♥ FOLLOWERS ♥

Friday, September 30, 2011

ayat paling menyentap jiwa raga..terus pergi bawak diri..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

entry kali ni berkisar tentang sentapan jiwa fae..<ada ke ayat tuh?> kalau korang pon nak rasa sentap n sedih dengan fae pon boleh jugak..sobsob..dah tamau cerita pasal makan lagi..takut nanti free-free je kena cepuk dengan korang..huhu..;(

korang pon tau kan..walaupon fae kuat makan tapi tapi sekarang ni hati tak tenang..sebab tunang fae sakit..dia kena appendiks..sebelum korang tercengang bangang tengok fae merintih tak ketahuan hala, baik korang baca dulu entry ni ---> punca fae sedih

oke, korang dah faham dah kan kenapa, mengapa tetiba fae rasa sedih..oke, kat entry tuh fae cakap incik tunang fae otw pergi hospital kan..sampai je dekat hospital, dah check semua dia kena tahan wad..ya Allah, memang tak senang jiwa raga la kan..fae kat kL then dia kat penang..wuargh!

hati ni jangan kata la..jiwa kacau habis, sikit lagi nak gila..tapi nasib baik fae sempat sedar diri..banyakkan doa je lah untuk dia..hope appendiks tu tak teruk lagi..dah la dia kat sana sorang-sorang..takda sapa-sapa teman n jaga dia..huhu..-_-

malam tuh memang ktorang bergayut jelah..risau kot! tengah best-best borak tuh, ada ayat menyentap jiwa yang tertikam dalam jiwa fae..sedih weyh..incik tunang takut appendiks dia teruk..dia suruh fae doakan untuk dia then dia cakap :

"orang tanak mati lagi,orang nak kawin dengan dia dulu.."

"kalau orang mati, syg jangan nangis tau.."

korang tau tak apa fae rasa dia cakap macam tuh, meleleh air mata perempuan wa der..memang tak boleh tahan dah la..naik bengkak biji mata sampai mak dengan abah tengok..tapi dorang tak tegur sebab dorang tau tunang fae sakit..mesti fae ngah sedih..cuba kalau dorang tegur, haa..memang tsunami terus la kat rumah tu..

esoknya, fae pergi kenduri kat Semenyih and open house rumah bff tu kan..walaupon berjalan tapi hati tetap teringat kat dia..sebab fae tak dapat call dia..masa nak pergi kenduri tuh fae tak dapat call dia phone battery kong, tengahari baru dia dapat call fae..dia cakap dia kena puasa..maybe nak kena operate..

petang fae try call lagi tapi dia tak angkat sampai la masa fae nak pergi open house tuh, baru dia call..dia cakap dia baru lepas operation je ni..ya Allah, bersyukur gila, dia dah selamat..then dia cakap appendiks dia tak teruk lagi..and tak pecah lagi..Alhamdulillah..dia selamat...

satu yang bermain di fikiran sanubari fae ni, cemana dia nak balik..ikut hati memang nak redah pergi amik dia sendiri..tapi dia tak bagi dia cakap :

" takpa lah, tak payah amik orang, orang balik naik bas je.."

tersentap jugak lah dengar..kesian dia..
takkan lepas operation nak balik naik bas..
biar betul..tak boleh jadi ni..
pas tu dia cakap :

"kalau orang naik bas dua tingkat boleh tak?tak rasa sakit sangat kot.."
(ada hati lagi nak naik bas dua tingkat tu..hihi;P)

tak boleh jadi ni..pastu fae and adik dia plan nak pergi amik dia kat penang..yeah! kena amik dia ni..sebab ktorang sangat tersentuh hati bila dia cakap nak balik sendiri naik bas..sedeyh woo..sobsob..

maka hari ahad tuh ktorang pergi penang, amik dia..memang dia happy sangat la tengok ktorang datang sana walaupon jauh..yang pergi masa tuh fae, mak dia, adik dia n bf adik dia..empat orang ktorang redah selamber..



