♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, February 9, 2013

kuatkan semangat

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

sapa yang belum tidur lagi tuh? meh sini baca entry fae jap. dah lama tinggal blog. itula. dah taknak cakap pape lagi bila dah berkeadaan mcm ni. belog tengok jika ada masa n badan sihat. sekarang ni pun tengah tunggu suami balik. duduk sorang-sorang tu yang tergerak nak update. oh yaa, happy chinese new year bagi sesiapa yang menyambutnya. ya Allah, hebatnya berdentum sana sini. boleh ke tido malam ni?-,-

Alhamdulillah, sekarang kandungan fae dah 17minggu. sekarang ni alah-alah dah kurang sikit tapi alah pada ubat tu sampai bila-bila tak hilang kot. hihi:P memang dasar tak suka makan ubat. 1st checkup semasa 12minggu yakni 3bulan, hb fae low. kekurangan darah. patutlah diriku kerap pening kepala dan kadang-kadang nak pitam. rupanya-rupanya hb fae 10.2 sahaja. 11.0 adalah di paras normal.

maka dengan itu, doc bagi la bermacam-macam ubat iaitu folid acid, ascorbic acid, b complex dan iron tablet. mak ai! rasa nak melompat. kenapa banyak sangat ubat. sebelum ni bila tahu dah positive pregnant, fae just makan folid acid je. itupun nasib ubatnya kecik macam ubat selsema tu. boleh la telan lagi. lepas tu bermulalah kisah kena makan ubat hari-hari. mula-mula malas nak makan jugak tapi bila fikirkan bby ku turutkan sahaja.-,-

dalam banyak-banyak ubat, paling tak boleh telan adalah iron tablet. ya Allah. taktau kenapa bila telan ubat tu confirm muntah bagai nak rak sedangkan muntah-muntah semua dah kurang. tekak fae sampai luka. lepas tu, terus nekad taknak makan ubat tu lagi dah tapi fae makan makanan yang boleh tambahkan darah macam bayam merah, jambu batu, telur puyuh dan lain-lain lagi. terima kasih kawan-kawan yang sudi share info dengan fae. :)

then baru-baru ni fae pergi checkup lagi, ternyata rasa nak terduduk kat situ bila tengok result hb dari 10.2 turun mendadak kepada 8.9. Masya Allah. bukan fae je yang terkejut. nurse n doc kat situ pun same jugak. haa. degil lagi taknak makan ubat. huhu. lepas tu doc suruh makmal check lagi sekali then result tetap sama. doc still tak puas hati so dorang suh fae repeat lagi amik darah. wuarghh! kiri kanan amik darah. dah la takut amik darah. then result kedua adalah 9.0 means just baik 0.1 je. ;( so doc mintak fae hantar sample darah untuk dorang detect if fae ade penyakit lain. kena amik darah lagi? *pengsan*

so bila dah macam ni doc suggest untuk fae makan ubat lain. yang ni kira 3 in 1 la. Iberet Folid. fae pun belilah dekat farmasi. dalam hati nekad nak makan ubat ni walaupun apa nak jadi. sekali bila nak makan ubat ni, ya Allah baunya macam darah, besar pulak tu. dugaaan. :( nak taknak fae tetap makan jugak sebab 2minggu lagi fae kena checkup lagi.



sekarang ni tawakal je lah. paksa makan ubat walaupun tak boleh. kuatkan jugak semangat demi baby. rupanya susah jugak nak jadi mama ni kan. ya Allah ya tuhanku, kuatkanlah semangatku. Amin.

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)