♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, May 31, 2012

tetap seperti dulu ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

semakin lama kita kenal seseorang tu maka semakin banyak perangai atau tingkahlakunya yang dapat kita tengok kan? kadang-kadang mula-mula kenal kita hanya nampak kebaikan sebab kita hanya nampak pada luaran sahaja kan?-,-

tapi bagi fae Alhamdulillah..setakat fae kenal incik tunang selama empat tahun ni, perangai dan tingkahlakunya tetap macam mula-mula kawan dulu..mula-mula fae takut jugak, yela kebanyakkan orang yang fae kenal bukanlah seperti mula-mula fae kenal dia..so kat situ kita dah nampak truecolour dia kan?-,-

sumpah dulu perangai fae agak gedik, haha;p dengan incik tunang je lahh..dan incik tunang punya perangai pulak, dia akan cuba dapatkan jugak apa yang fae nak tapi fae bukanlah tahap sampai nak amik kesempatan! tidak sama sekali -,- dan sampai sekarang dia macam tu..memang tak pernah menghampakan -,-

kadang-kadang fae fikir jugak, dia still sayangkan aku lagi tak macam dulu even ktorang dah bertunang dan insya-Allah akan berkahwin tak lama lagi, tapi dalam lubuk hati tetap rasa macam tu bukan sebab apa mungkin sebelum ni fae dah jumpa orang yang baik buat sementara tapi lama kelamaan tak seperti yang digambarkan pada pertemuan pertama..

fae selalu jugak perhatikan tingkahlaku incik tunang dari dulu sampai sekarang, Alhamdulillah, Allah dah bagi seorang insan untuk menjaga, menghargai dan menyayangi fae..terima kasih Allah! dan fae berharap agar tingkahlaku ini akan berkekalan selama-lamanya..Amin


"tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya"

p/s : come and visit page AREEZA SHOP 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

perjalanan jauh - Baling, Kedah ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

sudah ku katakan tengok dekat seminggu jugak tak update..takpa,takpa sunat, harus dan wajib fae update serba sedikit..seperti yang korang semua tahu, last week hari jumaat fae balik kampung dekat kedah! jauh sungguh perjalanan tu, sungguh kebas segala..-,-

hari jumaat lepas fae amik cuti sebab apa semua tak prepare..baju pon tak packing lagi..gila kan, hati rasa excited gila nak balik kampung tapi apa semua tak buat, hey fae, ingat baju tu boleh masuk sendiri dalam beg tu eh?;P bila tengahari baru mengesot pergi kat almari and amik baju apa yang nak bawak.

disebabkan adik sekolah hari tu then ada exam pulak, terpaksa la tunggu diorang balik sekolah dulu then baru gerak..dalam pukul enam ktorang gerak balik..ktorang ikut jalan kampung..then yang follow adalah pakcik sekeluarga..diorang memang stay kat kampung so ktorang balik sana and terus ikut jalan kampung..;)

first fae yang drive sebab bila malam makin gelap, memang gelap jugaklah mataku..fae drive lebih kurang tiga jam then abah pulak sambung tiga jam lagi..bila ikut jalan kampung tu biasa la..kereta pon tak banyak and jalan pulak jangan kata la memang gelap!

tapi fae lebih suka jalan malam daripada siang, sebabnya bila siang rasa panas and jadi pening kepala..tak tau napa..yelaa..lagipon kita berjalan jauh kan..hari tu ktorang terus ke rumah pakcik fae dekat Baling..lebih kurang pukul 1.30pagi baru ktorang sampai..-,-

dah sampai tu, ktorang makan, borak-borak sedar-sedar dah pukul tiga pagi..padahal esok ktorang nak pergi kenduri..boleh lebam bijik mata macam ni..-,- bila baring je, ya Allah letihnya tuhan je tau..bila pagi fae yang bangun lambat..haha..rasa macam drive dari kL ke Baling tanpa henti..-,-

bila bangun je semua dah pakat nak bersiap pergi kenduri..ohmak ai! pergi makan terus cepat je siap..hee! :) fae pon kemain lagi siapnya..tak saba katanyaa..dah lama tak pergi kenduri kat kampung ni..tempat kenduri ktorang nak pergi ni sepupu fae yang kawin tapi dekat Sg. Petani..