sampai je sana terus dia sengeh lebar pastu terus dia bagi kerja kat fae..dia bagi towel suruh fae lap badan dia..haa..nak manja-manja la tuh kann..hehe..takpa, fae tak kisah..dah tengok dia senyum pon dah oke..:D lepas tuh di cakap la dia sayu je tengok orang sebelah dia, ramai family yang datang tapi dia takda..sedeh weyh dia cakap macam tuh..at least bila ktorang pergi dia dah boleh happy..;)

selepas operation

dalam pukul 8 malam dia dah boleh discharge...dia tak boleh jalan laju-laju..so fae papah la dia berjalan..then dia cakap ngan fae :

"thanx beby, amik orang kat sini.."

terharu wa beb, terharu gila la kann...wa mampu wat ape je janji dia happy..sebab dia selalu bagi fae happy..memang dia sentiasa buat fae happy..apa la sangat kan kalau setakat amik dia kat penang tuh dengan apa yang dia dah buat untuk fae..

Alhamdulillah..ktorang selamat dah sampai kat kL..terima kasih ya Allah..;)

=======================
follow me on twitter
=======================

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, September 29, 2011

Rahsia Surah Al - Kauthsar

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat hari jumaat

hari ni fae nak share something dengan korang tentang RAHSIA SURAH AL-KAUTHSAR..


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


p/s : marilah bersama-sama mengamalkan nya..;D

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

tak sangka followers dah cecah empat angka..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


pejam celik pejam celik, siang berganti malam, bulan berganti bulan sampai la hari ni raya pon dah melabuhkan tirainya..tetiba ada kezutan sampai terbeliak bijik mata ku yang comel ni..<-- perasan! terbeliak sebab tengok follower fae dah mencecah empat angka selama 1 tahun, 1 bulan, 4 minggu dan 1 hari fae berblogging..wah!terujaa! @-@

fae sangat batak sebab first time dapat followers banyak cenggini..<-- yela..celah bila plak sebelum ni fae ada belog..ye dak..memang la first time kan..cepuk kepala sendiri.. taktau nak cakap cemana apa yang fae rasa..bangga pon ada, terharu pon ada, gumbira apa tah lagi kann..;)


hari ni dah 1000++ ..terima kasih sangat-sangat pada semua yang rajin singgah, jenguk dan komen di sini..fae hargai sangat-sangat..teruskan menyokong fae ye..sayang korang semua..:)

dan 
jangan lupa 
untuk LIKE FANPAGE


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

makan tak kenyang, hati gundah gulana..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

yeah! berjaya jugak akhirnya fae mencuri masa untuk entry yang seterusnya..pada ENTRY INI fae ada story yang fae kena dera kan..lepas kena dera baru dapat makan..pada hari yang sama jugak, ada orang jemput fae open house..kira makan lagi la kann..-_-

walaupon kena dera hari tuh, wa memang tak kesah sebab habuannya cukup hebat..wa dapat makan sampai ke malam der..hehe..okelah, open house ni di jemput oleh my bff (ayu)..sapa nak tolak kan bila bab makan-makan ni.., lagi-lagi fae yang memang kuat makan sejak azali..hehe;P

hati besar gumbira dapat makan, tapi hati yang paling kecik tetap sedih sebab teringat incik tunang yang tengah sakit kat penang tuh...fae ada cerita kat ENTRY INI.. sedih weyh..sapa tak sayang tunang weyh..sobsob..masa tu  hati dah tak ketahuan hala..masa nak pergi tu pon fae suruh kawan fae yg amik..malas nak drive jiwa tak tenteram..X_x

dah sampai sana, jumpa bff fae jup, salam parent dye then serbuu..muahaha;P walaupon makan hati wa tetap tak tenteram..sebab incik tunang fae baru call masa tuh yang dia baru lepas operation appendiks! Alhamdulillah..dah selamat..:) teringat kat dia sebab dia jauh..


dah borak2..makan semua terus balik..hati gundah gulana teringat kat incik tunang..semoga dia sihat n cepat sembuh! aminn...p/s : thanx ayu jemput aku melantak..:D

