♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, March 31, 2011

April Fool ! aq terkena!

ini sgt sadis!
taun ney turn aq terkena!haha!
sumpah aq tak ingat langsung ari ni!
tak pasal2 nak menangis aq di buatnye!
semua ney gara2 dendam kesumat myboyfie dr taun lepas!
sbb taun lepas aq kenekan dye kaw2! hehe;P
taun ney mmg aq yg nak menangis!hish!
hampir nak gugur air mata perempuan aq! malu...
ini semua bermula.....
mlm tadi pkul 12lebeyh dye col aq..

tut..tut..
BF: org ade benda nk bgtau kat dye..
AQ : ape dye..<blur2 sebab da tydo..>
BF : org nak g gerak g ipoh da tau!
AQ : hah?bukan ke nak g esok ngan bos?
BF : tak..sbmarnye aq g ipoh sebab...
org nak kawen dgn ***<exgf dye>
ktorg da lame tunang..
AQ : tapi..kenapa takde sape p0n yg bgtau org
dye da tunang?
BF : org nak bgtau dye tapi org tak smpai hati nak bgtau..
org sunyi sgt kat sni..org mintak maaf byk2..
ari sabtu nnti org nikah..
AQ : <aq terkejut tanpa kata..air mata da bertakung..
tinggal nak gugur je..>
sekali...
BF : beby, april fool! hahaha! akhirnya dye kena gak!
setahun org tggu nak kenekan dye!
AQ : bie...jaatnya..nape wat org sedeyh mcm ni..
BF : hehe..taun lepas kan dye kenekan org!
AQ : hahaha! adush..kali ney turn org kene..
BF : oke beby..1-1 oke! 
AQ : sumpah taun depan da tanak kenekan dye lagi!
<hish! menyesal! padan muke kau fae!>
hahaha

**kisah ney wat jadi real sbb kebetulan yg 
myboyfie kene g ipoh atas urusan kerja..
jumaat-ahad..
n exgf dye setahu aq duk perak! tapi taktau area mane!
<lantak lah tanak tau p0n...>
dye menggunakn nama exgf sbb taun lps aq kenekan dye
dgn menggunakan nama exbf aq..
tapi ape yg penting..
FAE lu kena beb!
grrrrrr!



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, March 30, 2011

makhluk halus menyerang lagi!

ini lagi satu hal pagi2 buta da buat aq semak samun!hish!
ni semua berpunca dr makhluk halus ney lah!grr!
korang nak tau pasal ape aq mengamuk?
klu korang ingat aq pena mengamuk pasal dak yg nak beli no fon aq tuh?
klu tak ingat tape bole bace dulu kat SINI
kang tak pasal2 korg pelik ape aq mengamuk neyh!hee!
oke! da fhm kan c2ation aq?
aq dgn mood baik g keje neyh trus potong
bila makhluk halus menyerang aq lagi!
argghhhhhh!semakkk!
aq pena sound dye if dye kacau aq lagi aq wat report!
then dgn tak bersalah dye ckp col aq semata2 nak amek caller ringtone aq!
hah?? mmg sakit jiwa..siap pesan jgn angkat if dye col..oke fine!
selepas beberapa mggu dye msg lagi then dye ckp jgn angkat coz nak amek CR je!
grrr! lagi..lagi dan lagi...
sampai tahap kesabaran aq da sampai tahap kemuncak!
banyak ke CR aq sampai slalu sgt nak amek!
padahal ade 1 je p0n..e2 p0n lagu da berkurun! hish! @#$%^&*
aq dgn hati membara col la 'makhluk halus' neyh!

tut..tut..tut..
MH : hello!
AQ : weyh! kau pehal hah?sibuk2 sgt nak col aq sbb nak CR!
ape kau da tak bole cari kat tempat lain ke?
dari dulu smpai skg alasan kau nk amik CR je!
MH : sy tade niat p0n nak kaco awk..
AQ : heh! kau tau tak semak?ko col semata2 nak CR je!
kau tau tak aq semak! kau bole tak jgn nak semak kan aq lg!
kau tak bole ke g beli kat maxis centre ke,ape ke?
bla..bla..bla..bla..
MH : <terdiam seribu bahasa!>

ney mmg aq da ilang saba!mmg ilang kesopanan bila bercakap!
bkn aq nk marah maki hamun dye!
tapi aq pena ckp leklok dgn dye tapi mmg dasar tak fhm bahase btol!
ape lagi aq nak buat? 
aq smpai suh boyfie aq col dye kot!
oke! senyap la kejap!
n tak lame pas 2 muncul balik makhluk halus neyh!
aq p0n tak fhm la ape dye nak sebenarnye!
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

khasiat pisang!