tengok, kemain pink gitu..pergi Sg Petani lebih kurang empatpulohminit jugak lah..dalam pukul 12 ktorang sampai, tapi takda orang datang lagi kot. kalau dekat sini pukul 11 orang dah start datang dah kan..so ktorang lepak-lepak la dulu dekat rumah sebelum serbu makanan pergi makan..;)

jumpa jugak sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa..dah berapa lama pulak fae tak balik kampung..selalunya abah dengan mak n adik-adik yang kecik je balik..lepak sana borak-borak dekat pukul lima baru balik rumah pakcik fae kat Baling tu..;)

dah sampai rumah terus rasa nak tido..adoi! taktau kenapa letih sangat tapi padahal terlampau kenyang sangat kot;p..kononnya malam tu nak la keluar berjalan area Baling tengok tapi bila semua dah buat muka penat terus cancel..maka malam ni silalah tido cepat-cepat ye sebabnya esok paginya dah nak gerak balik kL..;)


pagi pagi lagi dah kena kejut dengan mak..terpaksa la bangun jugak..sebabnya nak gerak balik dah..excited pulak nak balik ruma..hee! kiranya macam ktorang balik kampung semata-mata ada kenduri..tapi memang pon..bila balik kampung kat Kedah pon bila ada kenduri je..-,-

bila nak gerak balik tu, abah yang drive dulu..then fae tido dulu..dah sampai ipoh tukar pulak dengan fae drive sampai lah kL..ktorang sampai pon dekat pukul enam lebih..lambat sampai sebab ktorang terkena sumpahan perut meragam sepanjang jalan..heee!-,-

p/s : come and visit page AREEZA SHOP 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, May 24, 2012

nantikan kepulanganku! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


walaupon semalam tido sangat lewat tapi nak taknak kena jugak bangun awal walaupon hari ni fae tak keje..rasa lemau dan liat sikit nak bangun tapi tetap terpaksa gagahkan diri jugak..hari ni fae cuti sebab petang ni nak balik kampung dekat kedah..kezen kawin:)

lepas bangun terus mandi sebab lepas ni mak nak tinggal adik bongsu dekat fae..so arini kena jadi mak mak mithali walaupon garang..hee! mak pergi sekolah adik ada sambutan hari guru then abah pulak pergi servis kereta..kata nak balik kampung kan..-,-

then bila mak dengan abah dah keluar bermulalah tugasku..adik bongsu fae sangatlah noty..rasanya dia yang buli fae teruk tapi dia ni manja sikit..kalau kita tak layan dia, dia dah datang kat kita menyendeng-nyendeng mintak penampar dibelai..manjakan..-,-

sekarang dia dah tydo pon..tu yang sempat nak update sekejap..oh yaa, petang ni fae balik kampung..rasanya dah berapa tahun ntah tak balik..tu yang kali ni excited jugak nak follow..nak jumpa kezen-kezen kat sana..;)

walaupon excited nak balik, fae dengan selambernya tak packing barang apa semua tu..rasa malas yang amat nak packing baju..ape kepemalasnya fae ketika ini..haha;P nanti dah nak gerak baru nak terhegeh-hegeh..confirm lepas ni ada yang tertinggal barang..hee

okeylah, before mak bising dari kL sampai kedah nanti, better fae siap-siap dulu apa yang patut k..;) then stay tuned for the next entry ya!

p/s : come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

balik kampung ♥

Assalamualaikum..

Hello peeps and readers..

hari ni merupakan hari yang best sebab bos fae outstation..maka dengan ini sempat la fae nak update belog..rasanya macam banyak nak story tapi bila dah postpone banyak hari makin lupa la ceritanya..haish!-,- berusaha sedaya upaya nak cerita walaupon kepala otak kian lupa..

dah lama tak balik kampung, bukan bermakna lupa diri tapi takda masa dan tak sempat..maka, ahad lepas fae balik jugak akhirnya..;) itu sebab sepupu fae kawin..rasa excited jugak nak tgk! :) kampung fae tak jauh mana tapi nak mengelakkan rasa mengantuk fae decide nak drive..abah dengan mak sila duduk belakang! :)

masa nak gerak balik dugaan pertama adalah tayar pancit..haa..nasib baik perasan awal-awal sebab fae ni jenis suka drive laju-laju..rempit katanya..haha..dah settle semua dalam pukul 10lebih dah gerak balik..balik kampung hoho balik kampung!


