♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, January 22, 2013

ku ke sana - Melaka

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers.

pada pertengahan disember yang lalu, musim cuti sekolah. ye? kenapa ye? oh ye saya tahu, saya mengerti, agak berkarat nak update lagi bukan? hee. ye masa sekarang ni lah fae baru bersemangat jiwa raga terkedek-kedek nak update. masa sekarang la baru datang kesedaran jiwa dan minda. ececeh. harap awak-awak semua sudi baca yea :)

benda ni dah di plan oleh my parents, tapi fae and husband dua tiga kali fikir nak pergi ke tak, and takde kata putus lagi. al maklum lah masa tu tak gaji lagi so agak keberatan la nak pergi. mak abah fae plan nak pergi Melaka bawak adik-adik tercinta sempena cuti sekolah ni. kesian pulak dorang nanti. -,-

mak kemain lagi pujuk fae, tak cukup dengan tu, mak pujuk pulak suami fae. siap pakej nak support ktorang lagi. haa, kemain lagi. konon kalau ktorang tak pergi maka tak jadi la pergi Melaka. macam-macam mak ni. hihi. padahal mak takde kawan sebab fae anak sulong perempuan. karang dia takda kawan nak borak. entah macam mana asben cakap nak follow, agaknya segan kot sebab dah banyak kali mak pujuk dia. -,-

maka seperti yang dijanjikan, kami pun pergi menghuru-harakan Melaka. haha. semua adik beradik fae pergi. yela. kata family day kan. rasa macam seronok pulak nak pergi jalan-jalan. dah macam kanak-kanak dah fae punya excited :)


1st ktorang jejakkan kaki dekat Zoo Melaka dulu. tapi fae tak berjalan sangat pun, sampai sana semua berpecah termasuk mak dengan abah. fae dengan asben mengelat, Al maklumlah fae ni sebenarnya tak boleh berjalan sangat, jalan tak sampai 5minit ternampak pulak kedai mkn, beli la ape yang patut. mak pulak dah kena kidnap dengan adik-adik bujang fae. abah pun tah kemana. hihi. pastu jalan depan sikit nampak abah tengah makan. oh abah pun mengelat jugak rupanya. -,- terus ktorang pergi kat abah join sekaki makan. err, makan lagi? hihi :P

pastu dah puas berjalan semua, ktorang makan-makan dulu dekat Taman Botani kalau tak silap, dah sebulan berlalu, haruslah daya ingatan jadi kurang -,- makan bekalan bekal yang mak masak. oh enaknya. dah kenyang perut ktorang pergi lepak dekat Pantai Klebang pulak. haa. feeling habis tepi pantai. ewah. hihi



kat Pantai Klebang ni just rileks rileks je pun, abah rest kejap sambil tido-tido tapi tido dlm kereta la. angin dia punya la best. ktorang pun just lepak-lepak je. then dah alang-alang dekat situ, ktorang yang bujang-bujang ni pergi la dekat Musium Kapal Selam. ingatkan boleh masuk dalam kapal selam tuh. berangan kemain tapi__ tapi rupanya duk keliling kapal selam tu jelah. harapan nak masuk. haish!

nak petang sikit ktorang masuk Kota Melaka. kat sini memang ramai orang la kan. bandar dia. musim cuti sekolah pulak. kat situ lah bersepahnya abang-abang beca. ktorang just lepak-lepak kat sana je. jalan-jalan. nak malam ktorang gerak balik dah. ktorang pergi balik hari je :)

err, dah nak balik eh?

maka, tamatlah kisah Melaka untuk entry kali ini, walaupu balik hari, nampak penat tapi ktorang super enjoy, seronok. yela, susah nak kumpul macam ni sebab semuanya bz kerja. okeylah, tunggu next entry pulak okey :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, January 15, 2013

Anugerah Terindah

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

ini mungkin entry yang sedikit panjang dari entry-entry sebelum ini. entry yang jugak dah lama fae peram dalam draf sebab nak tunggu masa yang sesuai nak publish. mungkin ianya entry yang panjang kerana ianya adalah sesuatu yang sangat berharga bagi fae dan incik asben. sesuatu yang sangat membahagiakan hidup kami berdua. :)

sekarang genaplah 4bulan fae berkahwin dan menjadi seorang isteri. Alhamdulillah sampai sekarang terasa lagi kemanisan berumahtangga macam baru-baru kahwin dahulu. terima kasih incik asben atas segalanya. sanggup melayan karenahku. sampai sekarang still rasa bersyukur sebab diberi peluang untuk memilih dan berkahwin dengan orang yang kita cintai. satu pengalaman manis yang tak mudah dilupakan sepanjang hayat. dan semua yang dah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyambung kasih sayang dan juga pelengkap hidup kita. dalam hati terlampaulah teruja bila dapat tahu kawan-kawan dah pregnant. secara automatik perasaan macam ni timbul dan terasa nak ada cahayamata sendiri. tambahan pula, incik asben memang terlampau sukakan budak-budak. 

