♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, August 6, 2011

gelagat baby masa kini..

Assalamualaikum..
Hello readers..
p/s : entry ni nak tempek pic baby je..;)

even mata dah tak mampu nak bukak sampai tahap fae letak batang mancis pon boleh patah tapi jari manis masih  sudi memberi khidmat yang terbaik sebelum dapat membongkang dengan gaya paling hebat..haha..hamek kau ape aku merapu nih..;P



ni anak sapa?haa..perhatian kepada semua ye..ini adalah anak bongsu kepada En. Jamal iaitu abah fae dan bermaksud baby ni adalah adik fae yang bongsu..;)

jangan korang kata ini anak fae pulak ye sebab kadang-kadang bila keluar mana-mana fae akan dukung dia then orang akan tegur dan tanya "ini anak ke?" ..terkedu kejap..dengan malu-malu kucing parsi fae jawab "err..bukan..adik saya..;)" muka fae dah macam muka 'mak-mak' ke?haish!x_x

mana la orang tak kata adik fae ni macam anak fae..tatkala usia mencecah 22tahun mencecah dewasa dengan tiba-tiba dapat pulak adik lagi..oke takpe..fae suka baby..tapi hati paling dalam sanubari mula berkata sendiri "sekarang umur aku 22tahun..then dapat adik..cemana bila adik aku pulak berumur 22tahun..aku??" fullstop!gilalah! dah!dah! tamo pikir..tak boleh terima kenyataan bila dah tak muda lagi nnti..huhu-_-

lagipon dengan adik yang last ni fae memang betul-betul rapat dengan dia..dari masa mak pregnant dulu,fae yang bawak mak pergi check up, bila dah nak bersalin fae jugak yang bawak mak pergi hospital..abah?jangan korang cakap abah tak amik kisah tapi abah kerja..outstation dan mak kat sini bergantung harap dengan fae..bukan nak bangga diri tapi rasa dah berbakti pada nusa dan bangsa dengan mak ngan abah! ;)

bila masa mula-mula lahir dulu kemain eksaited lagi fae..ce korang tengok pic norfarishawani <click>masa lahir dulu..;) dia pulak memang mesra alam yang menjadi hobinya senyum kat orang tak ketahuan hala..;) 


sekarang dia dah masuk 8bulan..maka dengan ini anggota badannya mula berfungsi dengan baik membuatkannya bertambah ligat dan nakal..kadang-kadang pandai pulak nak merajuknya..haish! penampo karang! dia sekarang dah pandai menyulur kehulur kehilir macam dia dah pandai berjalan..  -_-

paling besh tempat yang dia akan tuju adalah bilik paling kemas milik fae..muahaha;P taktau apa yang dia suka sangat sampaikan satu tahap bila fae dah bengang, setiap kali masuk bilik fae akan tutup pintu rapat-rapat supaya dia tak boleh masuk..kejam kan?hikhik;P

dia macam tau-tau je fae ade kat dalam bilik..padahal dah tutup pintu rapat-rapat pon supaya dia tak nampak fae..tapi korang tau ape dia buat bila dia nak masuk juga bilik fae..dengan tangan kecik dia, dia akan ketuk 'pumpangpumpang' macam bergendang dgn harapan fae akan bukak pintu..grrr!

biasalah,bila dah bising kita akan bukak jugak kan pintu tuh..bila bukak je pintu, dia terus menyulur masuk gaya  macam singa laut merangkak..pantas! suka kemain lagi dia bila dah berjaya masuk bilik fae..tengok apa dia buat kat fae :


siap jelir lidah lagi weyh..budak-budak zaman sekarang ni kemain lagi kan..cepuk kang baru tau..geram betul di buatnya..tapi cemana pon fae memang syg kot kat dia..penyeri ktorang satu family..;)

p/s :
  • pakaian Trudy & Teddy  <click> adalah pakaian yang paling selesa untuk baby sehingga berumur 4 tahun..untuk maklumat lanjut sila lihat di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

4 0 org komen:

Orang Kita said...

comel!! heeee

Kumpulan Novel said...

Fotonya comel sangat,,.

aishah said...

comelnya adk fae..tembam...geram negoknya...hihi

kindergartenlibrary said...

nelly pantang betul tengok dak2 ..isy ! hahaha