=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, September 28, 2011

kena dera sebelum dapat makan

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

yeah! rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mencuri masa untuk update belog..ini adalah entry yang pertama untuk hari ni..rasa kejap lagi nak curi-curi masa lagi untuk update entry yang seterusnya..-_-

ini kisah penderaan yang maha dasyat..kisah ini berlaku pada hari sabtu lepas..baru je lagi..sedih sangat tau!;(

pendera : abah
mangsa : fae

hari sabtu lepas, fae pergi kenduri dekat Semenyih bersama mak, abah n adik-adik fae..semangat weyh nak pergi..dalam kepala otak ni teringat dah apa la menu dia kan..sungguh tidak murni hati betul ! orang sibuk nak tengok pengantin, yang fae pulak sibuk duk ingat makan..makan dan makan je..;)

dah siap semua terus la fae pergi kat kereta..tetiba abah bersuara "kak, bawak kereta.." oke! besh la sebab tak tahu jauh mana Semenyih tuh..mula-mula tuh boleh la senyum selebar yang mungkin..tapi rasa macam bontot dah kematu ni mula la mulut nak membebel macam mak nenek..x__x

lepas dua jam tuh baru sampai..wuargh! terus cakap kat abah "akak surrender nak drive balik karang!" jauhnyaa..buat muka ketat..tapi tapi keluar je dari kereta terus tarik adik fae suh snap pic..haha;P


adik fae tuh memang selalu jadi mangsa fae untuk snap pic fae..sampai dia cakap " yelah, aku kan kerja jadi photografer ko!" haha..kesian kan..nak buat cemana dah akak memang perangai macam ni..-__-


dah puas kena dera ngan abah cepat-cepat ktorang pergi makan kat tempat kenduri tuh..orang ramai jugaklah sampai tade tempat duduk nak makan..huhu..penyudahnya nak tau apa jadi..fae dengan selambernye fae makan depan pelamin je..hehe;P


baru stylo kan..ingat hati nak je makan atas pelamin terus..haa..kau ada? hehe;P makanan nya boleh tahan sedap nya..ingat nak snap pic makanan tuh tapi tapi hati busuk kata..jangan! jangan makan je terus simpan dalam perut! grr! sungguh tamak jiwa di kala itu...x_X

dah kenyang tuh biasa la mesty gedik nak tengok bilik pengantin..haa..amik kau..sampai dalam bilik wa jenguk der..ade aku kesah?memang la tak kisah sebab pengantin tuh sedara fae jugak..hihihi;P haa..tengok la apa jadi..--->



peduli apa fae..selamber je dok posing-posing..yelah, lpeas makan pulak tuh..perut dah kenyang memang hati manyak senang la kann..dah dah! tanak buat kalut dah..tetiba abah ajak balik sebab dia ada hal lain nak buat..:D

tapi tapi before balik tuh sempat lagi snap pic..err...korang dah nak muntah eyh?plis..ni pic yang last ye..pas tuh korang dah boleh muntah hijau..hehe;P


oke! stop !

=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, September 27, 2011

kasih mak tiada galang gantinya...terima kasih mak..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

pagi ni fae amik kesempatan curi masa sikit nak update belog sebab bos tade..huahua..niat hati nak update bebanyak setiap hari tapi tapi apa pon tak boleh..huhu..cemana tuh?x_x

pepagi tadi masa nak pergi kerja terus mata tepat memandang kotak tisu kaler feberet fae..pink colour! yea..al-maklumlah nama pon perempuan kan..tak lari la kaler jambu-jambu ni kann...-__-



pantas kepala otak terus teringat kat mak..sebab..sebab mak yang beli and bagi kotak tisu tuh kat fae..lagi sebab dia tahu anak dia pemalas tak ketahuan hala nak beli kotak tisu pon malas..haha..bukan kedekut oke! 

lagi banyak sebab mak beli sebab teringat kat fae kot..yela..masa tuh mak balik kampung kat kedah..fae tak ikut sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..kempunan la lagi fae nak balik kampung..dah bape tahun tak balik kedah..huhu-_-


bila balik sini, mak cakap "kak, mak ada beli kotak tisu untuk ko.." grr! tersentap jiwa raga la..even dia pergi mana sekalipon dia tak pernah lupa anak dia untuk beli something walaupon benda kecik..tapi tapi memang fae hargai sangat la kann...terus motivasi diri..aku pulak, bila pergi mana-mana ada tak belikan something untuk mak..ada ingat mak tak?haish! teruknya aku..huhu..bukan tak beli langsung..kadang-kadang je..;(

memang betul cakap orang..kasih mak tiada galang gantinya..mak boleh jaga anak berderet tapi anak tak boleh jaga mak seorang..fuhh! sentap jiwa raga ni..makk! i love youu!

p/s : layan mood sedeyh jup...:(


=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kenduri cukur jambul..makan lagi...

