♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, October 15, 2011

al-hijab best ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

tengah bosan tahap gaban ni, baru teringat nak update belog tanpa ada gangguan..kihkih..haa..baru free sikit nak update belog dari melangok tak tentu pasal kan..-_-

rasa seram sejuk jugak nak update pasal seram-seram ni..tegak bulu roma wa der! last week fae pergi tengok movie dengan incik tunang..ktorang tengok movie al-hijab..;)


SINOPSIS

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?




dah dah stop! act, fae pon takut nak letak pic seram-seram kat sini..hee! sebab takut malam ni ada yang tak tido..fae tengok movie ni pon hujung-hujung mata je..takut tapi nak tengok jugak..cemana tuh?-_-

komen fae :
  • cerita hantu yang lain dari yang lain..i mean jalan cerita yang berbeza dari kisah hantu yang lain-lain..
  • al-hijab..mula-mula fae ingatkan cerita pasal tudung! hehe
  • sound effect memang power abis! tak senang duduk di buatnya..
  • nasib baik cerita ni tak terbawak-bawak sampai rumah --> memang la tak teringat sebab tengok pon macam tak tengok je..muahaha;P
  • fae bagi 4/5 untuk movie ini..
  • korang apa tunggu lagi? pergi cepat tengok! :D
=======================
follow me on twitter
=======================

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)