♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, March 19, 2013

keadaan kini.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

tetiba rasa macam kekok pulak nak menaip. al maklumlah dah nak dekat sebulan membiarkan belog ini terkontang kanting sendirian menongkah arus. ececeh. dah mula mengarut. sebenarnya, hati ni dah mula rasa rindu nak menaip lagi.

nama je tak keje. konon banyak masa la nak online, nak buat itu ini, bla bla bla tapi nampaknya macam makin bz pulak bila jadi housewife ni. sapa kata housewife ada banyak masa untuk goyang kaki? tak tak. tak mungkin sempat nak goyang kaki sambil tido telentang. tak sempat tau. jangan berangan.

dulu masa mula-mula stop kerja dalam hati ya Allah bestnya lepas ni duk rumah boleh rileks-rileks. takda makna syg. rupanya jadi fulltime housewife ni lagi banyak cabaran nya. tabik spring kat mak. ingat mak duk rumah goyang kaki. baru rasa cemana penatnya jadi housewife ni tau. 

tapi dalam banyak-banyak cabaran tu ada manisnya jugak tau. bila kita buat semua ni dengan ikhlas, dengan redha, penat lelah tu semua hilang tau. lagi-lagi bila asben kita suka dengan apa yang kita buat. hilang semua penat tu tau. betul.

bangun pagi kena awal-awal buat breakfast untuk asben before dia pergi kerja. lepas tu start la buat kerja mengemas rumah. dapat rehat sekejap tengok jam dah nak tengahari. oh my. kena masak pulak. dah siap makan rehat kejap. tetiba petang rasa lapar pulak. kena buat something yang mengenyangkan perut kita dan suami macam cekodok ke whatever la. 

lepas tu dah malam kena masak lagi untuk dinner. haa. itulah rutin harianku buat masa ni. tapi dalam keadaan ku yang pregnant ni kebanyakkan kerja rumah asben yang tolong buatkan. rasa dihargai. kadang-kadang tu kesian jugak sebab dia penat kerja balik rumah kena buat kerja lagi. -,- walaupun begitu badanku tetap naik dengan jayanya. hihi. bambam melampau pulak rasanya. berat sekarang dah 51kg. kekekeh.


walaupun tak bekerja fae cari alternatif lain untuk pegang duit sendiri. even rasa diri macam takda masa tapi fae sedaya upayya curi-curi masa untuk buat bisnes online. Alhamdulillah. setakat ni sangat memberansangkan dan dapat membantu serba sedikit. 

sambil online tu sempat bercakap-cakap dengan baby. Alhamdulillah sekarang ni kandungan dah 23 minggu. dah dapat rasa gerakan baby. tak saba nak tunggu baby kua nanti. rasanya lagi macam takda masa kot. hihi. tapi fae akan cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa membahagiakan suami, anak dan rumahtangga. in sha Allah.

**sekian saja laporan saya pada kali ini.

p/s : oh ya. jangan lupa singgah fb page AreezA Shop untuk peminat tudung bawal / shawl terkini. :)




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)