sebab..sebab kaki kata 'taknak'..takde kena mengena kan?..sebenarnya sebab tak larat tak ketahuan hala..lebih kurang je kan dengan alasan yang kat atas tuh..;P semalam hari jumaat..kebetulan pulak bos takda..memang dah dasar suka amik kesempatan maka fae bersama kak ain (ofismate) pergi merayap tak ketahuan hala di e@curve ;)


kitorang merayap kat sana saja nak cuci mata..;) lagi pon tak jauh dari ofis..al-maklum lah nak raya dah ni so ktorang nak la p usha baju raya yang hot-hot masa raya nanti sampai orang tengok boleh main kedip-kedip mata-_- gatal pulak! tau kat my fiance kena tibai sat g!haha;P

yang paling besh la kan..lagu raya kemain hebat lagi berkumandang kat situ! baru berapa hari puasa..tiba-tiba teringat kampung hati sayu mengenang dirimuuu... tapi rasanya tak gempak macam taun lepas la..maybe awal puasa lagi so tak ramai yang menjual baju raya lagi..-_-

wajib amik gambar kot! ;P

dah puas berjalan kak ain nak beli barang sikit kat tesco, maka fae pulak pergi settle hutang dengan pakcik Mammoth..dah la penat berjalan tapi tetap berjalan lagi..haus! haus! x_x


selepas menunaikan hajat masing-masing kitorang pon beredar balik ofis dengan harapan bos tak masuk ofis..hikhik..lagipon ktorang terlambat..tak sengaja..yeke?hah! kalau dah dapat berjalan sampai tak ingat dunia dibuatnya!--_-

nasib baik bila sampai ofis bos takda, senyum meleret la walaupon tak mampu nak cakap apa-apa..mengah kot weyh..seratuslimapuloh kali usha jam pukul berapa la nak bukak puasa ni..huhu..sadis sungguh..rasa macam nak merengek-rengek je dengan mak macam zaman kecik-kecik dulu..cuba sekarang pergi merengek lagi,memang tak cerita banyak, mak bagi penampo paling hebat di abad ini..hikhik;P

disebabkan semua tuh la membuatkan fae tak mampu nak update bila datang kehausan tahap melampau..sumpah tak mau buat lagi dah..-_-

p/s :




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, August 5, 2011

Tips Berpuasa 3# - cara berbuka dan bersahur yang berkesan

Assalamualaikum..
Hello readers..

erkkkkk! Alhamdulillah.. uiks! tak senonoh! sorie ye tersendawa kat sini pulak..kenyang minum air bertong-tong sebab kehausan yang terlampau pada hari ini..-_- 

hari ni tak sempat nak update berkilo-kilo entry untuk semakkan dashboard korang..tak sempat! katanyaa...ke korang suka yee fae tak update eyh?tak suka eh datang sini?huhu..tetiba sedih semacam..tamo! tamo! tak baik macam ni..baik korang datang selalu..hikhik;P

kenapa tak sempat update?karang lah fae story k..sekarang ni fae nak sambung share tips berpuasa untuk korang..;) thanks ye sudi baca..bagi yang belum baca Tips Berpuasa yang 1# & 2# jemput la baca ye kat :


terima kasih sudi baca..*-*

ini pulak untuk tips hari ni yang fae nak share dengan korang ;) baca selow-selow k..^-^

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

  • berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
  • solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
  • makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
  • kurangkan kadar makanan dari biasa
  • JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
  • minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
  • waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

p/s :


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)