♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, June 20, 2012

taman layang-layang ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

maaf, maaf..act, nak update dari hari isnin lagi tapi tak tau kenapa tak sempat pulak..keje banyak?mungkin! tapi Monday is a lazyday! kalau boleh semua benda taknak buat apa-apa..habis tu nak buat apa? kalau boleh nak tido duapulohempatjam tanpa gangguan..okey fine! dah boleh duduk dalam gua kalau cenggitu..ye dak? -,-

back to the topic, intro memang selalu kelaut..hee! hari ahad lepas, fae tade niat nak keluar ke apa sebab memikirkan tanda movie best pon nak tengok if keluar..so decide macam nak duk rumah je even hati rasa melonjak nak keluar jugak even tak pegi mana-mana pon..-,-

tak tau kenapa ni memang penyakit dari dulu..tak boleh duk rumah terperap je tapi yang sebenarnya nak bagitau yang fae ni memang kuat jalan..juga disahkan oleh family dan jugak incik tunang bahawa fae memang kuat jalan..hee! 

so niat hati nak duk rumah tu dah bertukar gaya jadi rasa nak keluar jugak! kebetulan pulak malam tu mak ada hal tapi nak tinggal kat ruma..pucuk dicita ulam mendatang..haa..maka akal dah kuar terus cakap dengan mak nak bawak adik keluar..;)

terus tanya incik tunang boleh tak arini kita acah-acah jadi mummy-daddy? bawak anak-anak g jalan-jalan?boleh ke?boleyy?! yea, incik tunang cakap okey! ;) terus rasa kembang lubang hidung nih haih..petang tu bawaklah kedua-dua adik perempuan fae..rasa macam susahnya nak drive bila bawak dorang ni..tak senang duduk..nakal sgt!

bila dah sampai ruma incik tunang rasa macam lega gila kot daripada melayan karenah dorang yang boleh pulak bergado dalam kereta tuh..hai, cemana la keadaannya tu kan?tu yang rasa lega teramat..dah sampai ruma incik tunang then lepak-lepak jup pastu baru ktorang pergi Taman Layang-Layang kat Kepong tuh..;)

pergi situ naik moto je sebab taman layang-layang tu boleh dikatakan belakang rumah incik tunang je..nanti kalau bawak kereta confirm susah nak parking kan..al maklum la kat situ cemana raminya orang kan..so ktorang pergi naik moto je kan senang..ikut jalan dalam..;)

dah sampai sana tu biasa mestilah lepak-lepak tengok orang main layang-layang je kan?takkan nak jogging dengan adik fae yang kecik-kecik tu kan..kang ada gak yang pengsan..heee..apa-apa pon meh kita layan dulu pic-pic masa kat taman layang-layang tu k..;)












cemana? ada bakat tak ktorang jadi mummy-daddy? heee! 


p/s : AREEZA SHOP ada buat clearance sale! come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, June 15, 2012

DIY : rainbow note book ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


fae baru balik dari lunch..hari ni boleh lewat sikit sebab friday lunch time masa dia panjang sikit..boleh la nak merendek ke ape ke pon takpe..tapi bagi perempuan macam fae ni sure confirm confident la kan friday adalah hari shopping even duit kurang..heeee! now mega sale pulak kot...:)

okeylah..act, bukan tu yang fae nak story..mukadimah je pon dah ke laut kan?isinya apatah lagi..kihkih;P semalam fae dok mengemas laci kat rumah..fae ni suka simpan benda yang fae rasa macam best je even tade benda pon dengan bendalah tuh..contoh macam note book! yeah! dulu masa zaman sekolah dulu memang suka beli note book yang macam sweet-sweet konon..-,-

so bila dah sesi mengemas tu, terjumpalah satu note book..act, note book tu buat sendiri masa aktiviti seni masa sekolah dulu..simpan lagi sebab bestnya pandai buat note book sendiri..dalam kepala otak ni, boleh la buat diary jiwang-jiwang kat situ..;)

and one more thing bila dah buat note book tu confirm cover dia mesti pic retiss je..konon macam penyuntik semangat! cisss! semangat apa pon xtau la..lepas tu dalam tu haruslah tulisan paling cun..haha..konon macam sweet sangatlah tu..-,-

then ntah macam mana datang idea macam nak buat lagi la note book macam tu..tetiba teringat ada paper colour yang bersepah kat rumah..then mula la mencari gunting, pensel dan gunting..perlu ukur nak buat note book tu..-,-

