♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, August 6, 2011

gelagat baby masa kini..

Assalamualaikum..
Hello readers..
p/s : entry ni nak tempek pic baby je..;)

even mata dah tak mampu nak bukak sampai tahap fae letak batang mancis pon boleh patah tapi jari manis masih  sudi memberi khidmat yang terbaik sebelum dapat membongkang dengan gaya paling hebat..haha..hamek kau ape aku merapu nih..;P



ni anak sapa?haa..perhatian kepada semua ye..ini adalah anak bongsu kepada En. Jamal iaitu abah fae dan bermaksud baby ni adalah adik fae yang bongsu..;)

jangan korang kata ini anak fae pulak ye sebab kadang-kadang bila keluar mana-mana fae akan dukung dia then orang akan tegur dan tanya "ini anak ke?" ..terkedu kejap..dengan malu-malu kucing parsi fae jawab "err..bukan..adik saya..;)" muka fae dah macam muka 'mak-mak' ke?haish!x_x

mana la orang tak kata adik fae ni macam anak fae..tatkala usia mencecah 22tahun mencecah dewasa dengan tiba-tiba dapat pulak adik lagi..oke takpe..fae suka baby..tapi hati paling dalam sanubari mula berkata sendiri "sekarang umur aku 22tahun..then dapat adik..cemana bila adik aku pulak berumur 22tahun..aku??" fullstop!gilalah! dah!dah! tamo pikir..tak boleh terima kenyataan bila dah tak muda lagi nnti..huhu-_-

lagipon dengan adik yang last ni fae memang betul-betul rapat dengan dia..dari masa mak pregnant dulu,fae yang bawak mak pergi check up, bila dah nak bersalin fae jugak yang bawak mak pergi hospital..abah?jangan korang cakap abah tak amik kisah tapi abah kerja..outstation dan mak kat sini bergantung harap dengan fae..bukan nak bangga diri tapi rasa dah berbakti pada nusa dan bangsa dengan mak ngan abah! ;)

bila masa mula-mula lahir dulu kemain eksaited lagi fae..ce korang tengok pic norfarishawani <click>masa lahir dulu..;) dia pulak memang mesra alam yang menjadi hobinya senyum kat orang tak ketahuan hala..;) 


sekarang dia dah masuk 8bulan..maka dengan ini anggota badannya mula berfungsi dengan baik membuatkannya bertambah ligat dan nakal..kadang-kadang pandai pulak nak merajuknya..haish! penampo karang! dia sekarang dah pandai menyulur kehulur kehilir macam dia dah pandai berjalan..  -_-

paling besh tempat yang dia akan tuju adalah bilik paling kemas milik fae..muahaha;P taktau apa yang dia suka sangat sampaikan satu tahap bila fae dah bengang, setiap kali masuk bilik fae akan tutup pintu rapat-rapat supaya dia tak boleh masuk..kejam kan?hikhik;P

dia macam tau-tau je fae ade kat dalam bilik..padahal dah tutup pintu rapat-rapat pon supaya dia tak nampak fae..tapi korang tau ape dia buat bila dia nak masuk juga bilik fae..dengan tangan kecik dia, dia akan ketuk 'pumpangpumpang' macam bergendang dgn harapan fae akan bukak pintu..grrr!

biasalah,bila dah bising kita akan bukak jugak kan pintu tuh..bila bukak je pintu, dia terus menyulur masuk gaya  macam singa laut merangkak..pantas! suka kemain lagi dia bila dah berjaya masuk bilik fae..tengok apa dia buat kat fae :


siap jelir lidah lagi weyh..budak-budak zaman sekarang ni kemain lagi kan..cepuk kang baru tau..geram betul di buatnya..tapi cemana pon fae memang syg kot kat dia..penyeri ktorang satu family..;)

p/s :
  • pakaian Trudy & Teddy  <click> adalah pakaian yang paling selesa untuk baby sehingga berumur 4 tahun..untuk maklumat lanjut sila lihat di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tips Berpuasa 4# - fasa-fasa puasa yang berjaya

Assalamualaikum..
Hello readers..