dalam pukul 11lebeh ktorang sampai tempat kenduri..tersangatlah ramai orang kerana ni kenduri anak sulong mereka..selalunya kenduri pertama dalam family tu mesty ramai orang..;) pengantin juga cantik! :) mari layan pixcha! ♥


ini adik fae - farizsha ♥

ini adik fae juga - fareza ♥

♥ fareza & farizsha ♥

♥fariz, fareza,farizsha & memey ♥

adik adik yang amik berkat dulu! hee! :) masa tu tak sempat nak bergambar dengan pengantin..ramai sangat orang! :) so fae letak adik-adik atas pelamin and snap pic mereka! nampak suka je dorang! lepas ni boleh duduk atas pelamin kakak pulak tau!:P

lepas tu dalam pukul dua ktorang gerak pergi rumah tokwan pulak dekat Tanjung Karang..then lepak makan-makan jup pkul 4lebih baru gerak balik..fae drive laju-laju sebab nak cepat sampai rumah..walaupon laju tapi tetap berhati-hati..;)

nak cepat sebab nak keluar lagi! hee! teringin nak makan Tako..cepat-cepat call incik tunang suruh dia amik..then ktorang pergi makan dekat One Utama..tapi kali ni tak pergi tengok movie pon..just keluar makan then pergi karoke! dah lama tak karok so hari tu lepaskan geram lah! hee! :)


p/s : come and visit page AREEZA SHOP <-- myonlineshop! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, May 22, 2012

makan itu wajib bagiku !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

walaupon mata ku kedipkedip mengantuk tapi ku gagahkan jari untuk menaip entry ni supaya idea yang ada yang kepala otak ni tak telan dek zaman..semoga tak pupus didalam kepala..-,-

betapa excitednya dahku ingin menaip entry ini walaupon depan mata ada bos, depan mata juga kerja bersepah..haish! tetiba fae rasa otak jam sikit hari ni..tu yang update sekejap nak bagi rasa rileks..rileks la sangat kan?hee!-,-

al-kisah..pada hari Sabtu lepas, fae dah tentu-tentu cuti..duduk dekat rumah mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah, lipat kain apa semua sebabnya hari cuti baru sempat nak buat semua ni..dan bila badan dah penat serta letih konon macam angkat batubata turun naik dari tingkat lima ke bawah, terus fae lompat atas katil dan zZzz.

dah faham, ni adalah gaya anak dara pemalas, tapi sungguh..ini betul-betul penat sampai kan fae dah lupa bab makan kerana tido lebih penting buat masa tu..dalam pukul tiga incik tunang kejutkan..tapi tiga balik lah..buruk perangai! hee!

dalam pukul lima incik tuang call..dia cakap dia dah boleh balik..then tetiba perut kemain rasa lapar terus ajak incik tunang pergi makan..masa dia call tu dia macam acah-acah malas nak pergi..tengah best bergayut tahap cipan fon dia mati pulak..-,-

tunggu punya tunggu incik tunang tak jugak call-call..dalam hati sanubari berfikir maybe dia dah sampai rumah kot..sedapkan hati sendiri..tetiba macam rasa incik tunang ada dekat bawah..terus usha dekat bawah then tengok-tengok incik tunang ada..haish! ingatkan tak jadi nak keluar, dah la tak siap apa-apa..kena tunggu la jawabnya..-,-

cepat-cepat la siap, nasib baik incik tunang tak bising..hee! lepas tu terus cakap dengan dia yang fae nak makan meatball dekat ikea! dia pon on je..yuhuu! dapat makan banyak-banyak..nak balas dendam katanyaaa...;)


haa..ce tengok betapa kuatnya kami berdua makan..yang lepas licin..kau hado?:P

p/s : to all bawal lovers come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, May 18, 2012

hanya di hujung jari

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

selamat bercuti kepada mereka yang bercuti pada hari in macam fae..dalam merongkah arus permodenan sekarang ni, fae rasa teruja kerana hanya dihujung jari saja kita dah boleh buat macam-macam seperti ber'fb' ber'twitter' dan berkblogging' sambil baring-baring santai macam keadaan fae sekarang! -,-

mohon jeles ye kengkawan..hanya menggunakan fon cabuk cap ayam serama bisa menghilangkan segala kekusutan hati dengan  sikap ketamakan melayari fb,twitter dan blogger tanpa memikirkan keadaan fon <-- tak lama lagi hancus la fon ini..hee!