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!



::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, March 29, 2011

ini kisah kambing!

Ade 1 pertandingan daya tahan bau yg diwakili oleh 3 orang dr brlainan negara..
Siapa antara 3 org td bleh brtahan lama 
dlm kandang yg ada 100 ekor kambing  dan di kira sbgai pemenang...
Peserta pertama dr Rusia. Beliau suka mkn fastfood.
 X smpai 20 minit dlm kandang, dh kluar. 
X tahan bau kambing... 
Peserta kedua dr China. 
Beliau brsedia dgn memakan ubat2 tahan bau. 
Tp cuma brtahan selama 35 minit. 
Juga x tahan bau kambing. Seterusnya....
Peserta trakhir dari Bangladesh.
 Beliau x mkn apa2 ubat tahan bau utk prtandingan tu. 
Cuma makan capati sblom masuk kandang.
 Brapa lamakah beliau mampu brada di dalam kandang kambing itu agak2 korang...?

sila beri jawapan!;)

**ini kisah lucu!
sekadar hiburan..
tiada kene mengena dgn hidup @ mati!

nak tau jawapan?
sila jawab dulu!
sy tggu jawapan anda! ;)


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

contest senyumanmu sumber inspirasiku..

mood nak join contest rini!;)
di anjurkan oleh aien hermionie !


contest senyummu sumber inspirasiku!
berminat tak nak join?
jum kita tgk syarat2nya di SINI

oke! da fhm syarat2nya
jum la kita join k!

pic yg aq pertaruhkan :


ini pic adeq aq yg last!
mmg senyum dye sumber inspirasi aq!
mane p0n aq g balik ruma msty cari dye dulu
tok tgk dye senyum...;)

tarikh tutup : 9hb April 2011

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, March 28, 2011

nombor aneh?

tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh 
yang jarang berlaku dlm setahun iaitu :

1/1/11
1/11/11
11/1/11
11/11/11

bukan itu sahaja!
cuba ambil 2 nombor terakhir
dimana tahun kita dilahirkan,
dan tambah dgn umur kita pada tahun ini..
keputusannya ialah :

111
buat semua org!

pada bulan Oktober akan ada :

5 kali hari ahad,
5 kali hari isnin
5 kali hari sabtu

ini hanya terjadi sekali setiap
823 tahun

tak percaya?
check calendar
;)
  

 1 malaysia! ;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

hikayat merong mahawangsa

ini sambungan n3 pagi tadi..
sume pasal activity aq last weekend
tak bace lagi?
klu sudi bace la ye..;)
kat SINI dan SINI juge!
da bace thx u!;)

oke selepas memenuhkan tong perut yg tak berapa besar ni,
aq wit my boyfie layan plak g tgk movie!
movie hikayat merong mahawangsa!
ape ke da berzaman baru nak g tgk!
haa..bkn ape..ktorg bz sgt kot..
selalu if de movie baru ktorg cepat je..
tapi tape lepas gak hajat nak tgk cite ney kan..
besh jgk! gempak jugak! tapi paling sedeyh tgk tak sampai
ending lagi ktorg da gerak sbb ade masalah yg tak dpt dielakkan!
huhu..sedeyh..ade sape2 lagi yg belom tgk?
sila lah ke panggung wayang berhampiran anda!
<ayat sungguh skema!>
jum layan pasal movie ney jup!
.
.
.








cepat g tgk oke! ;)
mmg besh! ;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, March 27, 2011

"You Are My Lucky Follower"

aq di tag oleh cik bunga tok join
"You Are My Lucky Follower"

syarat2 penyertaan di

haa..berminat dgn ney tak?
berminat?
oke! jum kita join ramai2..

