♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, November 15, 2012

dapur masak ada turbo.

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam apa aktiviti korang semalam? balik kampung?lepak dengan family or korang kena keje?triple kot. heee :) Alhamdulillah. semalam fae cuti dan dapatlah rehat kat rumah. eh, tak jugak. semalam macam jadi suri rumah sepenuh masa tau. ;)

semalam punya angan-angan, dah cuti nak bangun lambat-lambat nak tido puas-puas. boleg cenggitu? tak bolehhh! dan tak dapat. pagi semalam kena bangun buat breakfast untuk incik asben. eh dulu before kawin alamatnya tengahari baru mencekik tau. breakfast+lunch sekali. sekarang cuba kau buat cenggitu. besok laki kau bawak madu untuk kau fae. oh mannn! taknak! kahkah.

oleh itu, kau jangan nak buat pasal fae. baru bape bulan kawin dah ada madu. mintak simpang! so pagi semalam buatlah nasi goreng. kan senang tu. makan kejap dengan incik asben. incik asben makan tak banyak sebab dia pembenci bawang. cemana eh nak masak sebab nak tumiskan guna bawang baru sedap aromanya. haih. tapi taktau pulak kalau dia makan sikit sebab tak sedap. tapi katanya sedap. penyedap hati je tu. haha. tapi fae makan rileks je berpinggan-pinggan. haha. x_x

tengahari masak untuk incik asben dengan adik-adik. mak pergi surau ada masak-masak untuk ceramah maal Hijrah malam semalam. so kat rumah yang tinggal fae je la pun dengan hero-hero semuanya. nak taknak kena masak jugak dekat rumah ni. -,-

incik asben dengan adik-adik request nak makan sambal ayam. ewah! kemain nak requestrequest bagai. haha. nak menyedapkan hati dan mengenyangkan perut semua pihak maka fae pun masaklah. alkisah semalam jadi suri rumah kan, siap jaga adik lagi tau. tengah duk best masak sambal tu, adik yang bongsu meragam pulak dah. haih. dah takmau kat org lain selain fae. nak pujuk dah satu hal sampai sambal kat dapur tu dah boleh hangit tau dak! heeee. tengok tengok kat dapur dah nak hangit tau. nasib boleh diselamatkan lagi. dahku lupa yang dapur masak mak ni ada turbo. yea ade turbo. ktorang adik  beradik cakap mcm tu sebab apinya terlampau kuat dan boleh hangit kalau masak apa-apa walau goreng telur sekalipun. hah, sape suruh bukak api kuat-kuat kan. amik habuan =p

nasib baik la cepat sedar tau. maka tengahari semalam makan la masakan fae. walaupun masak yang simple-simple je tapi licin tau.hihi. lepas tu bila petang balik rumah mak mertua pulak sebabnya mak mertua masak laksa. dah lama mengidam nak makan laksa. haha=p memang makan banyak la cite dia kan. dah tak cite banyak telan je. Alhamdulillah. sangat kenyang.

ni jelah pun aktiviti fae semalam. hari ni dah start keje. malasnya nak pergi keje. lepas tu pukul 12 bos call suruh balik. tak payah keje. bos faham mood cuti ada lagi kot. tak cite banyak memang terus balik rumah. haha.



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)