♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, May 12, 2011

cinta melody


hello peeps! yeah! mlm ney sempat jugak fae nak update blog..berpeluh-peluh kepanasan ney..yela sekarang musim panas tapi alhamdulillah..arini kat damansara hujan oke!;) hujan rahmat tuh! lega sikit sebab sepanjang hari matahari terik..;) masa balik keja tadi hujan da benti..so boleh la fae layan sinetron CINTA MELODY..haa..korang pon layan jugak ke?ney cite selepas sinetron KEJORA DAN BINTANG menutup tirai..;) jum kita tgk sinopsis cerita ney oke!;)
SINETRON CINTA MELODY (ASTRO RIA)
Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
Masa Tayangan: 6.30 petang
Tarikh Tayangan: 5 MEI 2011
Episode: 36 episod.
Pelakon: Chelsea Olivia (Melody), Randy Pangalila (Elang), Poppy Bunga (Jelita), Fendy Chow (Raffi), Fanny Ghassani (Sonia), Ryana Dea (Ajeng)
Lagu tema Ost Cinta Melody = Aishiteru (Aku Cinta Kamu)


SINOPSIS
Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan kerana kemalangan. Semasa kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang ditemui sementara mayat Fajar tidak ditemui. Hal ini menyebabkan Nissa bersikap keras bahawa suaminya masih hidup. Nissa akan marah jikalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa akan memberi alasan bahawa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa kerana dia merasa bahawa suaminya meninggal kerana kecuaian Fajar memandu kereta. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.
Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja melanggarnya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk mewarisi perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dahulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asistant Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyedari yg mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan sentiasa mewarnai pekerjaan mereka.
Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana kerana wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahsia yang disimpan ini terusik apabila tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, dia mula menyelidik, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody.
Anggika pula ingin mengetahui tentang Melody dan keluarganya. Anggika berasa lega kerana Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan apabila Elang semakin dekat dengan Melody, Anggika semakin bertindak keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak bagi Elang.
Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody kerana kalau tidak Melody akan sengsara. Elang khuatir sehingga dia pun perlahan-lahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri sangat menyukai Elang dan dia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.
Adakah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Adakah Melody akan tahu bahawa Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Astro Ria selama 36 episod..jum kita tunggu kisah seterusnya!;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)