♥ FOLLOWERS ♥

Sunday, July 24, 2011

begitu teruja nak tau kisah RAHSIA PERINDU

Assalamualaikum..
Hello readers..-_-

Alhamdulillah, pagi ni sempat jugak fae update belog yang dah fae tinggal tapi tak berhabuk sebab masih ada yang singgah even fae tak update! tenkiu! tenkiu! <nada macam diva! ;P>

dah! dah! tamau la gedik sangat pepagi ni karang ada yang menyampah pulak..hehe..terus ke tajuk utama dengan hati yang luhur..last week fae ada baca 1 novel ni..sapa minat baca novel macam fae? haa..meh sini nak story mory kat korang..;)

mungkin ada diantara korang yang dah baca novel ni..haa..bagi yang minat gila mesty pantang bila ada novel baru je semua terlonjak gumbira nak beli or pinjam kat kawan-kawan kan?fae pulak..biasalah..pinjam kat kengkawan je sebab tuh novel dah berkurun tapi baru terkedek-kedek nak baca..-_-

oke, apa yang fae nak share ngan korang pasal novel yang menarik sanubari ni..tajuk dia 'RAHSIA PERINDU' by RAMLEE AWANG MURSHID iaitu novelis thriller No 1 Malaysia..haa..jangan main-main kau! dengar je macam tuh mesti korang teruja kan nak baca novel dia? sama macam fae...;)

jum kita kenal serba sedikit kisah novel ni :-


Sinopsis : RAHSIA PERINDU


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.


Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Komen Fae :
  • suspen! kisah lawyer kes pembunuhan!
  • memerlukan ketajaman otak fikiran kita untuk mengetahui pembunuhnya kerana dalam novel ini pembunuhnya ada 2 personaliti!
  • jangan terkejut pembunuhnya adalah wanita yang penuh halusinasi
  • tak boring dan tak sabar nak tamatkan pembacaan.
  • kisah yang penuh misteri..best sangat2!
  • korang perlu/wajib baca! ;)


dah taknak cerita panjang-panjang yang penting korang kena baca sendiri..lalui sendiri dan macam-macam yang korang akan rasa! fae bagi 4/5 ! ;)

p/s :
  • nak hadiah best click SINI
  • program realiti terbaru NTV7 di SINI
  • jum tengok cupcake kreatif dan hebat di SINI
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)