Assalamualaikum..
Hello peeps and rezders..

pagi ni fae baru masuk kerja..semalam fae EL..sebab apa EL..nanti fae story k sebab apa. mengapa, bagaimana,  kemana..apakah?x_x

sebenarnya banyak sangat benda nak story dalam kepala otak ni..macma-macam tapi tak pernah sempat nak update langsung..paling habis satu hari sempat update satu entry je..okelah tu kan, dari takda langsung kan...-_-

okelah, now fae story pasal kenduri cukur jambul..kenduri ni hari ahad lepas masa wedding zati n anill hari tuh..besh kan..minggu tuh macam hari makan sedunia pulak..sebabnya lepas makan, makan, makan, and makan je kejenya..-_-

kenduri cukur jambul ni kenduri untuk anak buah incik tunang saya..anak abg dia yang sulong..so dari tak buat apa-apa baik fae pergi sana n tolong apa yang patut..kena jadi menantu mithali la kann..:D


sampai sana incik tunang tengah tido..kesian dia coz maybe dia penat sangat berkemas n buat apa yang patut..mana taknya pukul 5 pagi dia dah bangun pergi pasar untuk beli barang..baik kan bakal suami saya..hehe;P

dah sampai sana takkan fae nak duk melopong je kan..so pergi buat apa yang patut..tolong-tolong buat kerja sikit..majlis start lepas maghrib..so ramai la yang datang..;D



part yang paling fae tunggu part makan-makan ni la kann..haish! tak senonoh sungguh fae ni..;P masa makan tuh fae yang last sebab fae makan banyak..makan banyak oke..tak lama pas tuh incik tunang cari fae sebab dia tak nampak fae keluar dari rumah..

bila dia dah jumpa, tengok-tengok fae tengah makan lagi..terus dia tengok je fae makan sambil senyum-senyum..then dia cakap "kuatnya dia makan..hihi" jaat kan tapi paling best sebab dia tak suruh fae stop makan tapi dia tengok je sambil sengeh-sengeh..haa..terkejut la tu kann..haha;P



dalam pukul 9 lebih majlis bersurai..kemas-kemas jup then fae terus gerak balik..terima kasih sebab jemput fae ye..;D

=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, September 23, 2011

ya Allah..sembuhkanlah penyakitnya...

Assalamualaikum..

sungguh fae rasa tak tenang jiwa raga saat ini..berkocak dalam hati bila memikirkan tentang incik tunang..nak menangis rasanya bila dengar keperitannya..ya Allah..sembuhkan lah penyakitnya..

fae tak tahu apa yang terjadi saat ini..start dari semalam incik tunang ada mengadu yang dia sakit perut..teramat sangat..kesian dia..masa dia call tu memang dia dah tak mampu nak bercakap lagi..:-(

masa tuh pulak dia tengah kerja..yeah..dia seorang yang pentingkan kerja..kadang-kadang sampai tak fikir kesihatan diri..fae taktau nak buat apa lagi..sangat sedih bila dia mengadu yang dia dah tak tahan lagi..badan dah terlampau lemah..dah banyak kali dia muntah..dalam hati berdoa sentiasa hope penyakit tuh sembuh..

apa yang fae fikir maybe dia tersalah makan..dan hari ni dia kena outstation pulak kat penang..macam mana dengan dia? keadaan dia still macam semalam..lagi teruk katanya..dan sekarang fae paksa untuk dia pergi klinik..rupanya dia kena appendiks..maybe nak teruk dan dia kena refer hospital..

macam-macam fae fikir..takut appendiks pecah..dah naik serabut kepala otak fae ni dan sekarang fae taktau dia macam mana..call pon tak angkat..maybe sekarang dia on the way ke hospital dengan bos dia..semoga dia tak apa-apa..fae dah taktau nak cakap apa..mampu doa je..semoga appendiks dia tak teruk lagi..;-(

ya Allah sembuhkanlah penyakitnya....amin...

