♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, November 27, 2013

pengalaman berpantang

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers.

ya Allah pandai ke lagi nak menaip ni. last entry pun bln 9. lama dah tak update belog. dah rindu 360 darjah. hati membuak-buak nak update tapi jari tak beri kerjasama langsung plus dengan perasaan malas. makanya tak berupdatelah berbulan-bulan. persoalannya : masih adakah pembaca belog fae nih? ade keeeee? sadis!  -,-

takpe. kalau takde orang baca, biar ku baca sendiri. untuk tatapan anak cucu. InsyaAllah. kihkih. kepada yang sudi baca tu, terima kasih banyak-banyak ye awak. hari ni saya try vacuum segala habuk kat belog nih setelah berbulan-bulan hidup sendiri. ekeke. ok . perenggan kedua still merepek lagi. bila nak start oi fae. ;p

okey, last entry pasal pengalaman bersalin kan. harap tak bosan nak continue pasal pengalaman berpantang pulak even dah berkurun abis pantang. hikhik. gigih nak taip jugak nih. nothing special bout berpantang yang pasti semua orang tak suka. termasuk fae. 

seperti sedia maklum fae stay kat hospital lebih kurang 4 hari. betapa bosan u'olls. tak ckup rest. rasa macam lepas bersalin je dah tak dapat nak tidur puas-puas. pengorbanan. masa kat hospital tu lah, badan rasa sengal-sengal ubi. lepas bersalin memang takda tenaga dengan badan cukup lesu. muka bak hang pucat habis. masa tu memang tak sabar nak balik rumah sebab dalam kepala otak nak mengurut je. ye. alangkah indahnya dunia dapat urut badan. heaven.

dalam pantang

hari keempat balik rumah rasa nak melompat je. lepas tu terpikir dah. fae akan lalui tempoh berpantang ni. aku nak makan ape eh nanti?anggap jela makan sedap-sedap kann.. hari ke-5, tukang urut yang ditempat berbulan sebelum bersalin dah sampai ke rumah. bermulalah urut mengurut selama 3hari berturut-turut. badan rasa sedap je best. tukang urut ni suggest from my mom sebab sebelum ni masa dia bersalin pun tukang urut ni yang urut kan dia. so far mak cakap best. urut lembut je. so taknak fikir panjang fae pun on jela. Alhamdulillah betul cakap mak. memang best. badan rasa ringan.

haa. ni nak story pasal jamu pulak. ni part paling semua org tak suka kot kan. tapi nak cantik punya pasal, ku telan juga. semua pasti begitu. tanam hasrat dalam hati nak badan cantik telan la segala jamu yang ada. kihkih. masa berpantang ni fae guna set HPA. set ni jamu dia bukan kena bancuh macam org dulu-dulu. bancuh n minum. huwaaa. memang tak minum kot fae kalau macam tu. so dia buat macam pil. tinggal nak telan saja. at least tade la kita rasa sangat kan. tapi tapi fae sempat telan 2weeks je akibat dari gastrik dan sembelit tahap melampau fae terus stop. fae start makan pil semua after 2weeks sebab baby fae ada kuning. masa tu fae just jemur n minum susu kambing. Alhamdulillah. sekejap je dah hilang kuning. :)

nak nak story sikit. masa dalam pantang ritu fae kena gastrik tahap susah nak nafas. haa. ni la akibatnya makan tak ikut time. almaklumlah, bila dah ada baby ni memang time makan tak menentu tapi korang jangan jadi macam fae even tak sempat makan nasi korang makan la biskut or roti untuk mengalas perut. yang fae ni plak tak buat semua tu. now amik habuan. kena pulak fully bf pastu ngada-ngada tak makan. mana nak dapat tenaga kak oi. bila baby menyusu, dia akan sedut segala kalsium ibu. penyudahnya ni lah akibatnya. fae jadi semput tak boleh bernafas. ya Allah time tu pk nak mati je. 1st jadi masa kat rumah mother in law (mil). tetiba rasa semput nak bernafas. tak tau pun kena gastrik dalam 5minit macam tu dah ok. then lepas raya jadi kat rumah mak fae. hah kau, menonggeng-nonggeng berguling-guling bak hang. dua kali jadi dua kali pergi klinik n hospital. sakit mak -,-

masa tu dah takut. dah penat dengar semua orang membebel termasuk mak n hubby. terus tobat makan ikut time then makan sikit supaya perut tak kosong. masa tu sedih tengok baby tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang ni kan baby tak pernah meragam tak tentu pasal. memang sangat senang nak jaga dia. syukur. oh ya, mesti nak tau time berpantang makan apa kan? menu sepanjang hari : sayur sawi with ikan bawal putih. sayur sawi tu memang fae tak pernah suka dulu n bila time berpantang ni kau nak lari mane fae? kena paksa telan jugak. haa. bukan saja-saja telan actually sawi sangat bagus dalam menyembuhkan luka jahitan. so kepada mom-to-be nanti dalam pantang makan sawi banyak-banyak tau. luka cepat sembuh. :) lepas 2minggu dalam tempoh berpantang fae makan ayam n daging masak kicap. orang cakap ayam tu gatal kan. tapi depends pada orang. Alhamdulillah ok je. tapi jangan kau sental telur ayam. memang cari pasal !

hari berganti hari sampai lah 44 hari fae lalui tempoh berpantang. Alhamdulillah. merdeka. hihi. tapi walaupun dah merdeka makan still kena jaga sebab apa yang kita makan baby akan makan jugak. makanan yang sejuk-sejuk or angin jangan kau berani sentuh. amboi gitu. masa checkup 1 month berat baby dah 3.9kg dari masa lahir 2.84kg. ibu dia pulak dari 56kg dah turun ke 45kg. 11kg berat dari biasa u'olls. now dah back to normal. :)

aireen - 1 month

DUGAAN MASA BERPANTANG
haa. yang ni memang dugaan hebat bagi fae. fae bersalin bulan puasa u'olls. makanya kena telan air liur beratus kali bila tengok orang buka puasa makan sedap-sedap. ya Allah rasa nak join sekaki pun ada. tengok makanan orang dengan makanan kita. kesian. haha. tapi before bersalin sempat la makan makanan waktu berbuka. yela kan. bulan puasa makanan ada macam-macam. super sedap. even dah makan lepas tu tetiba kena pantang, tak ke menangis tak dapat makan. kahkah. kesian kau fae. :p

tak cukup makanan sedap-sedap bulan puasa tak dapat makan sambung pulak bulan raya. menangis tak berlagu la fae oi. orang sedap-sedap makan rendang ketupat kau makan lah sayur sawi kau tu fae, kihkih. gelak untuk diri sendiri. memang betul-betul kena kuat semangat. buat-buat tak teringin tengok orang makan sedap-sedap. padahal meleleh-leleh air liur teringin nak makan. dugaannnn. so for the next baby mohon plan jangan bersalin bulan puasa. nanti terliur berbulan-bulan pulak. bhahaha :P ok, nak jamu mata dengan pic aireen masa dalam pantang n masa hari raya. :) 


my lovely family

aireen beraya di kg - Tanjung Karang/Sungai Nibong, Selangor

Aidilfitri with her cousin - Nur Auni Hadirah

p/s : jemput singgah online shop fae :) ada berbagai design TUDUNG BAWAL terkini, SHAWL HOODIE, SHAWL HALFMOON berbagai design, TUDUNG SYRIA & INNER MAGIC.


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)