♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, September 17, 2014

throwback - baby NQIZ 4 months old :)

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers

hari ni nak sambung lagi entry throwback tau. harap semua sudi baca even cerita agak basi sikit la. haha. tengah bosan tu meh baca sepatah dua kata coretan ku. al-maklum tetiba fae datang rajin nak update sebabnya kalau tak update nanti dah terus lupa dah saat-saat terindah ini. :)

ok now nak story about aireen semasa berumur 4 bulan pulak tau. actually memang nak story tumbesaran aireen every month supaya nanti kalau preggy lagi (if ada rezeki lagi) boleh refer entry-entry lama. boleh tau part-part umur macam ni aireen boleh buat apa. throwback jugak lah kann. hee.

masa umur 4 bulan ni apa yang aireen tau buat? dia dah start membebel dah tapi taktau apa yang dia nak cakap sebenarnya. nampak sangat mulut tu cap ibu. banyak cakap sangat. haha -,- masa ni bila kita agah-agah dah pandai nak senyum dah. senang kalau ibu nak amik pic baru nampak seri sikit bila baby dah pandai senyum. tapi kadang-kadang tu mana maunya dia nak senyum. saja nak sabotaj ibu. hehe. :)

setengah baby bila masuk 4 bulan dia dah pandai nak pusing badan nak meniarap kan? tapi sesungguhnya tumbesaran setiap baby bukanlah sama tau. so diharap ibu-ibu bersabar. pekakkan telinga bila ada anasir-anasir tak sedap didengar pasal anak kita tu tau. buat kita rasa down je nanti. pedulikan mereka. begitu juga aireen. masa ni dia tak pandai apa sangat. cuma kadang-kadang dia mengiringkan badan masa tido. ada juga orang cakap itu ini tapi fae abaikan je. sematkan dalam hati setiap baby tak sama tumbesaran dia. :)

Alhamdulillah. masa umur 4 bulan ni fae still fully breastfeed baby. tak campur dengan formula milk pun. ya Allah. selalu sangat berdoa hope susu cukup untuk baby sampai 2 tahun. InsyaAllah. fae pulak takda ambil sebarang supplement. banyak makan ulam-ulam je. yeke? sikit-sikit je la. takda la sampai kena makan ulam hari-hari. hehe ;p






setiap hari fae tak sabar apa yang bakal jadi hari esok. means apa perkembangan aireen pada esok hari. yela, mana tau kan hari ni dia belajar meniarap esok dah merangkak.( ok tipu je!) hehe. ibu dia memang over excited sangat kan. Alhamdulillah sebab hari-hari dapat tengok anak membesar depan mata. seronok tau dak. taktau nak cakap macam mana lagi dah ! :)

okeylah, next entry bakal menyusul nak story pasal aireen masa umur 5 bulan pulak. hampa jangan bosan pulak tau! :) ok bye! 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)