♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, March 6, 2012

meatball again : 7 hari mencintaiku..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

fae baru lepas makan tadi..lepas masuk ofis je terus bukak belog dan nak update serta-merta..kenapa? supaya cerita ni tak busuk..takut nanti dua tiga hari baru nak update..kan dah busuk dan basi cerita ni..tambah pulak sikap malas datang menyerang, silap hari bulan sebulan lepas tu baru nak update ataupun tak update langsung..cemana tu?  -,-

okey, smlm after ofis hour fae pergi e@curve..fae nak pergi amik jam yang tak boleh amik hari Ahad lepas..so postpone la sampai semalam..itupon kawan fae suruh pergi lewat sikit sebab bos dye ada..mula-mula tu plan pergi sorang-sorang la..incik tunang keje..so rasanya boleh lah gedikgedik sorang-sorang..hihi:p

tapi dalam pukul 5.30 incik tunang call..

ary : pukul berapa nak pergi amik jam?
fae : lepas keje ni terus pergi amik la tapi maybe lepak memana dulu sebabnya max <kawan fae> suruh datang lewat sikit..ada bos dia kat kedai tuh..
ary : abis tu nak lepak mana? dengan siapa?
fae : laa..sorang-sorang la..ingatkan orang nak pergi cari novel kejap..
ary : kalau macam tu, orang teman dia la..
fae : hah?dah boleh balik ke? serius ke ni? bla..bla..bla..

maka dengan itu, berjumpalah kami dekat e@curve tu..alaa..baru nak gedik sorang-sorang..hihi:p kebetulan dia dapat balik awal..punya la susah tau nak pujuk dia nak lepak sensorang then nak pergi cari novel sekali..dia xbagi pergi sensorang..x_x tapi disebabkan dia teman fae, dia yang bawak fae pergi cari novel dekat Popular..akhirnya dapat jugak ! :)

nak tau fae beli novel apa? fae search dekat google novel yang best..then kebanyakkan comment mengatakan Novel 7 hari Mencintaiku sungguh ohsem! so tak fikir panjang terus fae beli..penulisnya pulak Siti Rosmizah pulak..memang fae suka baca novel dia..superb! novel dia yang ni pon sungguh ohsem! best giler --> Lafazkan Kalimah CIntamu - Siti Rosmizah


malam tadi fae dah start membacanya..rasa macam tak sabar nak abiskan..novel ni mempunyai lebih kurang 1000++ muka surat..boleh bayangkan tak tebal mana buku tuh?so far fae dah baca dalam 50++ muka surat..tak tahu bila nak habis..ngee!-,-

dah dapat novel, fae ajak incik tunang makan..tak lain tak bukan, akibat ketagih yang melampau terhadap meatball, fae ajak dia pergi makan lagi..muahaha;P padahal hari Ahad dah pergi makan..selang sehari pergi makan balik..nampak tak ketagihan di situ? sungguh kuat penangan meatball Ikea tu kan?:)


nampak macam tamak kan?yeah! semalam fae berjaya menghabiskan meatball tuh..incik tunang makan sikit je yang selebihnya fae yang melicinkan..hehe..oh rasa macam nak makan hari hari kot!:p lepas makan ktorang gerak balik..penat dan kekenyangan! Alhamdulillah..hehe:p

p/s :

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)