ini bukan entry berunsur kebongkakan tapi ini adalah entry berkisar kebatakkan fae dpt online sekaligus kesemuanya social network ini menggunakan fon cap ayam serama..walaupon fae tahu ada yang gelak mengekek melihat keadaan fae sambil berkata "fae,kau ketinggalan zaman!orang lain dah macam-macam dah teroka,tapi kau sungguh kesian!" fae redha dan terima seadanya! kesian-,-

yeay! lepas ni fae dah boleh update belog dimana sahaja ku berada menggunakan fon cap ayam serama ini..lepas ni dah boleh check balance tinggal 00sen sahaja!haha..moral of the story : lagi hebat barang kau,lagi banyak duit yang kau perlu keluar!sekian terima kasih <ada kena mengena tak?:p>

p/s : nak shopping tudung?jemput singgah PAGE ini --> AREEZA SHOP


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

lunch bersama kawan @ Waroeng Penyet ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

hari ni tak tau tekak kemain teringin nak makan pedas-pedas tahap dewa..wah! gitu..akibat dua tiga hari ni pergi lunch seorang diri, pepagi lagi dah cari member ajak makan kat satu tempat yang sambalnya bisa membuat perut jadi tsunami..;)

nasib baik hari ni keje tak banyak sebab semalam dah siapkan awal-awal..so hari ni sempat la nak ber fb, twitter dan belog bagai..ketamakkan ada di situ..hee! ni balas dendam seminggu tak aktif online tau! :) hari ni memang rasa lega sikit..taklah se'bz' semalam..atas meja memang bersepah..nampak sangat bz..bila bos tengok mesty dia cakap rajin staff aku..haha;p



okey, now nak story benda lain pulak..tadi fae pergi lunch dengan member fae--> pajel..this week memang fae makan dengan dia je..;) akhirnya tercapai hasrat nak makan dekat Waroeng Penyet dekat The Curve..yeah, sambal yang amat pedas memang buat perutku jadi tsunami..tapi berbaloi dapat makan..siyes macam mengidam pulak..bila dah dapat rasa happy pulak..hee! even incik tunang call ajak makan sama kat tempat lain, terus cakap taknak! hari ni memang kejam!;p

so bila perempuan dah bertemu perempuan mulalah nak buat ketupat kan? opps! tak tak! hanya borak biasa sahaja..hehe..sambil makan sambil berborak..so hari ni fae makan Lele Penyet..yakni ikan keli! :) sedap sebab ikan tu panas lagi..dan kawan fae pulak makan bakso je..tak berselera nak makan katanyaa..;)




haa..tengok kecur air liur tak tengok? hingga ke saat ini fae masih lapar lagi tau! oh ya, tadi fae baca bismillah..tapi taktau kenapa perut mintak di isi lagi..dan taktau jugak kenapa bila selera makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini..hehe! apa lagi yang perlu ku buat?-,-

p/s : to all bawal lovers, come and visit page AREEZA SHOP !

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, May 17, 2012

cukup sengsara ♥ ini

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


mulanya hati rasa terbakar dan nak luah semua yang ada kat dalam hati ni, tapi terfikir sejenak..tamau marah-marah nanti cepat tua..terpaksa lah ku pendam perasaan marah ni..nak update entry ni pon seratuslimapulohkali pikir..takut bila hati tengah marah tetiba entry ini berbaur kemarahan..x_x

pujuk hati ni jugak, nak taip entry tamau ada unsur-unsur kemarahan supaya sesiapa yang baca takda rasa marah kat fae pulak..so fae nak bila korang baca, korang rasa happy and rasa bahagia juga..;) pepagi tadi memang hati rasa kacau bilau sikit but now getting better..

