♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, April 19, 2011

gulai tempoyak ikan patin bikin perut buncit!

hello peeps! selamat tengahari or selamat petang fae tak pasti tapi yg penting korang selamat hari ini dan hari yg seterusnya..;) adush! arini agak bz jugak n sekarang baru sempat nak update blog selepas perut fae da macam org pregnant buncit semacam! haha..korang jgn pelik pulak oke! fae tak makan org sampai perut fae da lagak mcm org pregnant! bdn pon kecik ade aty nak mkn bnda besar..haish!<--- sesi mengarut! ---> continue

korang lunch ape tadi? or korang belum lunch? haa..klu tak makan lagi baik korang p makan sekarang sbb takut lauk semua da habis..tadi fae excited ckit tadi tyme nak g lunch coz fae mengidam nak mkn gulai tempoyak ikan patin! haa..sedap kan? selera agak tinggi arini! ;) act,da lama mengidam nak mkn tapi susa nak p mkn coz kat tempat tuh nak parking agak susa! tadi pon da bape kali round baru dapat parking kete! da putus asa gak tapi sebab terkenangkan gulai tempoyak ku turutkan jua...;)

da dapat parking terus la ke tempat yg dikehendaki..dengan tak saba terus fae cari gulai tempoyak ikan patin tuh..nak tgk ade ke tak..haha..punya la mengidam..bila da nmpak baru p cari nasi..mata fae memang rabun dengan makanan lain..yg nampak jelas cuma gulai tempoyak ni je..haha..teruk kau ney fae...

da bubuh semua ape yg fae nak terus lah fae melantak dengan rakusnya mcm org tak makan setahun! hahahahaha<evil laugh> puas aty beta dapat mkn ini gulai tempoyak!haha..makan punya makan sampai fae tercekik tulang! haish! gelojoh betul! tapi nasib baik tak lekat lama..mkn nasi terus ilang tulang kat tekak yg tersangkut tuh! hehe..

sumpah! puas gile dapat makan sampai badan tak larat nak bangun! kau bia betul fae! btul...fae tak tipu..rase mcm mengah je nak bangun...tapi memang betul la..gulai tempoyak ikan patin ni bikin perut fae buncit! memang kenyang sgt!;)


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kepercayaan karut ketika haid

kepercayaan karut @ mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza.Antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia adalah :

MITOS : Tidak boleh mencuci rambut ketika haid kerana ia akan menyejukkan badan
HAKIKAT : Ketika inilah aspek kebersihan sangat penting. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut. Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut. Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yg terlalu sejuk kerana secara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk

MITOS : Tidak akan hamil jika mengadakan seks ketika haid
HAKIKAT : Tidak benar! Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid.Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung. Haid bukan pencegah kehamilan.Anda masih boleh mengandung kecuali jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS : Sindrom prahaid (PMS) hanya mainan perasaan saja
HAKIKAT : Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS : Orang boleh tahu jika anda haid
HAKIKAT : Tidak! Hanya anda saja yg tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haid terkena pakaian. Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana org tidak akan tahu dgn hanya melihat anda .

MITOS : Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti lasak.
HAKIKAT : Haid adalah fungsi badan yg normal bagi wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. Anda bole melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yg mengalami pendarahan byk atau ada masalah anemia (kurang darah). Zaman dahulu, haid di anggap tempoh 'sakit' bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan org ramai.

MITOS : Tempoh haid hanya tujuh hari sahaja
HAKIKAT : Tempoh haid setiap org berbeza. Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari, tetapi jika haid anda pendek (3 hari) atau panjang (8 hari) usah bimbang kerana ia adalah perkara normal. Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak di kira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah. Bagi wanita islam, ibadat yg wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami pendarahan.

MITOS : Tidak boleh berenang ketika haid
HAKIKAT : Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan 'cawan' penadah darah haid (kurang popular). Wanita yg menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS : Remaja tidak boleh guna tampon.
HAKIKAT : Semua perempuan boleh menggunakan tampon. Bagaimanapun kebanyakkan wanita di Malaysia lebih selesa menggunakan tuala wanita yg bukan sahaja murah dan mudah malah ia dapat mengelakkan masalah 'terlupa' utk mengeluarkan tampon.

MITOS : Sesetengah amalan dapat memanjang @ memendekkan kitaran haid
HAKIKAT : Tidak benar! Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid. Bagaimanapun penggunaan alat pencegah kehamilan yg mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)