♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, October 11, 2012

kehidupan berubah

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

akibat terlampau rindu bagai nak rak dengan belog ni, hari ni fae cuba jugak untuk update walaupon berukband ni memang tak beri kerjasama langsung..tahan je selagi die boleh berkhidmat walaupon macam siput -,-

er, ada orang tanya, macam mana life sebagai isteri orang? wah, ini kalau nak story panjang lebar kot..macam mana perasaan jadi isteri orang ni? haa..sama jugak panjang lebar kalau nak story A-Z..kalau dipendekkan cerita, life totally different ! agak-agak boleh tak bayangkan apa yang different sangat tu? kalau nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat =P

yelaa..dulu masa bujang apa benda semua fikir diri sendiri je..tapi sekarang lain, nak kena fikir yang sorang lagi tau..dulu kan kalau makan ikut dan je, kadang-kadang sampai tak makan pun takpa tapi sekarang tak boleh la macam tu, ingat perut sorang lagi tu sama macam kita ke?haha..tu yang nak kena jaga tau..makan minum, pakai dia semua kita yang kena sediakan..haa..nampak tak apa yang berubah disitu?:P

perasaan tu memang la best..kadang-kadang bukan semua benda kita kena buat, en asben ada gak tolong fae buat keje..kemas-kemas ke, masak pun penah tau :) bila kita sakit ada orang jaga..pendek kata diri kita dijaga la 100%..nampak tak keseronokkan disitu?:P

oh ya, fae sebenarnya nak update pasal hari nikah,masa majlis tapi tak cukup pic dan segala bagai bahan untuk memeriahkan entry..bukan apa bila ada pic baru rasa seronok nak baca entry yang panjang lebar tu kan?semua pic masih dekat OP..ade la dua tiga pic yang fae curik sikit dekat page OP..;P nak update pasal tu semua bukan apa, mana tau boleh jadi panduan untuk mereka yang bakal berkahwin tu pulak..kan bermanfaat tu..;)

okeylah, apa-apa pun korang tunggu la ye next update :) stay tuned !


p/s : ohh ya, sebelum terlupa AreezA Shop ada buat Clearance Sales dengan harga yang murah, jom serbu sana :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)