♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, April 2, 2014

throwback - kisah AidilAdha 2013

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers

sungguh meleset azam ku yang satu nih. kata nak jadi blogger tegar macam dulu tapi cis bedebah. haha. tengok. tah bape bulan baru muncul nak update nih. kenapa dengan kau ni fae oi. pls pls wake up! hee. tengok belog mampu senyum je sebabnya bila nak update je kemain banyak halangan pancaroba dunia. ha gitu payahnya nak update -,-

ni petang ni update jugak la sepatah dua kata. sekarang dunia meratapi TRAGEDI MH370. Allah. darimu kami datang kepadamu kami kembali. Innalillah. walaupun takda family terdekat terbabit tapi hati ni tetap menangis kerana sebahagian mereka adalah saudara islamku. Alfatihah.

nak story pasal life fae sekarang. tak beza cuma yang beza anak yang dah semakin besar. Alhamdulillah sekarang aireen dah 8bulan dah pun. super excited sangat sebab dia dah boleh makan tau. seronok tengok dia makan. everyday rasa nak bagi dia makan benda-benda baru tau. hee :)

sekarang nih fae nak share dulu pic aireen masa dia 3 bulan. haa. tengok, baru sekarang nak update tau. kesian ai. -,- masa aireen 3 bulan nih raya haji. dapat lah ktorang beraya disebabkan masa raya puasa ktorang tak dapat beraya tau. i'olls dalam pantang. tengok orang makan sedap-sedap je. nangis tau -,- masa ni pulak dah abis pantang tapi still ada benda yang tak boleh makan lagi. at least boleh lah makan jugak kan santapan hari raya. teringin sangat bak ang. dapat makan tak cerita banyak. ngapp! :)

raya haji taun ni macam biasa beraya rumah mak mertua jugak. tema taun nih hitam+oren. pakai baju yang dah sedia ada je. ayah baju melayu colour hitam, aireen baju jubah colour oren dan ibu plak baju kurung moden colour hitam+oren. haa, tengok ibu kena fair biar sama dengan dua-dua kesayangan ni tau. :) pagi-pagi kemain excited sebab boleh pergi beraya rumah saudara mara sebelah hubby. sukaaaa. :)

dimulakan dengan menziarahi kubur tapi disebabkan baby still kecil lagi fae dan adik ipar stay dalam kereta je. lepas pergi kubur ktorang pergi rumah sedara mara sebelah hubby. dapat lah makan makanan yang tak dapat fae makan masa raya hari tuh. :)

oh ya, yang tengah baca nih jangan terkejut ke apa tau sebab nih adalah entry throwback semata-mata. ni sebab fae malas update tapi nak jugak selitkan cerita ni dalam belog kesayangan ni. so nak tak nak sapa yang dah baca tu layan jelah kan. hehe. ok now, kita layan pic okeh. masa nih aireen 3 bulan tau. dia tak boleh buat pape lagi, tapi dia dah pandai ajak berborak tanpa mengira waktu, yakni tengah malam buta pun dia boleh ajak ibu berborak tau. heee. ngade! ;p




pic dengan ayah mana? err. takda. ayah tolong amik pic je. haha. kalau dulu memang pic ibu dengan ayah je tapi sekarang dengan si kecik ni jela kan. ayah mohon jangan jeles okeh. hahaha ;p

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)