♥ FOLLOWERS ♥

Friday, April 29, 2011

khasiat tempe!

hello peeps! hope semua da mkn oke! barulah semangat nak lepak kat blog fae neyh!;) oke..fae ade bgtau kat korang kan nak share sumting dgn korang kan! nak tau pasal ape? oke..korang suka mkn TEMPE tak? ke ade yg taktau tempe tu ape? okelah, tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai..ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga di balut dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut..tempe boleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.. oke da tau? belum lagi?jum tgk pic plak--->



oke..sekarang da tau kan?paling tak pon korang pernah la tgk jugak kan? ke ade yg memang suka gila dgn tempe ney mcm fae? hee!;) oke, act fae nak share sikit info berkenaan dgn tempe neyh! oke kita zasssss!;)

  • sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yg bermanfaat, seperti karbohidrat,lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten serta kompenan antibakteria yg bermanfaat untuk kesihatan
  • tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin dan asam pantorenat..hasil analisis,gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yg dapat dimakan
  • tempe dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis yg byk dialami para wanita kerana tubuh wanita yg mengalami haid, hamil dan menyusukan bayi..penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yg malas makan kerana takut gemuk sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun.
  • di dalam tempe juga terdapat zat antioksidan dalam bentuk isofalvon seperti vitamin C, E dan karotenoid..isoflavon merupakan antioksidan yg sgt di perlukan dlm tubuh utk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas
  • penelitian yg dilakukan di University North Carolina,Amerika Syarikat, penemuan genestein dan phythoestrogen yg terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan.
oleh itu, cara terbaik utk menggoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dgn mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian..takut bosan? takpa..kat malaysia ney byk pilihan masakan yg berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak dan sebagainya! confirm pasni korang tak bosan lagi!;) bagi mengelakkan zat-zat yg bermanfaat tuh byk terbuang dalam proses pemasakan , tempe sebaiknya dimasak dgn menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus..cara tersebut lebih efektif utk khasiatnya berbanding di goreng..
 
 

eyh,fae ade info lagi utk korang berkenaan khasiat PISANG!
meh baca kat SINI

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)