selamat menjalani ibadah puasa yang ke-6 hari ini..;) ada yang tak puasa ke?jeng jeng jeng..tak lama dah lagi nak berbuka..tahan la sikit ye..hari ni cuaca panas kemain..rasa macam nak berendam dalam air! haish! tak boleh!hikhik;P

mula lah berkira-kira dalam hati nak makan itu ini..amalan syaitan tuh..tak baik membazir, jangan nak tamak sangat la ye..karang dah teguk air terus rasa dah kenyang seminggu..hehe;) 

hari ni maca biasa fae nak share lagi dengan korang tips berpuasa untuk korang semua;) sebelum tuh jum baca tips berpuasa yang lain bagi yang belum baca ye..;)


oke, sekarang kita ke tips yang seterusnya ;) -->

Fasa-fasa puasa yang berjaya:
  • fasa pertama (2-3 hari) : perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
  • fasa kedua (3-14 hari) : kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
  • fasa ketiga (14-akhir puasa) : lidah menjadi bersih, nafas hilang bau,selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali.

di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru..keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

  • makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
  • makan kerap
  • kuih-muih yang payah dihadam
  • air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:

  • kesihatan bertambah baik 
  • kurang makan kerana perut dah kecut


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)." 


p/s :




::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

dasar suka ambil kesempatan betul ! -_-

Assalamualaikum..
Hello readers..

sila tenyeh mata tujuhpulohenam kali tanpa henti..jangan tak pecaya..ini memang fae yang update selepas beberapa  minggu yang lepas jangan harap nak tengok entry fae hari sabtu kan?kan?-_- jangan buat-buat tak pecaya sebab bulan puasa tak baik menipu..kihkih;P

muka suci lagi murni..muahaha;P

hari ni kemain tergedix nak update blog..kiranya nak balas dendam yang semalam kecundang di siang hari sampai tak sempat-sempat nak update..macam lah fae ni berstatus menteri yang bz tak ketahuan hala..tu yang hari ni nak update jugak..-_-

sebab apa semalam tak update?bukan sebab bos dah warning,bukan jugak sebab kerja yang melimpah ruah, bukan jugak sebab hati kata 'taknak' bukan jugak sebab jari malas nak taip, tapi sebab ape? <kemain panjang membebel ni..>

sebab..sebab kaki kata 'taknak'..takde kena mengena kan?..sebenarnya sebab tak larat tak ketahuan hala..lebih kurang je kan dengan alasan yang kat atas tuh..;P semalam hari jumaat..kebetulan pulak bos takda..memang dah dasar suka amik kesempatan maka fae bersama kak ain (ofismate) pergi merayap tak ketahuan hala di e@curve ;)


kitorang merayap kat sana saja nak cuci mata..;) lagi pon tak jauh dari ofis..al-maklum lah nak raya dah ni so ktorang nak la p usha baju raya yang hot-hot masa raya nanti sampai orang tengok boleh main kedip-kedip mata-_- gatal pulak! tau kat my fiance kena tibai sat g!haha;P

yang paling besh la kan..lagu raya kemain hebat lagi berkumandang kat situ! baru berapa hari puasa..tiba-tiba teringat kampung hati sayu mengenang dirimuuu... tapi rasanya tak gempak macam taun lepas la..maybe awal puasa lagi so tak ramai yang menjual baju raya lagi..-_-

wajib amik gambar kot! ;P

dah puas berjalan kak ain nak beli barang sikit kat tesco, maka fae pulak pergi settle hutang dengan pakcik Mammoth..dah la penat berjalan tapi tetap berjalan lagi..haus! haus! x_x


selepas menunaikan hajat masing-masing kitorang pon beredar balik ofis dengan harapan bos tak masuk ofis..hikhik..lagipon ktorang terlambat..tak sengaja..yeke?hah! kalau dah dapat berjalan sampai tak ingat dunia dibuatnya!--_-

nasib baik bila sampai ofis bos takda, senyum meleret la walaupon tak mampu nak cakap apa-apa..mengah kot weyh..seratuslimapuloh kali usha jam pukul berapa la nak bukak puasa ni..huhu..sadis sungguh..rasa macam nak merengek-rengek je dengan mak macam zaman kecik-kecik dulu..cuba sekarang pergi merengek lagi,memang tak cerita banyak, mak bagi penampo paling hebat di abad ini..hikhik;P

disebabkan semua tuh la membuatkan fae tak mampu nak update bila datang kehausan tahap melampau..sumpah tak mau buat lagi dah..-_-

p/s :




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)