♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, December 31, 2013

ceritera 2013

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers

as u know, hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2013. cepat sangat masa berjalan. pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru. nak masuk tahun baru ni fae nak ambil kesempatan untuk mencoretkan serba sedikit ceritera kehidupan fae sepanjang 2013. banyak kenangan manis tak kurang juga yang pahit terpalit sepanjang 2013 ni. dan berharap sangat tahun baru 2014 memberi seribu kenangan yang lebih indah. InsyaAllah. :)

Antara kenangan sepanjang 2013 ni adalah :

PENGALAMAN MENGANDUNG
Alhamdulillah kerana diberi nikmat merasai pengalaman mengandung first baby. ketika masuk tahun 2013 kandungan dah 2 bulan. masa nilah yang start alah semua sehingga 4 bulan baru hilang. pengalaman baru bagi fae as a mommy.

AREEZA SHOP
pada tahun ini bulan februari fae bergiat aktif dengan perniagaan online setelah berhenti dari kerja. so bisnes online ni memberi income kepada fae dari tak buat pape dirumah kan. lagipun sebelum ni fae terpaksa stop sekejap atas masalah-masalah tertentu. dan hingga sekarang Alhamdulillah bisnes online ini masih berjalan dan bertahan. oh ya, bagi yang belum tahu, bisnes apa yang fae buat. fae sebenarnya menjual pelbagai tudung bawal/shawl/halfmoon/inner terkini secara retail dan wholesale. jemput singgah FB PAGE --> AreezA Shop

1ST BABY
tanggal 21 July 2013 fae selamat melahirkan seorang puteri secara normal pada pukul 4.29am yang diberi nama Nur Qaireen Izz Zara Binti Ariyadi. Alhamdulillah atas semuanya ya Allah. baby lahir sama bulan dengan ayah dia. 9hb July. anak ayah sangat ni tau :)


1ST ANNIVERSARY
Alhamdulillah. 15 September adalah hari kami disatukan sebagai suami isteri maka pada tahun ini kami menyambut 1st anniversary bersama baby. Alhamdulillah atas kurniaan mu ya Allah. happy tau. bukan berdua terus bertiga. syukur. 

MY BIRTHDAY
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini. 28 December genaplah umur fae 25 tahun. dah tua. masa birthday ni fae dapat surprise dari my hubby. tak sangka. terima kasih ya habibi for the surprise yang tanpa di duga. plan yang sangat cantik sampai fae pun tak fikir yang dia akan buat surprise! terharuu bak hang ! :')

 ni antara kenangan manis sepanjang tahun ini. semoga dengan kehadiran 2014 akan memberi seribu erti dan pengalaman hidup yang lebih terindah buat fae sekeluarga. InsyaAllah. Amin. :) Happy New Year! 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, December 20, 2013

bulan-bulan awal bersama bayi baru

Assalamualaikum semua
Hello peeps and readers.

bila dah jarang update belog terus taktau nak start intro cemana. boleh gitu? haa. kemain sekarang sebulan sekali baru update. nampak tak bz kemain fae sekarang? kihkih. ni baru anak sorang je tau. kalau dah dua tiga empat mau lupa terus belog ni agaknya. no no no. sayang belog ni tau dak?

even dah lama tak update tetap rindu tau. teringin nak update hari-hari. bangun tido dah teringat nak update, duduk depan lappy tetiba anak nangis pulak. terpaksa la kau berenti and pegi layan baby sama ada nak susu or dia ngada-ngada tak bagi ibu dia online. kihkih. ngada tau! :)

tahukah anda kelahiran baby akan membawa perubahan hidup anda 360 darjah? amboi macam scary je kan. tapi sebenarnya tak sangat pun bila kita rasa kita bertuah bila dah jadi ibu dan ayah tau. setiap orang akan rasa happy dengan dunia parenthood. korang akan rasa pelbagai situasi untuk membesarkan baby tau. haa. ni hakak nak story sikit beberapa pengalaman hakak semenjak dah jadi ibu nih. ekeke.