akibat kecintaan terhadap rainbow colour tahap melampau, maka paper dalam haruslah rainbow jugak kan?rajin tak ingat la pulak malam tadi..semangat! yeay! lepas dalam kepala ni dok ligat memikir..nanti cover nak letak pic sapa?hmm..fikir punya fikir rasa macam nak letak pic sendiri pulak...heee..gedik kan?;P

so datang ofis hari ni print la pic sendiri dengan incik tunang..;) nekad harus siapkan jugak..just nak balut je pon kann? dalam tu dah tau apa yang perlu ditulis sebabnya majlis dah nak dekat haruslah macam-macam kena ingatkan?so better catitkan apa yang terlintas dalam kepala or dapat idea sepintas lalu boleh la tengok balik nanti kannn?:)

nak tengok hasilnya? malu pulak rasa nak tunjuk tapi bangga sebab dapat siapkan jugak..heeee! taraaaaaaa:


so paper yang bersepah kat rumah tu jangan di buang yea..sebabnya boleh buat diary..;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 14, 2012

keluar bersama :) --> movie time ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

sambungan dari entry INI dan INI 
buat sementara waktu ni ktorang guna tayar spare dulu..haa..nasib baik ada tayar spare, kalau tak alamatnya tayar basikal la taruk kat tayar kete tuh! itupon macam takut-takut nak bawak tau..yela..sebab tayar spare tu dah lama tak guna kan..tapi incik tunang dah pergi isi angin ape semua tuh..-,-

petang tu plan nak keluar lagi..pergi tengok movie pulak dekat Brem Mall,Kepong..rasanya dah lama kot ktorang tak pergi tengok movie dekat sana..dulu paling malas nak keluar jauh-jauh so kat situ la tempat ktorang tengok movie..tak perlu bersesak-sesak nak queue pergi beli tiket..;)

mula-mula kononnya nak keluar awal tapi bila check showing time ada pukul dua, pukul empat n pukul enam..so ktorang decide nak tengok yang pukul 4 punya means bole keluar lewat sikit even fae dah siap awal..ehh, macam excited lebih pulak kan?:P

dah kata nak keluar lewat maka memang lewatlah jadinya..smpai rumah incik tunang pukul 3.45pm..movie start pukul 4..nasib baik Brem Mall tu dekat dengan rumah incik tunang..tapi yang takutnya kalau tiket sold out..tak ke naya je nak tunggu lagi dua jam..tak sanggup den..-,-

tapi masa tu memang bernasib baik sangat la kan..baru teringat yang hari tu lastday school holiday..maybe tak ramai orang sebab mesti dorang sibuk prepared untuk anak sekolah keesokkan hari..rasa lega sikit sebab ade jugak tiket untuk ktorang..;)

hari tu ktorang tengok cerita Bohsia 2..boleh tahan cerita dia..paling tak tahan bila tengok darah banyak sangat..ngeri plak rasanya..untuk movie tu fae bagi 3.5/5 star! :) sapa yang belom tengok tu boleh lah pergi tengok nanti..;)

dah keluar mesti la nak makan kan?tapi hari tu ktorang tak makan kat luar tapi ktorang makan dekat rumah incik tunang sebab mak dia masak soto! heee! jumpa mak mertua kejap sebab dah lama tak pergi sana sampai mak mertua pon tanya kenapa dah lama nak datang..ehh..bakal mak mertua laaaa..;) hari tu balik rumah awal sikit..;)

 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kalau merajuk susah nak pujuk ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

*sambungan dari entry INI 
dah hantar tudung dekat beshfwen fae tu, incik tunang hantar fae pulak, then ada satu kerja yang perlu incik tunang settle coz one thing happen malam tu, tayar kereta pecah barai! haa..hamik kau! ni bukan tayar kempis ke apa tau..rasa macam tak pecaya fae bawak kete sampai pecah tayar! cis! duit lagi..-,-

actually malam tuh, fae keluar dengan incik tunang..pergi dengan adik sekali jadi bodyguard fae..;) ktorang pergi Danau Kota..hey malam tu fae gado manja dengan incik tunang tau! ada salah faham sikit:( then bila jumpa tu dia macam kurang cakap dengan fae..geram tau..grr!