fae dengan incik asben memang nak sangat ada cahaya mata sendiri secepat yang mungkin. tak dinafikan bila dah berkahwin naluri seorang ibu tu semakin kuat dalam diri. tapi kami kena siapkan diri dari pelbagai aspek dan sudut supaya tanggungjawab ini dapat kami galas dengan baik.

kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan dimakbulkan walaupun kita sering berdoa. Allah memberi peluang untuk kita lebih berusaha dan dekatkan diri dengannya. mungkin dah tertulis bukan rezeki kami pada bulan pertama perkahwinan kami. fae period dan ini ternyata rezeki tidak berpihak kepada kami. incik asben banyak memberi semangat supaya fae tidak terlampau kecewa. dengan sokongan yang kuat dari incik asben ni lah fae bangun kembali dan kembali berdoa semoga rezeki ada untuk kami. mula-mula rasa down gila jugak, rasa sedih sebab adik ipar yang kahwin bersama-sama dengan kami dah diberi rezeki anak dahulu. hancur luluh jugak hati ni tapi ingatkan dalam hati. ada banyak lagi masa sebab kami pun baru sebulan je berkahwin. mungkin jugak rasa stress dengan kerja dan juga pertanyaan dari orang lain. membuatkan fae lagi bertambah stress. orang kata kalau terlampau stress pun susah nak dapat anak.mungkin jugak. dalam hati tetap sabar. dah taknak fikir benda-benda yang membuatkan diri fae rasa stress.

masuk bulan kedua perkahwinan. terjadinya satu simptom yang tak pernah fae alami selami ini. yea. mula-mula terfikir jugak. mungkin senggugut fae datang sebab fae rasa teramat-amat sakit dan sengal di bahagian pinggang. rasa yang sangat tak selesa. dalam hati dah terfikir. "aku nak period kot" dalam hati hampir jugak rasa kecewa. tapi terselit jugak dalam hati. sakit pinggang tu juga adalah tanda-tanda orang pregnant. dalam hati ni bercampur aduk perasaan. terasa pelik jugak sebab sebelum ni tak pernah sakit pinggang before datang bulan. tapi kali ni sakit before datang bulan. mungkin perubahan hormon kot. terus abaikan rasa excited tak terkira tu. -,-

incik asben pulak dah pesan awal-awal. jangan terlalu berharap sebab nanti bila takda kecewanya bagai nak rak walaupun fae tau jauh di dalam sudut hati, dia jugak berharap benda yang sama. cuma taknak tunjuk dengan fae supaya fae pun akan kuat hati macam dia untuk terima segala macam kemungkinan yang bakal terjadi. so fae amik keputusan untuk tidak terlalu berharap dan sentiasa happykan diri dengan menghabiskan banyak masa dengan incik asben. orang kata. enjoy dulu dengan asben, nanti bila dah ade anak, masa banyak dihabiskan untuk anak-anak pulak tapi bagi fae kalau ada anak lagi happy kot ;) lepas tu tahap selera badan makin bertambah-tambah sampai berat badan naik mendadak sebanyak 3kg. sebelum ni badan fae memang agak susah nak naik tapi tak sangka pulak naik sampai 3kg terus. senang hati sangat gamaknya.

bila dah happy semacam, ingatkan simptom sakit pinggang dah takda, tapi sekali dia datang makin menjadi-jadi pulak. semalaman tau sakit. sampai dah taktau nak buat apa. duduk salah, baring salah semua serba tak kena. nak tido malam jangan kata la. memang tak dapat nak tido nyenyak. ya Allah sakitnya tuhan je yang tahu. hari tu sakit pinggang sebab maybe nak period tapi sekarang? oh my. period fae dah delay. tapi tetap terfikir maybe dia lambat sikit kot. walaupun period fae memang teratur. masa ni tahap kesihatan tersangat kurang baik. rasa macam nak demam pun ada dan kerap berasa letih. sampaikan bos kat tempat kerja pun perasan tahap keletihan fae yang tersangat lain macam.

fae dengan bos tersangatlah rapat. bos fae perempuan tau. secara tak langsung fae banyak bercerita dengan dia simptom-simptom yang fae alami. sampaikan satu hari tu dia tanya "awak pregnant eh?" fae macam terkedu. yelah. tak kan kot. lepas tu bos fae la yang excited lebih suruh fae check pregnancy test. siap pegi beli dengan dia lagi tau then inform dengan incik asben yang fae nak try check. keluar dengan bos pergi giant then cepat-cepat dia ajak balik butik sebab tak saba nak tau result sama ada pregnant atau tak.

sesampai je dekat butik terus masuk toilet. oh ya. bos tolong check kan tau. memang selamber. sebab memang fae taktau cemana nak guna. okey. the result is ______? positive! ya Allah. Alhamdulillah. i'm preggy! tak saba nak bagitau incik asben masa tu. tapi nak buat surprise untuk dia. bos punya lah bersorak. awak pregnant! mula mula tu bila dah drop air kencing dia naik 1line lepas tu bos leh ckp awak tak pregnant la,. macam sedih je tapi dalam 3second macam tu, laju je terus naik 2line. tersangat clear line merah tu. memang menjerit la bos fae tu. ya Allah terima kasih atas rezeki terbesarmu ini. Alhamdulillah. inilah kot sebab datangnya simptom sakit pinggang teramat tu dan period pun dah delay. berkemungkinan besar fae pregnant. terharu je rasa.

