♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, January 11, 2014

azam 2014

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers.

dah masuk tahun baru pun and it's my first entry for this year. macam lambat je. orang punya entry nak berduyun, fae pulak baru nak start. okey kot dari tak berupdate. ce tengok entry last year. bape ketol je. nampak tak kat situ betapa tak blogger tegar pun tahun lepas. ekeke. -,-

macam tahun lepas-lepas entry kemain banyak merapu, sebab masa tu kemain gian ko nak update memanjang. yelah, dulu bujang trang tang tang. anytime anywhere tengah keje, tengah makan, tengah cungkil gigi pun boleh update ye dak? haha. sekarang, baru nak update anak menangis nak susu, nak masak, nak itu nak ini,penyudahnya sebulan tak berupdate. kekangan masa, idea hilang, terlupa plus malas kot. alasan. kihkih. ;p

dah masuk tahun baru ni, harap sangat dapat aktif balik berbelog macam dulu balik, rindu tau dak? ni kira azam tahun baru jugak kot. dari tahun lepas nak aktif tapi tak aktif-aktif jugak. ada la bila tahap dah rindu nak menaip tahap gila babeng, tu yang keluar jugak seketol dua. and hope this year dapat update hari hari tiap masa, tiap jam. eh? boleh ke? hihi. doakan tau. and maybe banyak entry throwback kot. kisah-kisah lama yang tak sempat update, nak sumbat jugak dalam belog ni supaya fae tak lupa dan telan dek zaman. ewah. gitu. -.-

eh, dah banyak membebel dah sampai ke London pun, act, nak story pasal azam je pun. every year mesti ada azam ye dak? same with me. ada azam jugak even ada jugak azam tahun lepas tak dapat dikecap. kita cuba lagi tahun ini. okeh. haha. korang punya azam cemana?-,-

meh sini nak list sikit azam tahun baru fae. meh baca meh :)

  • be a good wife and mommy - bila sekarang dah naik pangkat jadi mak-mak hendaklah berazam supaya jadi mak-mak yang terbaik untuk anak-anak. gitu. anak-anak? (act, baru sorang je ni. kihkih. ) betul dak? sesapa yang dah jadi mommy tu azam cenggini memang termasuk list kot kan.  tapi 1stly kena la jadi a good wife dulu kan. if jadi wife pun dok huru-hara lagi cemana nak jadi a good mommy pulak kan? betul?
  • kerja kuat tambah pendapatan - as u know, now fae dah kerja sendiri. dah tak kerja dengan orang. bila kerja sendiri maka usaha kena tinggi. betul tak? fae just buat biz online. jual pelbagai jenis tudung. kerja sendiri memang jatuh bangun sendiri. once dah stabil kena jugak maintain supaya customers berpuas hati dengan kita. fae punya angan-angan nak ada kedai sendiri. kiosk pun tak kisah. berharap sangat biz bertambah maju, maju dan maju. Insya Allah. meh semua support fae LIKE PAGE --> AreezA Shop  
  • blogger tegar - hah, tengok kemain lagi azam begini. act, nak sangat aktif berblog seperti dulu dengan harapan dapat memperluaskan cabang biz online di samping dapat berkongsi kisah suka duka kehidupan yang tak seberapa ni. Insya Allah. :)
yang ni antara azam-azam fae tahun ni kot. ni serba sedikit je. ikutkan azam tu memang banyak tapi nak fokus kepada tiga ni je dulu. harap tahun ni memberi seribu satu rezeki kepada fae sekeluarga. InsyaAllah. Amin.  ♥  




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)