♥ FOLLOWERS ♥

Friday, April 26, 2013

Paya Indah Wetlands, Dengkil destinasi kami.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

salam jumaat semua. dah sebulan lebih dah kot tak sentuh belog ni. (padahal baru seminggu kot. :p) semalam berkobar-kobar nak update tetiba masa tak mengizinkan pulak. terkubur hasratku. kononnya nak marathon update laju-laju. nak update semua story yang dah ade dalam kepala otak walaupun dah lama berlalu. sungguh.

sebenarnya fae nak update kisah masa wedding fae hari tu. nampak tak kudus betul. sampaikan sekarang ni terkedek-kedek lagi nak update pasal wedding yang dah berlalu hampir 8bulan. haaa. pejam celik pejam celik dah nak setahun dah. sampaikan fae ni dah nak jadi ibu org dah pun. kihkih. teruk betul. 

agak-agak fae ingat ke lagi tah semua moments tu kan. dah hampir 8 bulan berlalu. tapela, kita slow-slow ye update. sekarang ni fae story dulu pasal lawatan sekolah rendah cik jamal. ewah. kemain. cik jamal tu abah fae. hihi. al-kisah ktorang pergi melawat adik fae yang join PLKN di Kem Paya Indah.

kebetulan, minggu lepas fae tido rumah mak fae so ktorang direct je tido rumah mak sampai weekend. tetiba rindu pulak dekat adik. hihi. so pagi dalam pkul 10 macam tu ktorang gerak dari Kota Damansara -Dengkil . sampai sana dalam pukul 12 macam tu. 


sampai je sana, abah settle apa yang patut and nama adik dipanggil. dia pun keluar dari dome then pergi dekat ktorang. alahai, kenapa kurus sangat adik ku ini. hee. tetiba rasa macam nak culik adik bawak balik makan banyak-banyak kat rumah macam selalu. :)


ktorang borak-borak tanya khabar dia apa semua tu, lebih kurang satu jam lebih kot ktorang pun beransur pulang. kemain pulang tapi tak pulang-pulang pun sebenarnya. ktorang pergi  Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil. tak jauh pun dari kem adik fae tu. pergi melawat kawasan gitu.

apa yang ada kat situ? haa. kat PIW ni lebih kepada taman rekreasi untuk aktiviti lasak, untuk beriadah dan juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan untuk pelajar sekolah. terdapat juga chalet untuk aktiviti family yang sangat cantik. selain itu, kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air juga hutan menghijau. 

kalau korang tengok buaya kat situ, agak gerun kot sebab buaya kat situ besar youu, masa ktorang pergi kat situ, crocodile lake, dah berduyun buaya ke tebing mencari mangsa. tapi jangan risau sebab kat situ ada gate yang menjarakkan kita dengan tasik tu. 

dah puas round kawasan tu ktorang berehat sebentar sambil makan bekalan yang mak fae bawak tu. padahal baru je makan masa melawat adik tadi tapi bila tengok makanan autoatik perut minta di isi. tabiat. lagi-lagi mak buyung macam fae ni. memanjang lapar. ekeke.

sambil berehat, sambil makan aktiviti wajib adalah amik gambar syok sendiri. kihkih. incik suami jadi mangsa. macam biasa. lepas tu pulak ditambah dengan adik-adik yang perangai macam kakak dia, so masing-masing pegang camera. yea. camera handphone cap ayam je. -,- moh kita layan jap sekeping dua keping je. :)
presenting : mak buyung 


with my beloved husband 


okey, cukup sampai disini sahaja laporan saya pada hari ini. semoga kita bertemu kembali dengan entry yang fae tak pasti bila akan kunjung tiba. kihkih. thanks for reading dearies! 

p/s : jom singgah page ini --> tudung bawal/ shawl super cantik dan murah. available for wholesale. 
my online shop : 

AreezA Shop 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)