act, petang semalam sebutharga bersepah kena buat..dalam hati ni..ya Allah tolonglah aku..buat sebutharga ni bukan bidang fae..sekarang fae account dept tadi bila sales dept cuti terpaksa la fae turun padang bukak buku balik untuk buat quotation, sebutharga/tender juga..cuba anda bayangkan...rasa macam tak cukup kaki tangan tau..;(

pepagi tadi buat quotation biasa then tengahari sikit dah termenung sendiri..cemana ye fae nak buat semua ni..tetiba rasa stress gila..terus moody je..dalam hati mintak-mintaklah supplier tak quote..boleh tak cenggitu..hehe;p ni pun dah dua hari tau lunch sengsorang..hee! semua pelik sekali dengan diri sendiri pelik..eh, boleh pulak fae g makan sorang-sorang tanpa teman..;)

balik dari ofis, terus call supplier nak tanya status sebutharga tuh.. sekali dia cakap tak quote! ya Allah, rasa nak melompat tang tu jugak tau even masa tu bos ada..hee! terus rasa lapang je jiwa ni..rasa terlepas beban yang berat tau..tapi tak lama lepas tu haa amik ko, berderet nak kena buat quotation..lagi sekali rasa stress tak ingat..;(

sampai la nak balik ni baru settle..sungguh ini pengalaman berharga jugak..rasakan buat keje banyak-banyak..hehe..walau apa pon fae boleh settle! yeah! esok nak siapkan account yang dah terbengkalai seminggu ni..ya Allah kuatkanlah semangat ku! chaiyok-chaiyok fae! 




p/s : jemput singgah AREEZA SHOP! pelbagai jenis tudung bawal ada di sana! happy shopping

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, May 15, 2012

aktiviti bersama ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

pejam celik pejam celik dah lama fae tak update story mory panjang berjela kan?dulu kemana sahaja sempat la nak update..sekarang ni dah tak cukup kaki tangan lagi tau nak kejar masa..hee! tambah-tambah lagi bila dah buat bisnes online lagi lah rasa takda masa..huhu-,-

tapi walau apa jadi sekali pon tetap jugak nak update sebab semua cerita kat belog ni akan jadi tatapan masa tua-tua nanti..teringat balik masa zaman-zaman muda dulu ye dak..hehe;p tapi kadang-kadang bila memikirkan keje yang banyak..grr! spoil betul! rasa macam rugi besar tau..pengalaman hari ini tak mungkin terjadi esok hari..kan?-,-

hari Ahad lepas, pepagi buta tu kononnya plan dengan incik tunang nak pergi jogging..dalam hati dah macam rasa jadi tak jadi je nak jogging esok sebabnya incik tunang balik keje lewat malam sebelum tuh..rasa macam susah je nak kejut dia bangun..

yea..tepat dugaanku memang incik tunang tak bangun weh..tido mati! haish! kejut then tido balik kejut tido balik last-last dah malas nak kejut lagi..terpaksa la fae pergi rumah dia..pukul 9 sampai rumah dia..ktorang takda pergi jogging..yela..matahari dah terpacak atas kepala tak sanggup den..boleh pengsan cenggitu..hee!

disebabkan ktorang tak pergi jogging, ktorang just pergi amik stok tudung je..lepas tu dah pukul bape dah, nak breakfast sesama pon tak sempat..bukan apa, nak balik awal sikit sebab petang ni nak keluar lagi..lepas je amik stok tudung terus balik rumah..-,-



then, dalam pukul 4, incik tunang datang amik fae..ktorang nak pergi tengok movie dekat One Utama..movie start pukul 6.20p.m..haa..kan lambat lagi tu..maka ktorang sebulat perut pergi makan dulu dekat Waroeng Penyet, The Curve..situ tempat feberet ktorang makan..sambal dia memang terbaik! :D


disebabkan masa yang terlebih sudah tula ktorang pergi ke The Curve..tapi nasib baik The Curve dengan One Utama tak jauh mana..;) nak makan sini sebab kesian incik tunang mengidam nak makan Ayam Penyet..hee..makan punya makan dalam pukul 5.45 ktorang gerak pergi OU..;)

haa..lupa nak bagitahu. hari tuh ktorang tengok movie Nongkrong..sapa yang dah tengok?apa macam best tak?ohh sangat rugi kot korang tak pergi tengok..memang pecah la cerita ni! memang naik bergegar dalam panggung time tu tau bila part kelakar..untuk filem ni fae bagi 4.5/5 ! terbaik! :) lepas tengok movie ktorang terus gerak balik..;)


p/s : kepada pencinta tudung bawal pelbagai jenis, come and visit page --> AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Reunion @ Acheng Laksa

