♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, January 22, 2013

ku ke sana - Melaka

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers.

pada pertengahan disember yang lalu, musim cuti sekolah. ye? kenapa ye? oh ye saya tahu, saya mengerti, agak berkarat nak update lagi bukan? hee. ye masa sekarang ni lah fae baru bersemangat jiwa raga terkedek-kedek nak update. masa sekarang la baru datang kesedaran jiwa dan minda. ececeh. harap awak-awak semua sudi baca yea :)

benda ni dah di plan oleh my parents, tapi fae and husband dua tiga kali fikir nak pergi ke tak, and takde kata putus lagi. al maklum lah masa tu tak gaji lagi so agak keberatan la nak pergi. mak abah fae plan nak pergi Melaka bawak adik-adik tercinta sempena cuti sekolah ni. kesian pulak dorang nanti. -,-

mak kemain lagi pujuk fae, tak cukup dengan tu, mak pujuk pulak suami fae. siap pakej nak support ktorang lagi. haa, kemain lagi. konon kalau ktorang tak pergi maka tak jadi la pergi Melaka. macam-macam mak ni. hihi. padahal mak takde kawan sebab fae anak sulong perempuan. karang dia takda kawan nak borak. entah macam mana asben cakap nak follow, agaknya segan kot sebab dah banyak kali mak pujuk dia. -,-

maka seperti yang dijanjikan, kami pun pergi menghuru-harakan Melaka. haha. semua adik beradik fae pergi. yela. kata family day kan. rasa macam seronok pulak nak pergi jalan-jalan. dah macam kanak-kanak dah fae punya excited :)


1st ktorang jejakkan kaki dekat Zoo Melaka dulu. tapi fae tak berjalan sangat pun, sampai sana semua berpecah termasuk mak dengan abah. fae dengan asben mengelat, Al maklumlah fae ni sebenarnya tak boleh berjalan sangat, jalan tak sampai 5minit ternampak pulak kedai mkn, beli la ape yang patut. mak pulak dah kena kidnap dengan adik-adik bujang fae. abah pun tah kemana. hihi. pastu jalan depan sikit nampak abah tengah makan. oh abah pun mengelat jugak rupanya. -,- terus ktorang pergi kat abah join sekaki makan. err, makan lagi? hihi :P

pastu dah puas berjalan semua, ktorang makan-makan dulu dekat Taman Botani kalau tak silap, dah sebulan berlalu, haruslah daya ingatan jadi kurang -,- makan bekalan bekal yang mak masak. oh enaknya. dah kenyang perut ktorang pergi lepak dekat Pantai Klebang pulak. haa. feeling habis tepi pantai. ewah. hihi



kat Pantai Klebang ni just rileks rileks je pun, abah rest kejap sambil tido-tido tapi tido dlm kereta la. angin dia punya la best. ktorang pun just lepak-lepak je. then dah alang-alang dekat situ, ktorang yang bujang-bujang ni pergi la dekat Musium Kapal Selam. ingatkan boleh masuk dalam kapal selam tuh. berangan kemain tapi__ tapi rupanya duk keliling kapal selam tu jelah. harapan nak masuk. haish!

nak petang sikit ktorang masuk Kota Melaka. kat sini memang ramai orang la kan. bandar dia. musim cuti sekolah pulak. kat situ lah bersepahnya abang-abang beca. ktorang just lepak-lepak kat sana je. jalan-jalan. nak malam ktorang gerak balik dah. ktorang pergi balik hari je :)

err, dah nak balik eh?

maka, tamatlah kisah Melaka untuk entry kali ini, walaupu balik hari, nampak penat tapi ktorang super enjoy, seronok. yela, susah nak kumpul macam ni sebab semuanya bz kerja. okeylah, tunggu next entry pulak okey :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)