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

bukti terbesar fae kuat makan!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

oh sungguh rindu nak update belog laju-laju banyak banyak sampai semak dashboard korang dengan entry fae sahaja..tapi tapi tu semua dulu punya cerita..sekarang? huhu..sungguh sadis kalau nak story..hanya mampu menatap tanpa megupdate apa-apa entry..sobsob

kalau korang ada baca entry-entry fae yang lepas, mesty korang tau fae seorang yang kuat makan! KUAT MAKAN ye kawan-kawan walaupon mempunyai fizikal yang sangat kecil tapi selera sangatlah besar gedabak..hikhik;P tang mana fae isi makanan tuh semua, fae sendiri takda jawapan..;P

kalau fae story ni, korang jangan rasa jelik,pelik, janggal dan sebagainya..sebab itu memang realiti diri fae sebagai seorang yang kuat makan dan tak pernah-pernah rasa kenyang..tapi jangan kata fae makan tak baca bismillah pulak ye..;P

oke, last week bff kawen..then yang jadi pengapitnya adalah fae..nak tau kisah wedding yang sangat meriah tu meh kita lepak n selak entry ni dulu ---> 


kalau dah jadi pengapit tuh secara tak langsung fae akan join makan beradap sekali la kann..:D haa..ini part yang paling fae tunggu-tunggu la kann..sapa yang tanak makan weyh..makanan dia mesty sedap-sedap bukan? teruja kak oi..

incik tunang plak intai-intai tengok then dia cakap fae makan banyak! hish! boleh plak dia intai..malu cheq..oke la tu..dah org suruh makan kita sental je la..ye dak? sungguh tidak boleh di bawak majlis..hehe;P

muka kekenyangan..:D

oke..dah siap makan dengan pengantin, fae pergi khemah lepak dengan kawan-kawan yang lain plak..then secara tak sengaja fae termakan lagi..muahaha;P boleh ke secara tak sengaja..makan rojak pulak..tak payah cerita banyak la..memang terbaik dari ladang..:D

incik tunang dah taktau nak kata apa bila dah nak balik boleh fae ajak dia pergi makan pizza pulak..haa..memang dia terkejut la ceritanya..terus incik tunang bergegas bawak fae pergi pizza..:D dia memang tak pernah menghampakan saya! :D masa tuh fae bawak alyn..:D ktorang makan pizza Chunky Loaded - yang 10 layers  tuh..:D 



haa..ni la alyn..alyn pon terkejut tau bila tengok fae kuat makan..oke..dah lepak semua ktorang hantar alyn balik rumah..hurm..ktorang pergi ngedate lagi..incik tunang ajak tengok movie pulak..movie ape? haa..nanti fae story oke..:D

sementara nak tunggu movie start ktorang lepak minum dulu..fae rasa macam haus teramat padahal nak sental banyak air..lepak-lepak then tengok movie...then 2 jam pas tuh nak gerak balik lah.pergi hantar incik tunang then tetiba fae rasa nak makan burger pulak..masya-Allah..kalau macam ni orang kata fae bela hantu..muahaha;P

siyes beb, fae rasa nak makan je hari tuh..maybe hati senang kot..kalau boleh setiap masa nak makan..maka carilah incik tunang burger untuk fae..dah dapat burger terus balik dan sampai je rumah terus melantak sampai terlentang..haish! buruk perangai..-_-

p/s :  sementara tuh fae nak mintak tolong korang boleh? fae ade join contest then nak mintak tolong korang  LIKE <vote> pic fae..:D

  • KLIK FANPAGE AMY COLLECTIONS BUTIK MUSLIMAH kat SINI
  • LIKE PIC FAE kat SINI
  • oke dah? terima kasih ye kawan-kawan! :D

