♥ FOLLOWERS ♥

Monday, January 30, 2012

CNY #2 - lepaking with cousin @ The Curve # langkah seterusnya

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

sudah lama daku mendiamkan diri tanpa secalit entry..dah macam biskut rasanya..sekejup ada, sekejup takde..begitulah gamaknya kalau korang nak kategorikan fae buat masa ini..bukan sengaja tapi masa betul-betul tak mengizinkan untuk mengupdate belog sepatah dua kata..-,-

taktau bila nak habis cerita pasal cuti CNY hari tuh, baru nak masuk entry kedua tapi jari rasa malas nak menaip! haish! dasar penyegan! penyegan=pemalas..padahal banyak jugak la nak story ni..adoyai..ni pon terpaksa curi-curi update..-,-

okey, last week fae story pasal hari pertama aktiviti semasa cuti CNY hari tuh kan? okey, bagi yang belom baca atau ada yang nak baca lagi sekali (budget orang nak baca lettew) boleh click dekat link kat bawah ni yea :


haa..dah abis baca?okey kita continue balik yea..lepas pada melepak kat McD sampai lebam tuh, ktorang melaratkan badan..(ade ke ayat melaratkan?hentam sajalah labu!) dan dengan hati yang sangat girang, ktorang pergi melaratkan badan serta memenatkan kaki ke The Curve..haa..larat ko jah! :D


nak dekat CNY ni mesty best cuci mata walaupon tak gaji lagi..wuargh! apa yang boleh, cuci mata sahaja..kitorang pergi e@curve, The Curve, IPC..banyaknya tempat pergi..padahal sebelah-sebelah je punn..jangan nak buat terkejut sangat yea..sekali incik tunang call dye dah boleh balik kerja, dengan pantas fae ajak dia join dengan alasan "hmm..malam ni owg balik kampung, tanak jumpa owg ke?:(" mulamula dia tanak join tapi tak lama pastu dia call balik tanya fae kat mana..-,-


:: cenggini la perangai kami!:D ::

dah jumpa dengan incik tunang tuh ktorang jalan-jalan jup then incik tunang lapar..dia nak makan so..kitorang pergi makan..sekali incik tunang belanja ktorang makan dekat Garden..bestbest! layan jelah orang nak belanja..hehe;P 



:: ini adik fae n cousin - ain..:D ::

kemain happy lagi ktorang bila incik tunang belanja makan! hihi..dah dasar memang semua kuat makan..bila orang ajak makan terus on jela..rugi kalau tak makan, lagi lagi bila ada orang nak belanja tempat best! :D




kemain lagi nak snap pic..nak sweet gitu! puihh! sila muntah! btw, terima kasih sayang!  hehe..lepas je melantak ktorang memulakan ekspedisi menghabiskan duit dengan cara lain..lepas tu teman cousin pergi Popular untuk merasmikan baucar yang dia dapat..hehe;) dengan itu, dia belanja fae sebuah novel..muahaha;P tak cite banyak terus pilih nak novel mana..hehe;P dah settle tuh baru rasa penat tersangat-sangat walaupon dapat makan dengan kenyang!

pukul enam sampai rumah, sampai je dekat rumah incik tunang suruh turun bawah dan dia belanja Pizza plak untuk adikadik fae dekat rumah tuh..untunglah adikadik kuh! terima kasih lagi sekali sayang  dan sekali lagi ktorang melantak lagi..ngee! #gemukgemuk

p/s : Flash mob Malaysian Style ! terbaik! jum tengok SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, January 26, 2012

CNY #1 - lepaking with cousin ! #entry penuh gambar

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

dikelapangan yang ada ni, fae nak update belog ini sementara mood malas belum datang menyelinap ke tubuh ini..hehe..tiga hari lepas, fae ada bagitau nak update pasal cuti CNY fae kan..al-maklumlah, cuti empat hari..so tubuh badan ni mula tak duduk diam..-,-


so 1st day untuk cuti CNY, fae lepak dengan cousin..dia datang rumah fae sebab nak jumpa kawan dia untuk assignment dia..alang-alang tuh fae join la sekali..bosan duk rumah katanyaaa..tapi lebih kepada nak merayap sebenarnya..muahaha;p

pukul sebelas baru kitorang gerak pergi jumpa kawan cousin..kawan cousin tuh merangkap kawan adik fae dan jugak junior fae..haa..so fae kenal la jugak merekamereka tuh..tu yang selamber je nak follow dorang walaupon fae tade assignment pon nak buat..saja nak jenguk adikadik..pheuw!