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

taktau apa magnet kuat dah menarik hati ini..perasaan sayang makin membuak-buak dekat belog ini..asal tengok belog ni je terus rasa nak update..err..belog ni dah mem'bomoh' tuan dia eh?;P ohh tidak mengapa, at least takda la belog ni terbiar kan?-,-

walaupon kadang kala berselang jugak dua tiga hari..omak hang! ni dah makan seminggu tak update..tu semua sebab takda masa..okey la tu dari bersarang berbulan kan?haa..ni kira dah muncul kiranya dah ada kesedaran la kot..;p

actually, this week fae kena keje berdua..ohh tidak! dua orang ofismate cuti..terpaksa bukak buku balik untuk buat keje bahagian sales..tak terkejar dek tangan rasanya..sebabnya keje sendiri pon bersepah..terima jelah ini takdirnya..-,-

dalam masa seminggu ni jugak pergi lunch sendirian berhad..nasib baiklah ada jugak kawan fae yang keje dekat dengan ofis fae so boleh pergi lunch dengan dia..tapi terpaksalah tunggu pukul satu..dia keluar lambat..kalau ikutkan fae pukul duabelas tengahari terus nak g makan dah! lapar..-,-


semalam fae lunch dengan kawan fae dekat Acheng Laksa e@curve..dan hari ni ktorang repeat lagi..hari ni reunion jumpa member lama..haha..adoi! memang gawat jugaklah bila dah jumpa..borak-borak kisah-kisah lama yang lucu..kenangan masa kerja sama-sama dulu..indah! :)

ktorang makan dekat situ sebabnya dulu ktorang keje dekat e@curve dah kat situlah port paling best yang ktorang lepak..asam laksa dia terbaik! :) tu yang reunion kat sini balik..tapi bila dah jumpa dah pokpekpokpek tak ingat dunia terlupa pulak nak snap pic bertiga..bukan senang nak jumpa lagi tau..adoi!:(

harap ada pertemuan lagi selepas ini..;)

p/s : come and visit page AREEZA SHOP


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, May 9, 2012

kerana dikau...

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

semenjak dua menjak ni taktau kenapa bila malam tiba mata macam tak ngantuk tapi sebenarnya fae memang dah mengantuk..kena pulak sekarang ni bila malam tiba mesti hujan! ohh bestnyaa! fenomena apakah ini?:)

ini mungkinkah gara-gara novel? yup! mungkin jugak sebab fae adalah penggila novel tahap dewa! last week fae pergi rumah incik tunang dan adik dia bagi fae pinjam novel..dia macam fae jugak..minat terlampau dekat novel..kalau dia baca novel best mesti akan diserahkan kepada saya! mula la jadi taknak tido akibat nak tau penghabisan cerita..haa..acane tu?

cuma buat masa sekarang ni memang tak sempat nak layan novel sangat akibat ke'bz'an tahap melampau! :) tapi dua tiga hari lepas dah dapat novel terus rasa macam banyak je masa untuk baca novel tu..boleh ke macam tu?;p nak nak pulak bila ada yang siap pos dekat fb novel terbaru! wuarghh! sungguh tak tahan! bikin kacau jiwa raga-,-

incik tunang pulak tiap malam kena spot check fae..yelaa..gara-gara novel fae tido lambat..paling habis pukul duabelas 23456saat dia call dan paksa tido..incik tunang fae garang tau! hehe;p tapi kadang-kadang fae mengelat juga..sapa suruh mata taknak pejam..terus je selamber sambung baca novel..-,-

adakah malam ni fae melalui detik yang sama tido lewat semata-mata nak baca novel je?ada sapa-sapa nak share dengan fae novel apa yang best yang pernah korang baca..fae pon nak baca jugak! :) kalau novel sanggup tido lewat, ce bagi buku sejarah, tak sampai sebaris dah sleepy! heee! sama macam korang tak?hekhek~,~


p/s :

