♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, June 27, 2013

menghitung hari

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

harap semuanya sihat belaka. kalau ikut last entry fae kononnya nak berjinak balik dengan belog ni tapi takdenyee. ye. saya mengaku ini semua salah saya. tuptup sebulan lepas tu baru muncul balik kan. harap maaf buat semua yang masih sudi singgah n baca entry fae walaupun dah lama tak berupdate. -,-

so entry kali ni takdalah kisah yang sedih-sedih nak share but kali ni saya nak share satu perasan keexcitedan dah mula menyelinap dalam diri. ewah. (kemain ayat tu. memang takda dalam kamus dewan bahasa.) suka nau kau nak guna pakai kan fae. isk. ye syg semua. fae sekarang sedang menghitung hari menanti kelahiran baby sulungkuh. :) oh my, macam tak pecaya pun ada yang fae bakal jadi ibu dah pun. :)

pejam celik pejam celik dan tak sangka fae sekarang diakhir pregnancy. menunggu hari kata kau. -,- sekarang fae dah 37weeks. kalau mengikut due date fae akan deliver baby 19 July 2013 tapi org kata bila dah sampai 37weeks baby dah matang dah boleh deliver bila-bila masa tau. so sekarang tengah persiapkan diri nak hadapi hari gembira tuh. :) adik ipar fae pun dah deliver baby 2weeks awal dari due date means dia deliver baby masa 38weeks. dapat baby girl yang diberi nama : Nur Auni Hadirah. sedap nama tuh juga maksudnya yang baik. :)

bulan 7 adalah bulan yg dijangka fae lahirkan baby. kebetulan pulak, bulan 7 adalah bulan kelahiran suami fae. wah! nampaknya bby boleh celebrate birthday dengan ayah dia. birthday suami fae 9 July maka ada perbezaan 10 hari dari tarikh due date. harap sangat baby lahir pada tarikh yang sama dengan ayah dia. so dah terang-terang dapat hadiahnya kan. hikhik. *jimat kos bak hang.

rasa ke'excited'an ni datang bila hari-hari terakhir menunggu hari deliver dan bila tgk persiapan untuk baby dah complete. masa beli barang baby rasa sebak je sebabnya dulu teman mak beli barang baby untuk adik tapi sekarang bawak mak untuk beli barang baby sendiri, ya Allah. terharu sangat. :') bila pegang baju baby terus rasa tak sabar sangat nak sarungkan kat badan baby fae. suami fae sendiri pun dah rasa excited sangat nak sambut baby. ya Allah mudahkanlah segala urusan kami.

sekarang ni pulak, fae dah stay rumah mak. sebabnya ni 1st baby kan so tak banyak yang fae tau. so nak selamat stay rumah mak at least mak ada dari stay rumah sendiri dan duk sorang-sorang bila suami pergi kerja nanti. bila stay rumah mak suami takdelah risau sangat kan bila fae sakit nak bersalin nanti. :)

bila hari-hari terakhir ni suka belai perut sendiri sebab nanti mesti rindu gila time pregnant ni kan. mesti rindu perut membulat macam ni. rindu jugak cara layanan orang kepada kita terutama suami sendiri. lepas ni bila lahir je baby maka bermulalah tanggungjawab fae dan suami sebagai ibu dan ayah. :)

buat semua, maaf kan fae jika selama ni fae ada terkasar bahasa, menyakiti hati sesiapa tanpa sedar dan doakan semua segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. semua Allah membalas segala doa kalian. Amin.




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)