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, September 22, 2011

Selamat Pengantin Baru Nur Izzati ♥ Anill Hazree

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

sungguh berbesar hati nak story pasal wedding bff..Selamat Pengantin Baru Nur Izzati ♥ Anill Hazree.. Selamat sudah mereka menjadi suami isteri..Alhamdulillah..Semoga kekal hingga ke anak cucu..Amin

sebelum tuh, dulu fae ada buat entry khas buat mereka..mari kita baca start dari :



Tanggal 17hb September 2011 - Majlis Persandingan Nur Izzati ♥ Anill Hazree pula berlangsung..sangat-sangat meriah..happy sangat bila tengok dia happy..Majlis bertemakan purple & pink! sweet kan..:D

pelamin indah mereka..cantik kan?

Pengantin Bersanding :

pengantin lelaki dah sampai !

menyambut suami tercinta !

wajah ceria pengantin perempuan!

:D

 wajah ceria mereka! :D

menuju ke pelamin..:D

dan

bahagianyaaa! :D

dan pengapitnya pada hari itu adalah :

fae dan incik tunang..hihi;P
amek berkat..
doakan kami ye..:D



amik berkat ! :D

and last

Selamat Pengantin Baru Nur Izzati ♥ Anill Hazree
Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu! :D

=======================
follow me on twitter
=======================

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, September 19, 2011

Contest "Saya Comel Bila Memakai Shawl Satin"

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers!

hari ni fae nak join contest 
yang dianjurkan oleh


pic yang dipertaruhkan :


now fae tag :

nak join click

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Majlis Pernikahan Nur Izzati ♥ Anill Hazree

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers! 

tak terluah dengan kata-kata saat menaip entry ini..happy sangat-sangat sebab tengok dengan mata kepala sendiri saat-saat bff nak di ijab kabulkan..terharuu sangat-sangat2..


mereka di nikahkan selepas solat asar..fae takkan lepaskan peluang saat-saat bahagia kawan-kawan fae..tumpang sekaki ambil berkat..haha..pukul 4 fae gerak ke rumah bff walaupon hujan lebat sangat..redah jugaklah..fae pergi bersama dua orang bff yang lain..:D


pukul 4 lebeyh dah sampai sana..:D terus jumpa bff kesayangan yang bakal menjadi wife orang ini..tema untuk nikah warna krim+kuning..ala-ala arab gitu..:D

cantik kan pelamin ni..;)

di saat di tunggu telah tiba..dupdapdupdap pengantin..fae sendiri pon macam dupdapdupdap jugak macam fae la pulak nak nikah..hehe..debaran terasa..-_-

inilah pengatin merangkap bff fae;) 
pic blur la pulak..huhu

pengantin lelaki
dupdapdupdap

masa yang di tunggu dan di nanti..

"aku terima nikahnya.........................................."

jeng jeng jeng

sah! Alhamdulillah

syukur Alhamdulillah..dah sah menjadi suami isteri! :D

wajah ceria mereka :


aku doakan semoga korang kekal bahagia
hingga ke anak cucu..
lepas ni doakan untuk aku pulak ye..hihi;P

=======================
follow me on twitter
=======================

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, September 15, 2011

dah tak boleh terima kenyataan..

Assalamualaikum..
Hello readers..

masa nak taip entry ni pon masih tanak pecaya kat diri sendiri..percaya apa? tak mungkin..tidak..tidak! tak mungkin fae nak percaya badan dah mula nak gemok..wuarghh!-_-

tanak mengaku badan dah mula berisi..tanak! tanak! tolong cakap fae kurus kering pliss! :P  makin hari makin menjadi-jadi pulak rasanya..tiap masa macam lapar je..jangan kata fae makan tak baca bismillah oke..fae macam rasa kat perut ni banyak lagi ruang yang kosong untuk di penuhi..hee! x_x

nampak kurus in other side..