aq taq :
ckyn

closed : 5hb April 2011

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

bufdae party pija comeyl! ;)

ahad, 27/03 - haa..rini aq punye activity pergi menjamu selere! hehe;P eyh,tak lah, rini aq g bufdae party pija! apy bufdae pija! ;) act,bufdae dye 22/03 tapi smbut ari ahad..;) mmg excited la nk jumpe pija! comeyl gile tau! pija ney anak buah my boyfie..;) jum kita layan pic sepanjang majlis! ----->

::nurzuhratun hafidzah::

:: ini la kek 4 bufdae girl..d sponsor oleh cik tiena ::

:: sukenye dye::

::antara yg hadir::

::banyaknye hadiah dye..;) ::

dimanakah aq?
tade p0n..haa..ade..tapi tak upload lagi..
so tggu oke..
;)

eyh,jup...tak puas aty lagi selagi tak tunjuk pic neyh!
jum kita layan pic kat bawah neyh..-->



::haa..skg pecaya tak?comeyl gile kan?::
gerammm! ;)

p/s : abg mael,sorie amek pic pija..hehe;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

mid valley with kanak-kanak riang!

last weekend agak pack ngan activity memenatkan badan n melenguhkan kaki! sabtu ahad tak lekat ruma..penat tapi berbaloi..;) nak tau ape aq buat last week? meh cni ikut aq meh..---->

MID VALLEY
Sabtu, 26/3 - pagi2 adeq aq faizal da kejut c0z dye berhajat nak bwk adeq2 aq g jln2..disebabkan adeq aq kecik2 lagi takkan dye nak cover sorg kot..cnfirm parah! haha! so aq p0n ikut la teman dye sekaligus bwk adeq2 aq tuh..bangun je pas kemas ruma ktorg siap2 la..gerak dlm kul 11 lebeyh then bergegas ke ktm sungai buloh! haa..bila smpai je kat sane bkn ktorg terus g beli tiket ke ape tapi.....nak tau ape aq wat?tadaaa.....

 tara...
jeng..jeng..jeng..
mmg tade keje lain..haha;P

oke..skg baru la terhegeh2 nak g beli tiket..oke da nek train gerak le g mid valley..act,da bertaun kot aq tak g mid valley..last g taun 2005..haa..caye tak?mase sek dulu je rajin g..pas sek sumpah malas! haha..oke da smpai sane bwk la kanak2 riang tuh g mkn..semua da wat muke ketat sebab lapa..haish! kesian! letih bawak dorg neyh! macam2 perangai! hehe..dalam 2jam pas 2 ktorg gerak balik..sementara tggu train ktorg sempat lagi bergambar oke! ;P



nak tgk adeq2 aq?
taraaa....

::fareza::

::fariz::

::fazril::

dalam kul 3 da smpai ruma..;)
tapi..

tak smpai setengah jam aq kua balik coz nak beli brg ngan my boyfie for bufdae pija comeyl!;)
sib bek gemok sy balik keje cepat! sempat la ktorg g cari..hehe;) eyh,nak tgk esoknya aq g mane?<acah2 artis plak! mcm la org nak tau sgt aq g mane je..huhu> tape la..if sudi sila la bace next n3! ;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, March 24, 2011

puting beliung!


hye all..sihat?arini baru sempat nk update blog..mood plak?hurm..berkecamuk! macam2 da aq rase neyh..sedeyh..apy sume ade..isk3..smbil on9 sambil bace pasal bencana alam di jepun..bencana alam ni membuatkan aq teringat pasal puting beliung yg terjadi di kota damansara..huhu..area ruma aq la tuh! Bnda ney berlaku 9 bulan yg lepas..tapi until now aq still ingat lagi..tak pernah dlm sejarah kota d’sara jadi mcm neyh! tyme tuh jadi hari ahad..parents aq balik kg n aq plak keluar so tade sape2 kat ruma…huhu..bila otw balik je rase mcm pelik jln da huru hara..daun2 pokok bersepah..jln jadi kotor sgt..tibe2 abah col aq then tnye aq kat mane?aq ckp aq keluar..kereta bwk tak? Bawak…kwn abah ckp de pokok tumbang kene kereta takut kereta akak terkena..mak ai! Tibe2 aq rase mcm cuak lak..agak dasyat! Aq rase semacam je..rase mcm nak cepat2 smpai ruma..tapi bila nak masuk simpang kat ruma ade pokok tumbang…ingatkan ni je tapi rupe2 nye…jum tgk neyh…..à






haa..dasyat tak?dasyat kan?
yg tumbang tuh pokok yg besar n rendang tau!
betapa kuatnya puting beliung tuh!

nak tgk lagi?
oke tgk neyh plak
.
.
.
.


even da berlalu..tapi aq tetap ingat jugak!