PERUBAHAN BULAN-BULAN AWAL BERSAMA BABY BARU

Tidak cukup tidur
haa ni perubahan pertama yang korang akan rasa. yang ni adalah masalah biasa yang dialami oleh semua pasangan yang baru bergelar bapa dan ibu. untuk enam minggu pertama, jadual tidur baby memang tak menentu. contoh hari ni pukul 8mlm dia dah tidur, esok belum tentu dia tidur time yang sama macam hari ni. lepas tu pulak setiap 2 atau 3jam dia akan jaga untuk menyusu balik. selain rutin tidur, gangguan lain adalah seperti menangis disebabkan perut kembung, tukar lampin dan sendawakan baby selepas menyusu. haa. semua ni akan ambil masa tidur kita tau. 

Kurang rehat
bila dah tak cukup tidur for sure tak cukup rehat kan. baru nak lelap mata baby nangis pulak nak menyusu. padahal korang baru je lepas buat kerja itu ini. jangan korang marah baby tu pulak tau. rileks. jangan stress. semua ni boleh diatasi dengan tidur dengan baby. bila baby tidur, korang tidur sekali. at least sempatlah rest even sekejap pun kann. 

Gaya hidup sosial
ok yang ni totally akan berubah. kenapa berubah? ok kalau dulu anytime korang boleh keluar sesuka hati pergi tengok movie dengan pasangan or shopping, lepak dengan kawan-kawan tapi bila korang dah ada baby, masa banyak dihabiskan di rumah sebab baby lebih memerlukan penjagaan yang sempurna lagi-lagi baby berusia kurang 5bln. nampak tak seorang bayi mampu mengubah hidup anda. :)

Komunikasi
ada juga pasangan yang bermasam muka disebabkan salah faham untuk memberikan penjagaan terbaik untuk baby mereka. kadang-kadang si isteri cakap tak boleh itu ini. si suami pulak cakap boleh buat itu ini. haa. tak kemana boleh bertikam lidah kat situ. tapi rileks rileks. bawak berbincang ye. kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. seeloknya tanya lah pendapat ibu bapa kita or orang-orang lama.gitu.

Merancang kewangan
bila dah ada baby, kehidupan lebih fokus kepada perancangan kewangan yang positif untuk kebajikan anak korang merangkumi simpanan pembelajaran, kesihatan dan sebarang keperluan pemakanan dan kelengkapan. lepas tu pulak kita dah jarang berbelanja untuk diri sendiri. apa-apa pun more to baby 1st. tak shopping pun takpe. janji dapat shopping untuk baby. tssk. 

okey. ni serba sedikit je tau, sebenarnya banyak lagi tapi nanti korang akan rasa sendiri. kihkih. apa-apa pun syukur sebab anak ni anugerah dari Allah. kita wajib mendidik dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai. kemain hakka sekarang ni tau, belog pun dah cerita pasal baby je kan. kihkih. 

oh ya, entry yang lepas lupa pulak nak bagitau nama baby fae kan. okey, princess buah hati fae ni namanya NUR QAIREEN IZZ ZARA BINTI ARIYADI. panggil aireen or zara. fullname aireen ni bermaksud CAHAYA KEBAIKAN KEKUATAN PUTERI. so far Alhamdulillah baik anak ibu dari dalam pantang sampai lah sekarang. tak pernah nak merengek or meragam tak tentu pasal. syukur. :)

okey, disebabkan berzaman baru nak update kan so this entry kita layan pic aireen masa berusia 2 bulan. :)

babyNQIZ tengah tidur u'olls

merenung masa depan katanyee. ekeke

masa ni dah pandai selfie dengan ibu. ni ikut perangai ibu. kihkih

p/s : jom singgah online shop fae AreezA Shop on Facebook and Instagram.

    LIKE  FB PAGE : AreezA Shop
FOLLOW INSTAGRAM : @areezashop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)