♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, November 7, 2012

cinta terindah

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

ini adalah entry kedua fae pada hari ini. nampak tak kegianannya bila dah lama tak update belog. silap hari bulan lepas ni ada lagi dua tiga entry yang menyusul. ewah! tipu je tuu =p hampir dua bulan jugak fae menjadi seorang isteri. banyak dah yang fae belajar untuk menjadi isteri yang solehah. Insya Allah ;)

Alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana diberi peluang untuk fae dapat apa yang fae miliki pada hari ni. keluarga yang penuh kasih sayang, yang happy,kawan-kawan yang banyak beri sokongan dan tunjuk ajar dan dikurniakan seorang suami yang sangat memahami. rasa tak terbalas semua tu tau ;)

berbalik kepada perubahan hidup fae. hidup berdua memang berbeza. sangat berbeza, kita harus lebih mengenali pasangan. dulu masa bercinta kita tau sikit je tau. tapi bila dah kawin hidup berdua kita akan tahu siapa suami kita sebenarnya. dengar macm scary pulak kan? haha. Alhamdulillah buat masa ni suami fae tersangatlah memahami. tersangat. syukur.

ternyata hidup berdua memang berbeza bila kita dah berkongsi bilik, berkongsi katil, berebut selimut, berebut bantal peluk. haha. memang kelakar dan yang paling tak best bila dua-dua dah sedap landing atas katil, masing-masing malas nak tutup lampu lagi dah. agak-agak sapa yang jadi mangsa?=p takpe fae nak kutip pahala. haha

cabaran terbesar hidup berdua adalah berkenaan hati dan perasaan. betul tak? masa ni la kita betul-betul kena jaga hati, faham dia dan sampai kadang-kadang kita sendiri tak paham. kenapa begitu? kenapa begini ?semuanya kita kena belajar cara nak atasi semua tu. hebatkan cabaran dia.

bagi fae, selagi mampu fae nak jaga hati dia, jadi yang terbaik untuk dia, pujuk dan settle kalau ada apa-apa masalah. ini menguatkan hubungan kita lagi tau. dulu bercinta sebelum kawin and now kenalah bercinta selepas kawin. ;) Alhamdulillah jodoh kami kuat sehingga ke hari ni dan harap hingga ke akhir hayat kami.


dalam dunia ni tiada yang sempurna tapi kita harus belajar untuk jadi yang sempurna ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

minat berubah

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

harap semua sihat dan masih lagi sudi singgah belog ini. dah lama tak berupdate kembali bz katanyaa =p bila dah lama tak update tetiba datang rindunya dekat belog ni. sepatutnya sekarang ni makin rajin update tapi entah macam mana sama je kan? acaner tu?x_-

sekarang ni ada dalam 3minggu fae dah mula kerja. kerja kali ni memang agak berbeza sikit kot macam dulu..sebelum ni fae kerja dekat satu company ni tapi hanya bertahan selama seminggu je. haha. lucu betul! mungkin sebab dah terlampau lama rest kot mood nak kerja tu agak kurang -,-

n now fae keje kat butik baju muslimah. rasa macam tenang je kerja sini sebabnya fae kerja kat sini sorang-sorang je. act, butik ni nak buat jualan online. dengan sedikit ilmu yang ada fae tolong buat blog dan fb page supaya segala urusan menjadi semakin mudah. Alhamdulillah

hati ni memang more to business online la. before ni pun memang fae jual online jugak and still ada sampai sekarang. err, korang ingat tak? ke dah lupa nak singgah Areeza Shop lagi? tak baik tau. ;p rasa dah malas nak kerja ofis yang banyak komitmen tuh. nanti stress memanjang. tamau tamau.

bos kat sini jugak banyak ajar fae selok belok berniaga. ni peluang yang tak boleh dilepaskan. teringin nak belajar menjahit, buat baju sendiri, nak belajar jahit manik dan macam-macam lagi lah. minat dah beralih arah. ;)

ni fae buat, masih belajar lagi tapi dah tak sabar nak jahit kat baju sendiri. oh jahanamlah bajuku=p

oh ya, sebelum fae mengakhiri entry kali ni, korang semua jangan lupa untuk singgah page yang tertera di bawah. support me yea :) 


jemput singgah tau. now ada promotion. Happy Shopping ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)