mula-mula lepak tuh memang dah rasa bosan+mengantuk..layankan jela..tapi bila dah tahap klimaks mula la kua perangai nak bergambar..muahaha;P tak kira tempat nak bergambar..so merekamereka lah yang menjadi mangsa untuk snap pic..sungguh ku kejam..tak siap jugak la keje dorang..-,-






Opps! sudah sudah!

karang jemu pulak korang di buatnya..haa..ini masa ktorang lepak dekat McD..oh yea! bukan habis setakat ini je tau..lepas settle kerja dorang kitorang pergi merayap tempat lain pulak..nak tau kemana? tunggu untuk next entry yea! 

p/s : Flash mob Malaysian Style ! terbaik! jum tengok SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, January 24, 2012

kemalasan terlampau !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


Gong Xi Fa Cai buat yang menyambutnya..rasanya tak terlambat lagi kot kan? sempena Gong Xi Fa Cai ni kita dapat cuti empat hari berturut-turut kan?tapi still ade yang cuti straight seminggu kan?alang-alang dah cuti tuh nak gak balik kampung ye dak?-,-

so fae pon tak lepaskan peluang la..alang-alang dah cuti lama ni..mak dah book fae awal-awal ajak balik kampung..ade kenduri katanyaa..best jugak ni..balik kampung melantak..hehe;P rasa macam cuti ni aktiviti paling full la..start dari hari sabtu lepas sampai la semalam..

sekarang ni nak update pasal cuti rasa macam tak cukup bahan je lagi..so fae hold dulu la yea..harap korang sabar menunggu..-,- hari ni dah start keje..rasa paling malas nak pergi kerja hari ni..rasa macam nak sambung cuti je..wuarghh! bos bagi lah daku pulang awal..huhu

keje pon tak banyak sangat sebab banyak company still cuti so nak berurusan dengan dorang pon agak payah..tengoklah sekarang ni sempat lagi update belog..muahaha;P okeylah, stop sini dulu..nanty fae update pasal cuti fae ni yea..stay tuned darl ! :)

p/s : sempena Gong Xi Fa Cai ni korang nak angpow? lai lai amik angpow SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, January 19, 2012

mood hari ni : jiwang

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

salam jumaat..rasa hari ni macam tenang je kan? mengelupor je rasa nak update entry hari ni..this week totally rasa nak tak best langsung! rasa macam minggu orientasi plak..ada best ada yang tak best..mood plak macam apa je..ada je yang tak kena tau..-,-

mintak-mintak semalam pengakhiran kepada semua perasaan yang tak best tuh..nak cari semangat baru plak..semalam perang telah meletus antara fae dan incik tunang..haa..hamik kau..dah penat ku elak akhirnya meletus jugak..tapi nasib baik tak lama..-,-

fae ada salah faham sikit dengan incik tunang..apa dia biarlah rahsia..tapi memang rasa tacing jugak lah kan..rasa macam menusuk nusuk hempedu..terasa hati sampai fae taknak call n text dye..lepas tuh malam sikit dia text nak pujuk lettew..-,-

rasa terpujuk la sikit tapi still ingat lagi apa yang jadi..kalau boleh tanak simpan kat hati tapi ntah la..dia pon tahu kot fae terasa, then pagi tadi dia nyanyi satu lagu untuk fae..dia cakap lagu tuh untuk fae..nak pujuk lagi lettew..hekhek;p 

nak tau lagu apa? haa.. lagu ni -  Nyanyian Rindu Buat Kekasih - Data

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu

Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian



Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana



Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku



Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...



Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Dikala ku kesepian



Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana...

apa yang mampu cakap, rasa terharu..sorie..this week ter'mood' jiwang dan agak huru-hara..sebelum terlupa atau terlambat fae nak wish Happy Chinese New Year buat semua yang menyambutnya! :)


p/s : phone terhebat di abad ini..jum usha kat SINI


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kemana semuanya?

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

selamat petang kepada si cantik dan si kacak..semoga korang sihat dan dapat singgah sambil melepak santai dekat belog ini dan rasa macam taknak keluar lagi dah dari belog ini..hikhik;p kenapa fae kena bercakap secara formal begini..ntah kemana perginya tahap kegilaan ku! :)

pagi tadi hujan kemain lebat lagi turun, rasa macam nak balik tido terbongkang dan bangun pepagi esok! mesti bestkan kalau macam tuh..tapi kalau nak macam tuh memang dengarlah suara petir mak kat rumah tuh..hehe;P yea, anak dara pemalas katanyaa...-,-

kat ofis ni pon tak banyak sangat keje, sampai fae sempat nak download lagu lagi..bukan apa, memang azam nak jadi pekerja terbaik, tapi kadang-kadang azam tuh ke laut jugak sampailah tersedar diri dah jauh menyimpang..haish! cemana nak jadi pekerja contoh ni?-,-

melihatkan visitor semakin berkurangan, terus rasa takut sedih segera menyelinap seluruh kalbu, err, dah takde sapesape lagi ke sudi singgah belog ini?huhu=,= bukan nak putus asa tapi still rasa bersyukur sangat kerana still ada lagi yang singgah belog ini..terima kasih daun keladi, jangan lupa singgah lagi..anda pemberi semangat buat fae-,-


p/s : phone terhebat di abad ini..jum usha kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, January 18, 2012

terukir di bintang

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

haa..hati tengah celaru ni apa kata korang layan satu lagu ni untuk rasa lebih rileks..err..fae pon baru dengar jugak lagu ni last week tapi terus jatuh hati !  mungkin korang dah pernah dengar tapi fae nak share jugak dengan korang..-,-

bagi fae lagu ni sangat romantik..mula la keluar mood jiwang karat..lagu ni simple but nice..before tido memang fae akan layan lagu ni sampai la dengan sendirinya tertidur dengan nyenyak nye..hehe-,- kalau korang nak rasa apa yang fae rasa..jum layan dulu lagu ni..Terukir di Bintang by Yuna..


Terukir Di Bintang – Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
okey cemana?if korang perasan videoclip tuh ade Qi bf Yuna tuh..sweet kan? hope korang enjoy♥ fae dedicate this song buat yang tercinta ! 



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, January 17, 2012

tak tahan nafsu !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

alangkah senangnya dalam hati..bila dapat perabihkan duit..wuargh! haa..inilah padahnya kalau hati tengah marah..yea kawan-kawan, fae punya sikap negatif iaitu : bila marah rasa nak shopping! bila duit habis licin baru la puas hati..lepas tuh..err..esok aku nak makan apa? nak isi minyak guna apa?wuargh!-,-

haa..ni la namanya 'sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula' ni sangat sesuai buat fae sebabnya dah dapat susah baru nak beringat-ingat..apa pon tak boleh..haish! masa beli tadi taknak ingat sekarang baru nak fikir benda yang lainlain tuh..^-^

korang nak tau apa yang fae beli..fae bantai pergi shopping barang avon..haa..nilah masalahnya..fae ni pantang tengok benda untuk mencantikkan diri..ni la penyakit perempuan..kalau untuk cantik cantik mahal mana pon sanggup beli..ye dak? agree with me?:P

macam mana yea nak hilangkan penyakit ni?kalau marah mesty nak shopping..tak tahan nafsu betul la fae ni..adoi! nanti tau kat incik tunang ni mampos kena bebel sampai cair taik telinga..tapi kan..incik tunang pon kuat shopping jugak..ngee-,-


p/s : phone terhebat di abad ini..jum usha kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

merah tanda marah !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

Alhamdulillah..pagi ni sempat jugak nak bagi perhatian sikit dengan belog manja ni..sempat jugak la nak update dan blogwalking belog kengkawan yang lain..-,-


