♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, December 8, 2011

pakai shawl criss cross style! oke ke?

Assalamualaikum..
Helle peeps and readers...

salam jumaat ! hari ni mood nak tak nak je pergi keje sebabnya esok lusa tulat kan cuti..plus fae sambung cuti lagi hari selasa, tu yang buat mood hari ni tersangatlah malas..anggota badan pon tak bagi kerjasama untuk berkhidmat..rasa lemau je..-_-

untuk menghilangkan rasa malas yang kemain membuak-buak dalam jiwa ni, fae cari formula baru nak naikkan mood..biar rasa macam melonjak-lonjak nak pergi kerja mengadap buah hati bos ! so hari ni buat kelainan sikit pakai shawl criss cross style! :D


haa..macam ni la rupanya criss cross style..shawl bersilang di dahi..tak pernah lagi pakai macam ni but ni 1st time..saja nak cari kelainan dalam pemakaian shawl..mula-mula rasa macam tak kena dengan muka, tapi ada jugak yang cakap oke dan sesuai dengan fae..;)

rasa macam bulat macam telo je muka fae ni..hehe..apa pendapat korang?:D

p/s : Christmas at e@Curve bersama Alvin & The Chipmunks! dapatkan hadiah menarik ! untuk maklumat lanjut click SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)