♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, February 20, 2013

suri rumah sepenuh masa.

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

selamat pagi. amboi, kemain awal fae menaip entry ni yea? mohon percaya sebab memang fae yang menaip entry ni pepagi  begini. ewah. dulu kemain post entry tengahari ke petang. sekarang ni celik-celik biji mata nampak entry fae dah. hihi. ni konon la nak bagitahu la kat korang semangat dan azam baru fae selepas dah jadi bini orang. boleh gitu? hikhik :P

dulu masa bujang kemain senang hidup. nak compare dengan sekarang, jauh panggang dari api. dulu masa bujang, bangun tido mak dah buat sarapan, tinggal bangun menyentap je. mak yang bangun pagi-pagi buat breakfast untuk suami dan anak-anak dia yang pemalas macam fae. kihkih :P *mengaku*

pastu tengahari mak jugak yang siapkan lunch. kau buat ape fae? ikut mood kalau rasa mood baik memang terceruk kat dapur tapi bila mood malas datang, tah kemana aku time tuh? haish! teruk betul perangai. mak dan abah pulak dah berbuih mulut bising. 'hey, anak dara belajar masak nanti dah nak kawin pegi rumah mak mertua tak tau buat ape pulak'. haa. ni memang fae ingat sampai sekarang. -,-

pastu dah sampai masa gatal nak kawin baru la terkedek-kedek nak belajar masak. haa. baru kau tau fae. dulu masa mak bising-bising buat endah tak endah je. belajar pun ala kadar je. kira yang simple-simple tu takda la masalah lagi tapi bab yang leceh-leceh tu sikit-sikit je. itu pun tolong-tolong mak. masak sendiri dari mula taktau la jadi apa. haha

sekarang bila dah kawin, baru kau tau erti penyesalan ye fae? ku akui... huhu, terus kepala otak teringat kat mak. rugi tak belajar masak yang sedap-sedap dengan mak. tambah-tambah pulak sekarang ni dah tak keje. suri rumah sepenuh masa. rasakan fae ! dulu masa keje boleh mengelat lagi kan. balik rumah malas masak. sekarang? 



sekarang ni fae kena take over apa yang pernah mak buat dulu. now dah duduk rumah sendiri. dah jadi suri rumah sepenuh masa. pagi-pagi dah kena bangun kejut suami, buat breakfast untuk dia, siapkan pakaian dia nak pergi kerja. lepas tu dah kena kemas rumah. lepas tu tengahari kena masak, petang, malam, bla bla bla..

haa, kalau nak cerita satu-satu mau semput sampai esok. haha. sekarang baru rasa macam mana penatnya mak kita dulu. rupanya bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai isteri. baru teringat apa yang mak bising-bising dulu. sekarang ni dah rasa. =,=

Alhamdulillah, walaupun tak pandai masak sedap sedap macam mak, incik asben still suka fae masak. dia nak fae yang masak walaupun tak sedap.haha. sekarang ni memang giat belajar masak yang super duper susah dan leceh. bukan apa biar incik asben rasa air tangan kita ye dak? kihkih.

pesanan khidmat masyarakat kepada semua anak dara yang dah nak berumah tangga dah tu, hangpa pulun la belajaq masak na. jangan menyesal di kemudian hari macam fae. kihkih :P


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)