lepas tu masa balik rumah incik asben call dia tanya :

 incik asben : "syg dah check?dah beli pregnancy test?"
fae : "tak beli lagilah bie, tadi kelam kabut tak sempat la nak beli.."
incik asben : "betul ni?"
fae : "ye betul. tadi kelam kabut memang tak sempat beli.sorie."
incik asben : "hmm..ok."

lepas je letak fon, terus fae mengekek gelak sorang-sorang. yela. taknak bagitau dia time tu. masa test tu petang kat butik memang takda call dia langsung. kononnya macam tengah bz giler lah. lepas tu dah malam sikit, incik asben balik dari keje. jumpa fae terus tanya. dia semacam tak pecaya yang fae  tak beli and tak check lagi sampaikan fae tengah panaskan lauk kat dapur pun dia still follow untuk tanya pasal tu. masa tu memang acah-acah berkeras la and buat muka serius yang menampakkan fae tak beli lagi. memang dah rasa kesian sangat kat dia. tapi macam nak kenakan dia lagi je. takpa, bagi dia makan dulu lah. ;)

lepas dah siap makan semua. ktorang lepak lah kat dalam bilik. yela. dah malam sangat. lepas tu incik asben on lappy and online sekejap. muka dah masam je. then dia macam tak puas hati lagi tau. still tanya lagi pasal tu. nampak sangat fae tak pandai berlakon sebab kemain lagi dia tanya banyak kali sebab tak percaya. haha. incik asben tanya balik :

incik asben : "betul ke syg tak beli lagi?"
fae : "aah, betul la. org tak beli lagi."
muka incik asben dah masam je
fae : "org bukan taknak bagitau dia, tapi org takut dia sedih je"
incik asben : "kenapa?dah check?tak pregnant eh?"
fae : "cemana nak check org dah period ni."
incik asben : "hah?sekarang ni dah period ke?" terus muka sedih teramat.
"takpelah, takde rezeki lagi lah tu."

memang sedih giler tengok muka dia. fae lak yang tak sampai hati tipu dia. tade niat pun nak tipu dia sebenarnya. saje nak surprise dia je. tak plan ayat ape pun. apa yg terlintas itu yg terkeluar kat mulut.
lepas tu dah kesian sgt, fae amik la pregnancy test tu kat dalam handbag.terus dia ckp :

incik asben : "haa..ni dah beli. dah check?"
fae : "belum check lagi. tak tau la nak guna cemana. bie boleh tolong tengok tak cemana nak guna?"

then incik asben terus bukak benda tu. bila dia bukak je box tu, plastik dia dah terbukak means fae dah check la. terus dia pandang muka fae sambil tengok bendalah tu . fae apa lagi tersenyum jela.

incik asben : " dah check eh?syg pregnant?"
fae terus angguk kepala. surprise!!! terus dapat kiss and peluk free dari dia. terus dia ucap Alhamdulillah. 


ya Allah time tu fae pun dah tak tau nak cakap apa. bila tengok incik asben happy gila, fae dua tiga kali lagi happy bila tengok dia happy. dah taktau nak gambarkan kat dia cemana lagi. bersyukur sangat-sangat kerana apa yang kami doakan selama ni di perkenankan dan tak sangka secepat itu. Alhamdulillah.

segala sakit pinggang yang fae alami tu terus dah takda lagi tau. kalau ada pun lepas ni fae terima sebab fae tau dalam perut fae ada baby fae sendiri. apapun fae sanggup. lepas pada tu, datanglah alahan seperti pening, loya dan muntah. kadang-kadang ok, kadang-kadang datang loyanya. then pergi klinik sebab dah tak tahan sangat. jumpa doctor tapi fae tak buat double check yang mengatakan fae positive pregnant. sebabnya fae macam dah confident gila yang fae memang pregnant disamping period dah delay, sakit pinggang, selalu rasa letih ditambah pulak dengan alahan. simptom yg tak pernah fae alami sebelum ni. masa tu doctor hanya bagi vitamin folid acid dan ubat tahan muntah. masa tu nak scan pun tak boleh lagi sebab masih terlalu awal mengikut kiraan doctor baru berusia 6 minggu. hampir sebulan lebih jugak  masa tu.

lepas tu fae terus checkup dekat hospital je. masa awal pregnant ni memang fae just minum susu and vitamin yang doc bagi. fae pulak adalah seorang yang tak pandai minum susu. nampak tak betapa seksanya. lepas tu terpaksa belajar minum jugak untuk baby walaupun rasa nak muntah tu ada. demi baby!

dan sekarang kandungan fae dah masuk 14minggu .doakan fae dan baby sentiasa sihat. doa anda sangat fae hargai. terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang lebar ini. rasa happy jugak sebab dapat share kegembiraan ini dengan kawan-kawan. kepada bakal-bakal mommy tu jaga diri baik baik yea. macam mane pengalaman anda? share lah dengan fae ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)