pastu rasa macam bosan pulak sebabnya fae ni banyak cakap then tetiba diam seribu bahasa..ehh, macam masuk dunia asing je..dah puas tau cari jalan nak cakap dengan dia tapi dia buat taktau je..-,- pastu try amik hati dia balik..susah jugak kan nak pujuk orang majuk ni..heee;)

cakap-cakap dengan dia, gurau-gurau ngan dia last-last baru dia nak cakap dengan fae..Alhamdulillah..haish! padan muka fae! salah sendiri cari pasal dengan incik tunang..terus nekad dalam hati sanubari nih, dah TAK NAK bergado dengan dia lagi..sungguh tak best! -,-


pastu dah beli barang semua, gerak balik..tak boleh lama-lama tau sebab masa ktorang sampai tu hujan lebat gila kot..dengan payung pon takda..ohmygod..terpaksa tunggu dalam kete then tunggu hujan berhenti dulu baru keluar..>,<

masa dah keluar tu pon sambil berjalan sambil menumpang teduh dekat payungpayung orang yang jual tu..sekejap hujan sekejap benti.berjalan cari kawan nak beli barang tapi tak jumpa pulak..last-last jalan-jalan terserempak masa berjalan tu n kawan incik tunang tu pon dah nak balik..sebab hujan dia dah kuyup katanyaa..-,-

lepas beli barang semua ktorang gerak balik..incik tunang yang drive..masa tu tak tau sama ada tayar kereta tu okey ke tak..hantar incik tunang then fae drive balik rumah..nasib baik bawak adik so adalah temannya kann? masa drive tak rasa apa lagi..cuma masa nak naik bukit macam berat je..-,-

dah sampai rumah then parking sekali adik cakap "kak,tayar kete ko pecah!" ingatkan main-main sekali tengok..alamak! memang betul pecah..haish! macam mana tayar kete bole bersepai aku kerjakan? ganas betul! tapi tengok pada tayar macam tak teruk sangat means baru pecah la kot..paling sedap fae drive laju-laju..kalau jadi pape cemana?-,-


bila incik tunang tanya dah takut nak cakap..hee..ntahlaa..nak kata langgar lopak tak pasti pulak..macam tak pecaya je..langgar lopak boleh bersepai tayar..padahal incik tunang tak marah pon..nasib baik..-,- sekarang siap duit untuk tukar tayar! heeee! -,-

p/s : jemput singgah sini yaaa! AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 11, 2012

berjaya memanjat bukit ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

::gambar sekadar hiasan::

semalam, ye begitu cepat fae mengupdate kisah semalam pada hari ini..selalunya pasti dua tiga hari mungkin, seminggu mungkin baru sempat nak update! hati rasa gembira mungkin tetiba jari jemari menari hebat diatas keyboard..ewah! <-- ce kira berapa banyak 'mungkin' 

bermula dengan pagi..aktiviti pertama adalah bangun pagipagi, mandi serta solat dan kemudian kejut incik tunang supaya dia dah bangun dari tidur walaupon dia yang mengajak fae pergi jogging! ye, dah berapa lama fae tak jogging? dah rasa segala keberatan di badan ini..pasti !-,-

hari ni incik tunang datang amik saya kerana kereta ada prob! kenapa?fae akan ceritakan kemudian..then pkul tujuh lebih dia dah sampai ruma tapi fae tak siap lagi pon..biasalah perempuan, nak pergi jogging pon haruslah cun kan?mungkin fae sorang je kot macam ni..-,-

semalam kami tekad dan nekad nak menakluki bukit dekat TTDI tuh..cis! ayat haruslah hebat belaka..taktau apa nama..tapi kat situ la tempat orang jogging..juga ditemani dengan kera-kera yang bersepah..heee! tapi kera tuh tak kacau orang tau melainkan korang yang ada hati nak kacau dia! -,-

hey jangan taktau semalam ktorang berjaya menakluki bukit tu tau! haa..cuba korang bayangkan jogging sambil panjat bukit?acane? ada bole bayang tak?sumpah penat kann? pasti sebab ini kali kedua ktorang pergi, first time pergi pancit dah tak larat nak naik tau then ktorang turun terus blah pergi makan..itu lagi bagus mungkin! -,-

dah lepas jogging haruslah perut menggelegak nak air bukan?macam biasa kitorang pergi makan isi perut dulu  then pergi rumah bestfriend fae untuk hantar tudung yang dia order..dah lama tak jumpa n lepak dengan dia..sumpah rindu! :)

p/s : sambung next entry yea! 