  • to all bawal lovers, Areeza Shop ada buat promotion for Mother's Day ! dapat harga murah! :) so cepat-cepat grab yea..jemput singgah Page Areeza Shop! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, May 7, 2012

kenduri dan movie time ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

yuhuu! yes!yes! gedix semacam sebabnya dapat update belog..kihkih..ku tidak sanggup lagi biarkan belog ini merana seorang diri..kesian..nak harapkan sapa lagi kalau bukan tuan dia yang nak berceloteh disini..kalau tuan dia senyap maka semak samun la belog ni selama sikap pemalas dalam diri tuan belog ini tidak hilang..kalau seminggu..seminggu la tak update ye..-,-

okies! pendahuluan yang sangat panjang..jari jemari tengah rajin nak menaip walaupon jeling sana jeling sini takut-takut tetiba bos dah ada kat belakang tengok fae menaip apa jadah disini..kan dah bikin kantoi nanti..hepp! jangan tak tau pernah jadi tau! haa..acane tu?buat muka tak bersalah..hehe~_~

ni nak story pasal semalam..semalam incik tunang ajak pergi kenduri rumah sedara dia..so i followww even badan tak berapa nak sihat sangat..mula-mula mood nak duduk rumah je tapi bila memikirkan if duduk dekat ruma fae akan tido je baik fae keluar sedut udara segar..;)

bila dah keluar tu, eh eh badan dah okey pulak..maybe rasa tak terperap kat rumah kot or sebab dah jumpa buah hati terus baik kot?ceit! itu dusta! siyes badan dah okey sikit masa petang semalam..selsema pon dah takda lagi..rasa lega sangat-sangat..



tengok ktorang sempat lagi snap pixcha sementara tunggu pengantin nak berarak..itu fae bersama bakal kakak n adik ipar..ada orang cakap muka fae dengan dorang ada sama sikit-sikit..hehe..tapi nasib baik hari ni cuaca mendung so takda masalah kalau kena tunggu lama-lama pon..

tak lama lepas tu ktorang pon pergi melantak! 0pps! pergi makan..makanan boleh tahan sedap! duduk lepak kejup then balik rumah incik tunang..lepas tu dalam pukul 4 fae keluar balik dengan incik tunang pergi One Utama..ktorang kalau pergi sini mesti tengok movie..;) tadi ktorang pergi tengok cerita Chow Kit.."mak-mak jangan main lah brother" sempoi! boleh tahan la cerita dia..tapi yang nak pergi tengok tu make sure 18 tahun ke atas tau! hepp! budak kecik tak boleh tengok!;p




sementara nak tunggu movie start ktorang menggedixkan diri snap-snap pic..haa,,kau hado?ktorang ni dah jarang kemain snap pic berdua..kali ni memang sengaja menggedix la kan...lepas jalan-jalan kejup beli makanan kejup then terus tengok movie..;)

lepas tengok movie terus balik la kan..dah malam..tak baik balik lambat-lambat..hihi..minggu ni free sikit kot sebab tak pergi amik stok tudung..ohh ya! bagi sapa-sapa kat sini suka tudung bawal , jemput singgah AREEZA SHOP ..jemput singgah yea semua mana tau ada yang berkenan di hati..;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, May 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Wafa ♥ Ayien

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

hari ni baru berkesempatan nak update..1st of all, nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Wafa ♥ Ayien walaupon dah seminggu berlalu..tahniah! wafa a.k.a wafa scha dah naik pangkat jadi puan walaupon dia pangkat adik bagi fae..meh nak story morry sikit pasal kenduri ari tu ;) 

sweet couple ! 

tanggal 28 April wafa sah menjadi isteri kepada Ayien..haa..dah selamat sudah..hehe..fae tumpang happy untuk dorang ! :)

sah ! :)

semoga menjadi isteri yang baik dan cepat-cepat dapat baby yea..;) so keesokkan harinya 29 April 2012 majlis persandingan nya..bertemakan kelabu hitam ! sungguh sweet ! 


hari tu fae pergi dengan incik tunang..masa tu jumpa semua kawan-kawan yang dah lama tak jumpa..majlis kenduri sangat lah meriah! ;) makanan sungguh sedap! rasa macam nak ulang makan dua tiga kali..boleh ke?hehe-,-


tengok ktorang bukannya makan tapi melantak! hehe..sapa suruh makanan tu sedap sangat? haa..kan dah orang kuat makan ni makan banyak-banyak..-,-

tapi yang paling best, lepas makan tu ktorang pergi makan lagi dekat Pizza Hut..ini incik tunang punya idea gila..rasa nak meletop perut ni tau..tak tau kenapa sekarang dia kuat makan..hehe;p okeylah, kita layan pic kejap yea..;)



bilakah turn kami?haha;p

Selamat Pengantin Baru buat Wafa ♥ Ayien
Semoga kekal hingga ke anak cucu !
Amin

p/s : to bawal lovers, come and visit here AREEZA SHOP !

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)