::sekian::

iklan jup!;)
meh tolong vote aq meh kat 
vote no : 7
thanx pada korang yg da vote tu!;)


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sanay Wala Nang Wakas

tibe-tibe arini aq teringat kenangan lalu...kenangan sewaktu di zaman sekolah dulu..kenangan ape ye?kenangan tyme zaman sekolah dulu la..haha! memang tak lepas peluang layan tv tgk hisdustan! haa,,korang p0n same kan? tipu klu tak layan..haha! tapi mase 2 zaman sekolah rendah..zaman 90an..tapi bila naik sekolah menengah je barulah ade cerita lain masuk kat m'sia..macam cerita sepanyol..contoh macam "Rosalinda"..haa..mau nye tak terkejar2 balik ruma..penangan cite tuh..fuhh! muncul plak cite korea "Meteor Garden"..ini plak aq lintang pukang balik ruma lepas ade activity kokurikulum tyme ptg! haha! pas pade tuh plak kua cite Filipina "Sanay Wala Ng Wakas"..yang ni plak bukan setakat aq je yg layan tapi adeq aq faizal layan jugak tau! haha! laki ke pmpuan ke same je kan? korang malu ye nak ngaku..wekk!;P eyhh..sebenarnye ade banyak lagi..tapi aq ingat yg paling berkesan kat jiwa aku lah..dat y smpai skg aq duk ingat cite2 tuh lagi..tapi dalam banyak2 drama yg aq cite kat atas tuh paling berkesan lah kat aq cite "Sanay Wala Ng Wakas" tu lah! sampai skrg aq still ingat cite tuh! padahal cite ney da 2x ulang kot! tapi ta pernah2 jemu p0n..jum kita flashback--->

SINOPSIS 
Christian (Jericho Rosales) bertemu dan jatuh cinta dengan Ara (Kristine Hermosa). Mereka sangat bahagia bersama-sama. Tetapi kerana konflik keluarga, mereka terpisah. Ara meninggalkan Christian dan bersama-sama dengan keluarganya mereka cuba untuk menjauh dari apa yang berlaku dan memulakan hidup baru. Tapi ketika kereta mereka naik meletup, Ara dan ibunya tertinggal, kemudian Ara bertemu Leo (Diether Ocampo), seorang lelaki kaya yang membantunya saat kemalangan, sebagai balasannya, ia bersetuju untuk berpura-pura sebagai kekasihnya untuk membuat datuknya bahagia. Namun, apa yang mereka anggap hanya permainan berubah menjadi kenyataan apabila kedua-duanya akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Sementara itu, Christian bertemu dengan Mary Ann (Angelika dela Cruz), seorang gadis lucu berbakat serta mempunyai suara yang indah. Mary Ann menyelamatkan nyawa christian ketika dia cuba untuk membunuh diri kerana berfikir bahawa Ara sudah mati. Dia membawa harapan dan kebahagiaan untuk Christian dan menganggap sebagai sahabat-Nya.Mary Ann menyedari cintanya terhadap Christian tetapi dia memilih untuk merahsiakannya kerana Christian masih mencintai Ara. Ketika Christian bersedia untuk meninggalkan masa lalunya di belakang dan memulakan hidup baru dengan Mary Ann, Ara pula muncul. Dia menceritakan segala yang terjadi pada hidupnya dan bahkan bercerita tentang Leo.Dia ingin menyelesaikan segalanya antara mereka namun keduanya masih saling mencintai. Ara harus memilih antara cinta pertamanya dan cinta nya yang baru dijumpai, Christian harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan Ara kembali, Leo harus berjuang untuk wanita yg diimpikan dan Mary Ann pula melakukan perkara-perkara lain untuk merawat hatinya.






::sekian::

p/s : tetap dalam kenangan....

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)