merah mak ngah you..hari ni macam bosan sikit..taktau kenapa? kerja untuk hari ni tak banyak sangat, tapi tengok jugak lah tiba datang banyak rasa macam menyampah nak mengadap..nak balik pon ada jugak..hehe -,-

hari ni bangun pagi rasa marah sikit dengan incik tunang..bukan apa..fae ni jenis cepat risau..semalam dia balik keje lambat..memang selalu fae pesan..on the way balik call fae..taknak call text pon tape..tapi semalam dia tak text n tak call..-,-

tau sangat perangai dia..dia tanak kacau fae tydo..tapi kalau dia tak bagitau rasa macam bengang je..adush! susah tau macam ni..haish! adush! sorie tetiba emo tak tentu pasal kat sini..geram sangat..dia pon dah dapat bajet yang fae macam bad mood je..-,-

nasib baik pandai pujuk, tidak meletus perang nanti..err..ktorang sangat sangat jarang gado..so kalau boleh benda kecik ni malas nak besar besar..tak besh! its better rite? sabar lah wahai hati..-,-

p/s : korang KUAT MAKAN macam fae? mari JOIN kat SINI..terbaik!

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

cuci mata + lunch bersama bos !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

hari ni nak dekat balik baru fae free..free bukan sebab banyak keje, tapi banyak merayap je..haa..lebih tepat mengular..bukan mengular sorang-sorang tau, tapi bersama ofismate dan bos! -,-

haa..baik kan?semenjak dua menjak ni bos sangat suka lunch dengan ktorang sekali..takda masalah la sangat sebab bos yang belanja..-,- sape yang taknak kan kalau bos belanja memanjang..so hari ni dia bawak ktorang lunch + jenjalan cuci mata..=,=

pukul duabelas setengah bos ajak ktorang keluar pergi Plaza Ampang City..pergi sana sebab nak pergi shopping! haa..kalau nak ikutkan ktorang tak shopping pon tapi yang shopping lebih adalah bos..ingatkan dia yang akan tunggu ktorang tapi ktorang yang tunggu dia..hehe

muka masing-masing dah kelaparan sebab ktorang tak pergi makan dulu..selalunya time time macam tuh dah kenyang giler dah..cepat cepat ajak bos pergi makan..so bos bawak ktorang pergi makan kat Sambal Hijau, Sg Penchala..kira nak dekat la dengan ofis..x_X

makan punya makan sekali tengok jam dah dekat pukul tiga..mak ai, nasib baik keluar dengan bos..bos nak marah pon tak boleh sebab bos yang bawak ktorang..hehe..papepon terima kasih ye bos untuk hari ini..:)


p/s : korang KUAT MAKAN macam fae? mari JOIN kat SINI..terbaik!

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, January 16, 2012

model highway !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

makin malas nak buat kerja makin membuak-buak pulak fae update belog..kihkih..sementara masih ada masa,idea dan kesempatan ni fae try update lelaju yang mungkin..nanti bila dah takda masa mungkin entry ni yang berlapuk berhari-hari berada di tangga teratas!-,-

okey, hari sabtu punya kisah, adik lelaki fae sangat-sangat jarang berada di rumah, bukan melarikan diri tapi dia kerja jauh..kadang-kadang dekat johor, kadang dekat terengganu, perak..ahh! ikut suka hati dia je nak pergi mana-mana..tak tak..ikut mana projek yang dia dapat la kan..-,-

kami punya hobi yang sama iaitu suka menggedik di hadapan kamera..so,alang-alang this week dia ada kat rumah,ktorg pergi menggedik..jalan-jalan sambil snap picture! sumpah dah tade keje buat cenggini..haha:P

so, kita layan la pic gedik ni..hikhik;P -->





dan ini adalah adik fae :::::::>


p/s : korang KUAT MAKAN macam fae? mari JOIN kat SINI..terbaik!