p/s : ohh ya..sapa-sapa yang nak shopping tudung boleh singgah AREEZA SHOP ! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 7, 2012

bintang origami ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps  and readers..

tak tahu nak cakap cemana lagi betapa bosannya hidup minggu ni..mungkin orang lain rasa macam best tapi bagi fae asal masuk ofis je confirm rasa macam nak balik -,- mood kerja memang kelaut sejak kebelakangan ni..semangat macam hilang pulak..>,<

taktau, taktau.dalam pale otak ni dah macam-macam sangat pikir kot sampai dah taktau nak fikir apa lagi..dalam duk serabut serabut bagai ni fae buat bintang origami..haa..kan dah ade keje..sapa yang taktau bintang origami tu cemana rupa?meh nak tunjuk sikit..-,-


haa..nampak tak?cantik kan..then benda yang paling fae perasan sangat-sangat adalah kecintaan fae terhadap rainbow colour..kalau boleh semua benda nak pelangi bagai..taktau kenapa?heee! bila dah buat bintang origami ni dah macam-macam pulak idea kua untuk buat something..;)

ada sesiapa yang teringin nak buat macam ni jugak? meh sini nak ajar cara-caranya..boleh isi masa lapang..heee! :)


taraa! senang je kan?tak susah mana pon..tengah malas nak buat kerja boleh buat ni, tengah tunggu boipren pon boleh buat ni, sambil tengok tv pon boleh buat jugak..lagi dasyat sambil pejam mata pon boleh buat tau..<--tipu! bila dah siap tu jangan korang buang merata-rata pulak tau sebab benda ni boleh buat hiasan dekat rumah, meja ofis atau pon dalam bilik korang! yang penting korang ada bekas transparent yang comel lote..;)



selamat mencuba! 

p/s : jemput singgah AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 4, 2012

ketemu dia ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

kalau nak dikira rasanya dah tigaratustigapuloh enam jam yakni 14hari bersamaan dua minggu fae tak keluar buang masa gedik-gedik dekat shopping complex bersama incik tunang..rasa macam lama pulak tak menggedik akibat aktiviti hujung minggu bersama family 

sedia tahu yang sepanjang dua minggu lepas berturut-turut fae pergi berjimba-jimba dengan family..ktorang pergi kenduri sambil berjalan..dua minggu lepas fae pergi Baling,Kedah sebab ade kenduri and last week pulak pergi Keratong,Pahang ada kenduri sepupu kawin jugak!=,=

tapi pergi Pahang ni balik hari je pon so hari ahad ada masa untuk rest kan..tapi masa ni la yang fae amik pergi ngedate dengan incik tunang..lagipon dia lepas baik demam kesian..baru 2 minggu tak jumpa dah boleh demam ka?haha;P


so semalam kitaorang keluar la pegi KL Festival City Mall..tempat baru..boleh tahan..sekarang dah banyak kedai..dulu masa mula-mula bukak ktorang dah pernah pergi tapi sumpah bosan yang amat..kedai pon tak banyak lagi n now dah ramai orang,kedai pon bersepah..;)

::rock bebeh::

almaklum lah bila dah ramai orang,kedai pon dah banyak bukak, nak jugaklah ktorang meronda ye dak?1st g booked ticket for movie Piranha..then pusingpusing perut lapar. terjumpa pulak Ayam Penyet..tu kan memang feberet kami..tak cerita banyak..langkah kaki sehaluan dengan hati juga perut..terus je masuk Ayam Penyet punya restoran..heee! :)

ngam ngam dengan time kitorang makan..lepas siap makan terus masuk wayang..tengok movie Piranha macam tengok cerita hantu..terkejut banyak ! haish! tapi cerita tu sekejap je..satu jam je..rasa macam sekejap ssangat! dah habis terus balik..

eh tak balik lagi sebab tetiba rasa nak karok lagi..so ktorang pergi karok pulak area setapak jugak lah! tak ingat apa nama tapi dekat-dekat dengan KL Festival City Mall tu la..incik tunang karok sampai nak hilang suara dia..haha..balas dendam nampak! :P

dah habis karok dalam pukul lapan tu trus ktorang gerak balik ke rumah..tak larat dah..penat tapi yang penting happy! :)

p/s : come and visit page AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)