♥ FOLLOWERS ♥

Sunday, October 16, 2011

cara penjagaan kulit menggunakan TOMATO

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

seperti yang di janjikan semalam..fae ada bagitau for the next entry fae akan bagi tau cara penjagaan kulit menggunakan tomato..;) maybe ada yang dah pernah buat n maybe ada yang belum pernah tau..tapi kan fae tetap akan share dengan korang..;) mari tengok dulu khasiat TOMATO <click>

act, fae tak pernah pon praktik kan penjagaan kulit melalui kaedah ini sebab selama ni fae telan terus je tomato tu dan selamat dihadam perut fae..hikhik..kaedah ini secara luaran sahaja..tapi rasanya lebih afdal kalau kita terus makan je tomato tuh...sedap apa..;)


cara penjagaan kulit menggunakan tomato

MENGECILKAN LIANG ROMA
  • Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau.
  • Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah..urut perlahan-lahan. 
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma,
  • Selepas itu sapukan pelembap muka.


MERAWAT JERAWAT
  • Hancurkan tomato segar 
  • Sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. 
  • Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. 
  • Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

MEMBERSIHKAN KULIT MUKA
  • Hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk
  • Sapukan pada muka
  • Bilas selepas 20 ke 30 minit
p/s : 
  1. Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
  2. Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat
  3. Boleh juga sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

MENYEJUKKAN KULIT YANG ROSAK
  • Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt.
  • Sapu bahan tersebut pada kulit muka 
  • Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

p/s :

  1. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
  2. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

SELAMAT MENCUBA !

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

tomato buat kulit anda cantik !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

minggu ni memang bosan tahap menggila sebab minggu ini kaki macam kena ikat then bertengkek kat atas katil then mengadap lappy je..so bored! at least ada benda jugak nak buat kan..n boleh la fae blogwalking kat belog korang kan..;) < bape byk 'then' n bape byk 'kan' daa..>

act, fae ade sumthing nak share dengan korang..fae adalah salah seorang yang gila,taksub dengan TOMATO. jangan korang tetiba buat tak kenal apa tu tomato..cepuk karang! hee! apa pekdah nya kau suka dengan tomato ni fae oi? meh sini fae nak habaq mai kat korang betapa buah tomato ni khasiat dia punya lah banyak..-_-

haa..korang dah kenal kan buah tomato tuh cemana rupanyaa...dah dah tanak buang masa..now, fae story mory sikit info berkenaan tomato yang menjadi kegilaan fae di saat ini..=,=
  • TOMATO --> nama saintifiknya  Iycopersicon esculetum
  •  berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.
  • warna merah pada tomato ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
  • kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.
  • antioksidan yang terdapat pada tomato mampu melindungi sendi tubuh terutamanya lutut dari risiko osteoarthritis..risiko kecederaan lutut dapat dikurangkan sekiranya cukup pengambilan vitamin C dan beta karoten..antioksidan tertentu termasuk lutein dan likopen (yang banyak terkandung di dalam tomato), juga dikaitkan dengan penurunan risiko osteoarthritis lutut.
  • paling PENTING - tomato baik untuk kecantikan kulit..berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
haa..banyakkan khasiat dia..so lepas ni tolonglah kepada sesiapa yang benci nak makan tomato ni, korang dah boleh paksa diri untuk makan tomato ni..nak sihat tak? and paling penting nak CANTIK tak?ini adalah cara paling mudah kalau nak KULIT YANG CANTIK macam saya! <-- perasan!

p/s : next entry fae akan share ngan korang CARA PENJAGAAN KULIT MENGGUNAKAN TOMATO! stay tuned! :D

=======================
follow me on twitter
=======================

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)