♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, May 31, 2011

Review :KARAK Laluan Puaka

hello peeps! tengah bos tade ney tgn duk gatai menaip kat keyboard nak update entry, sambil mata jeling-jeling tgk-tgk takut bos dtg sergah plak..kang terkinja-kinja plak fae..haha;P haa..hari ahad lepas fae kua with my boyfie..parents fae balik kampung pulak..keluar ni pon sebab nak beli barang sikit..so dlm pukul 11 tuh fae gerak la pergi amik my boyfie..;)


da sampai ruma 'en mok' fae, dia text suh naik kat ruma dye..aww! jgn pk bukan-bukan oke! dye duk family..terang-terang mak dye ade jugak!;) patut la dye suh naik atas,rupa2nya dye tak mandi lagi...haish! nak kena tibai tak siap-siap lagi..bukan apa dye g layan maharaja lawak la pulak...pa2 dye ckp nak pergi kenduri dulu dgn bakal mak mertua fae..oke!gedikk! haha;P da la tak bgtau dulu..tidak boleh la ayu-ayu pakai bj kurung..;)

maka dgn itu,ktorg terus gerak ke tempat kenduri dulu kat selayang..sgt meriah oke! tapi tak sempat nak snap pic sebab makanan dye sedap sgt sampai tak sempat nak snap pic..mkn lagi bgus! haha;) ktorg g situ pon tak lama, makan then lepak-lepak jup n balik anta mak my boyfie kat jinjang..so,ktorg terus melangkah n mara ke hadapan <--- ayat poyo! haha;P

ktorg p beli barang jup..jalan-jalan sampai petang..;) mcm awal lagi..rasa mcm nak tgk movie je..1st ktorg nak pergi damansara..tgk movie kat OU je but takut tak sempat plak..lagipon ramai sgt kat situ..nak kena queue lagi..grrr! so ktorg decide tgk kat tempat biasa kat Brem Mall suda..tak pyh pk2 nak kena queue ke ape ke..movie start lama lagi so ktorg g mkn jalan-jalan sampai penat..;) singgah rehat sebentar-->


so,hari tuh ktorg tgk movie KARAK - Laluan Puaka! excited jugak nak tgk sebab macam seram je..banyak hantu lagi..hihihihihi...ramai jugak yg nak tgk movie tuh..so fae pon tergedik jugak la nak tgk..haha;P jum layannn ----->



Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.
Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.







hantu yg ada dalam filem ni agak menyeramkan rupanya..dat y fae tak letak pic hantu yg ada kat dlm filem ni..haha..wlupon hantu nya seram n menakutkan tapi Alhamdulillah..malam tu fae boleh tydo dgn nyenyaknya..;) seram tak seram..besh tak besh korang p la tgk sendiri nnty k..;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)