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, January 15, 2012

makan angin + berangin !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

rasa malas nak buat kerja membuak-buak pulak rasanya bila perut comel ini dah menonjolkan diri..hikhik..tambah pulak rasa mengantuk..wuarghh! rasa nak mintak permission kat bos nak balik awal je..lemau lemau ! -,-

nak hilangkan mengantuk punya pasal, fae update la entry serba sedikit untuk hari ini..dah lama fae tak story pasal aktiviti weekend fae kan..dulu bukan main lagi every weekend mesty layan movie..sekarang ni..weekend je tido terbongkang eh, tak tak..merehatkan diri dan minda je di rumah..;)

tapi semalam mood nak berjalan-jalan cuci mata sahaja..so fae pon keluar dengan incik tunang makan angin atas jalan..hihi..dia cakap dia nak jalan-jalan je, tanak tengok movie, taknak apa..just nak jalan-jalan je..okey fine coz fae pon malas nak tengok movie..nak amik angin je..x_x

so dia ajak la pergi Bukit Bintang..fae on jela..nak dekat sampai kat sana, fae gatal mulut ajak dia pergi Ampang City Plaza..err..dye pon okey je..nak pergi situ sebab nak usha satu mende tuh..apa mende jangan tanya apa..hekhek.

pergi sana pon tak sampai sepuloh minit sebab tade apa yang menarik hati..lepas tuh fae ajak la dia pergi BB balik, sekali dia cakap "hmm..malas la nak patah balik.." grr! menyirap je dengar..sedeyh nok! pastu takpelah, biar jelah dia nak pergi mana pon..sekali dia ajak pergi One Utama..okeyy fine! senyum lebar..-,-

dah sampai kat OU ni..okey, cari parking..cari..cari dan cari..cari lagi..lagi dan lagi..tapi..dah tak payah nak cari lagi..sumpah semalam OU pack giler..harapan la nak dapat parking..haish! kecewa lagi hatiku! cis! terus incik tunang suruh pergi bayar parking..nak malas lettew..-,-

dah bayar parking terus blah, hampa weh, incik tunang ajak makan pon dah taknak..padahal perut ni jangan kata la..lapar..;( pastu dia cakap, "kan kita nak jalan-jalan hari ni..jalan-jalan la ni.." huh! tak bestnyaa jalan macam ni..nak makan angin sangat! haa..kan dah berangin! demm!=,=

sumpah, balik rumah rasa nak terus tido..paling tak best..=,=

di setiap entry ada gambar..-,-

p/s : korang KUAT MAKAN macam fae? mari JOIN kat SINI..terbaik!

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, January 13, 2012

penyakit senang hati !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

bila sekali dah update entry, berkali-kali plak rasa nak update..kalau ada idea dan masa yang melimpah ruah memang berderet-deret la entry fae ni penuh kat dashboard korang..jangan korang menci suda la ye..-,- dikesempatan yang ada ni fae update entry supaya tak rasa bersalah lagi bila 45678 hari tak update..=,=

hari ni tak da bz sangat macam hari-hari yang lepas..jangan kata nak update, nak tengok usha usha belog sebelah mata pon tak dapat..sadis kan..al-maklum lah hujung tahun..account nak closing..banyak benda kena settle..walaupon dalam kepala otak banyak idea tapi terpaksa peram je sampai lah idea tuh hilang ntah kemana!demm! -,-

bila semua kerja dah nak settle, hati mula nak bernyanyi lagu ella, maka dengan itu, nafsu makan telah beraja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan penyakit yang bakal dihadapi..kalau dah dapat makan tuh memang la tak ingat dunia..nanti bila nak pergi timbang mula la susah hati bila badan dah naik berkilo-kilo tiap bulan -,-

korang jangan pelik kenapa fae bising-bising..sebab semua perubahan tuh memang terjadi kat fae sekarang..memang orang kata bila dah berisi senang hati katanyaaaa...maybe lah kot..tapi bila benda ni terjadi kat fae rasa lain macam je sebab senang sangat nak rasa penat..makan pon bole penat tau! :P

nak berjalan pon penat, kalau jogging jangan kata la..banyak berjalan dari berlari, pipi pon dah boleh katakan iras-iras pau! haa..lepas ni tak tau la apa pulak yang nak naik kat badan ni..apa pon redha jelah..;)

:: cer tengok pipi mula nak membulat! haish! ::

:: bukan fae je..incik tunang pon mengalami penyakit yang sama:P ::


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, January 12, 2012

Gegula Weekend Sales! **13Jan-15Jan 2012

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

fae mengupdate entry ini untuk memberi khabar gembira buat semua gadis-gadis comel lote semua yang sangat suka memakai shawl..lebih menarik anda boleh dapatkannya dengan harga diluar jangkaan! 



Gegula Shop

shawl yang mungkin menjadi pilihan hati korang, antaranya :






mesti ada yang tak percaya kan? grab it before korang rasa menyesal seumur hidup kerana ada yang korang berkenan tapi dah disambar orang! tunggu apa lagi..grab it now! :D


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kemamaian tahap melampau !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

bertemu kembali dalam episod..cis! dah start merapu meraban ni..macam tengah mamai lagi..err..korang tau tak mamai tuh apa? takpa takpa, fae bagi tau korang k..mamai tuh macam mengigau la..lebih kurang cenggitu ler..;)

cerita bab mamai ni, fae ada satu kisah yang terjadi kat fae malam tadi akibat mamai tahap melampau! bukan nak story fae ngigau sambil berjalan..bukan bukan itu yang fae nak story ni..alkisah, fae ni kalau dah tido jangan la sapa sapa pon rajin nak ajak bercakap, berborak atau apa sekalipon yang korang suruh buat..

nescaya, segala yang fae lakukan semua tuh adalah diluar kesedaran..ye kawan-kawan fae tak sedar apa yang fae buat, cakap atau apa sekali pon..so, malam tadi terjadi lah satu kisah ngeri, eh tak, kisah lucu terjadi masa fae tido..

semalam dalam pukul sebelas, incik tunang balik kerja..bila dia on the way keje dia akan call fae sampai la dia sampai kat rumah..so bila dah sampai kat rumah tuh, dia bagitau fae yang dia akan call fae balik..yang fae pulak okeyy je, pastu terus la buat gaya mengada-ngada tunggu la sambil landing gaya paling terbaik untuk merehatkan badan sampailah fae zzzzZZZzz

dalam duk tengah best-best tido tuh, di bawah tahap kesedaran yang rendah..incik tunang ada call bagitau yang dia lepak kejup dengan kawan-kawan dia..sumpah! fae tak sedar+tak ingat yang dia ada call fae..cis! lepas tuh dalam pukul dua lebih, fae terjaga..terus fae pegang fon n call incik tunang..haramm la dia nak angkat kan..tengah best tydo kot..-,-

fae lak terus call dia, kononnya nak marah la, sebab dia janji nak call tapi tak callcall fae..call plak tak angkat so fae decide untuk text dia je..

b xlek uma ag ke?kate nak col balik..owg tggu dye col..hmmm:(

fae pon terus je call dia tanpa rasa jemu..still tak angkat..memey la..kalau fae pon tak angkat jugak..hehe;P then fae text dia lagi..

tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu

walaupon mengantuk rajin plak fae nak taip msg panjang cenggitu dak?geram punya pasal..lepas tuh fae pon saja belek fon tengok ada tak call in dari dia..sekali macam ada je..mesty masa dia call fae mamai..terus rasa nak tido before fae yang kena marah balik..haha;)

pagi pagi dia call, dia cakap kenapa text tiputipu tuh bebanyak? terus fae buat macam majuk..

fae : b cakap nak call balik, tak call ponn..;(
ary : kan semalam dah call masa owg kat bawah, kan owg cakap owg lepak bawah jap..
fae : err..masa tuh owg tengah buat apa?
ary : dye dah tido..owg suh la tydo dulu..
fae : (dalam hati) dem! mesty aku mamai masa cakap dgn dye! cis!

buat malu je, lepas tuh kena bahan sampai ke sudah dengan incik tunang! grr! maluuu siot!

:: ini bukan mamai, ini fae buang tebiat makeup2 muka..haha;P ::

p/s : nak muka cantik sempurna? meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, January 11, 2012

fae berpeluang menjadi heroin untuk filem "Dilempang Ombak" ! Nantikan!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

petang yang redup dan angin lagi sepoi-sepoi bahasa ni, buat hati fae tergedik-gedik nak update entry..muahaha;P baru je semalam azam kemain, tapi hari ni ntah kemana dah pergi azam tuh! cis! tolonglah bagi masa terluang yang lebih banyak dekat fae ni..kesian tau! terkejar-kejar masa nak update entry..-,-

petang-petang cenggini kalau layan drama/filem kat depan tv memang best jugak kan..macam fae ni tengah dok mengadap pc, sempat pulak la kan nak mengadap tv sambil santai-santai dekat rumah tengok tv sambil cicah roti kering dengan kopi! marbeles! x_X

ohh ya! bercakap pasal drama/filem ni, sebelum fae terlupa, fae ada benda nak share dengan korang berkenaan sebuah filem baru untuk tatapan semua..haa..korang jangan tanjat boboi pulak bila baca tajuk tuh..ini sebuah filem baru yang menampilkan bakat-bakat baru seperti Lyssa Faizureen sebagai Jenab, Mia Meymi sebagai Qarmuniah, fae sebagai Farhanoi, dan Yuyu Zulaikha sebagai Cik Yam..


:: salah satu heroin;P ::

dah tau pelakon-pelakon heroinnya, mesty korang nak tau pulak kan apa tajuk filem ni..paling paling penting sekali mesty korang nak tau siapa yang memegang watak hero nya pulak kan? jangan lepas fae bagitau ni buat korang rasa nak pengsan enampulohsaat/km suda la ye..

memperkenalkan hero untuk filem "Dilempang Ombak" --------> 

Aaron 

tapi tapi, bukan Aaron yang kat atas tuh,
tapi Aaron yang di bawah :)
.
.
.
.
.
.
.
.

inilah Aaron yang memegang watak hero untuk filem terbaru ini

haaa..nampaknya korang makin bersemangat nak tau pasal filem ni kan yang juga menampilkan hero terhebat malaya bersama empat heroinnya? fae pon memang bersemangat nak story dengan korang..filem ini akan di tayangkan pada February 2034..nantikan ya! untuk korang lebih feel nak tengok filem ni apa kata korang baca sinopsisnya dulu --> 


haa..macam mana?adakah jalan ceritanya membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk menontonnya? berikan komen anda tentang filem ini sebaiknya..terima kasih! hahaha;D

p/s : nak muka cantik sempurna seperti pelakon-pelakon filem di atas?;P meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK
p/s : filem ini adalah hiburan semata-mata, tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati..

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, January 9, 2012

azam baru katanyaaaa!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

di setiap entry ada gambar! -,-

baru je berazam nak update belog setiap saat, tapi hampagas! ce tengok? dah bape hari fae tak update..maka dengan itu, memang gundah gulana bila tengok visitor makin menurun..wuarghh! salah sendirik! -,- 

pepagi ni bila tengok orang lain dok pulun update sana sini, timbul tahap kejelesan yang sangat tinggi, tak terpikir dah, baru masuk keje ke hape, banyak benda nak kena settle..yeah! semua tuh tolak ketepi demi belog tersayang dan followers tercinta..

ye kawan-kawan, kenapa fae cakap baru masuk keje, padahal hari ni dah hari selasa kan..ni fae nak habak mai..selama empat hari yang lepas fae mengalami demam yang melemahkan seluruh tubuh badan fae..haa..ni demam pembuka tahun baru beb! kau ada?;P

so, hari ni mencacak je muka masuk ofis walaupon nak bernafas pon susah lagi..selsema katanyaaa..gagah diri settlekan apa yang patut dan menaip satu entry buat tatapan kome semua supaya korang tak rasa belog ni macam terkubur begitu sahaja..-,-

dengan ini, fae berharap agar anda semua memberi semangat dan galakan yang kuat untuk fae update belog ini selalu ye kawan-kawan..fae juga berharap agar anda selalu singgah ke belog fae ini..semangat dan sokongan amat dihargai..sekian terima kasih! :) ada tak ala-ala menteri besar berucap?:P


p/s : nak muka cantik sempurna? meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)