cer tengok pic kat atas ni..fae nampak kurus kan..sukaa..;D tapi memang tak boleh nak tahan la kalau tak makan..orang lain boleh je diet-diet..tapi fae sental semua yang ada..maybe sebab selama ni badan fae maintain je tak naik tak turun..tu la yang sental sampai bergolek-golek..-_-

tapi tapi sekarang ni dah tak macam dulu..makan banyak sikit, pipi nak nak menonjol..badan pon sama, berat pon naik..adoyai! kenapa? kenapa? katakann mengapaa..dah tak rasa nikmat nak makan banyak-bayak lagi dah..sedeyh..sobsob

act, sekarang dah macam ni..pipi tembam..

tapi tapi, incik tunang saya tak boleh ejek fae sebab badan dia pon naik mendadak jugak..pe cer ni?kenapa badan kami dah naik mendadak? bayangkan dulu dia pakai seluar size M but now dah jadi XL..erkk..sebab senang hati ke jadi macam ni??

=======================
follow me on twitter
=======================

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, September 14, 2011

pesta mengembangkan badan 2#

Assalamualaikum..
Hello readers..

baru dua jam lepas fae kuar lunch melantak sampai kenyang Black Pepper Beef Rice..sekarang plak baru je lepas melantak maggi kari..fuh! kuat makan betul wa cakap lu der! badan je keding tapi perut boleh sental macam-macam..:D

alang-alang perut tengah kenyang ni, fae nak story pasal makan-makan jelah..baru kena la kann..;D hari tuh fae dah story pasal fae join pesta mengembangkan badan with my siblings but now fae nak story pasal pesta mengembangkan badan with my fiance..:D 

kalau hidup nak makan je, boleh lah bawa incik tunang fae..bila dengan dia mesti kenyang..tu yang best..so lepas ktorang pergi jog dan makan sampai telentang hari ahad tu, jangan ingat ktorang stop makan sampai situ je..ada lagi...haa..

petang tuh kawan-kawan fae ajak pergi beraya rumah kawan fae dekat subang..dah lama tak jumpa..rinduu..so dalam pukul 4 tuh fae pergi amik incik tunang tok join sekali..lagi pon memang nak bawak dia pon..:D so ktorang duk sokseksoksek agak lama jugak lah..lama tak jumpa..then kawan fae ni dah ada baby..wah! besh dapat beraya dengan baby tahun ni..-_-

dah lama lepak ktorang beransur balik, tapi tak balik rumah lagi sebab ada kawan fae jemput dtg rumah dia ada open house..wow! makan lagi la kann..kawan-kawan fae yang lain tak join so fae pergi dengan incik tunang je..;D 

langkah kanan sebab dia punya menu memang feberet ktorang jugak..bihun sup! paling besh sebab ada sambil kicap la kan..sampai menangis n meleleh-leleh hingus..haa..hamek kau! pedas tapi terbaik wok! :D kalau nak ikut-ikutkan hari tu je ktorang dah makan luar batasan..muahaha;P



orang kata rezeki jangan di tolak.. ye dak?x_x

=======================
follow me on twitter
=======================

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, September 13, 2011

jogging part 2 !

Assalamualaikum..
Hello readers...



hari ni baru berkesempatan nak update belog ni..pagi tadi bz youu! hati memberontak tak ketahuan hala dah tau nak update belog..tapi tapi bila tengok je muka bos..haish! kerja! kerja! -_- <tetiba semangat pulak!>

cer tengok pic fae tuh..fae rasa macam dah tembam pulak..kan kan?;P di sebabkan tu la incik tunang fae ajak pergi jogging..amboi2! u perli ke apa syg? i dah nampak gemok ke? haha;P maka dengan semangat berkobar-kobar fae pergi la jogging dengan incik tunang hari ahad lepas..

korang bayangkan la..malam sabtu tuh rumah fae ada open house pecah rekod dunia tido pon dah la lambat kan..letih lagi nak mengemas..tapi ntah macam mana boleh pulak fae bangun awal..bangun pukul enam setengah, mandi n solat then terus ke rumah incik tunang..

kitorang pergi jogging dekat tasik titiwangsa..ktorang pergi naik motor je..senang n best sebab 1st tyme fae keluar dengan incik tunang naik motor..;D ramai orang jugak..nasib baik pagi tuh tak panas macam mendung je..agak best jugaklah..diz is a 2nd time ktorang pergi jogging..dulu pergi jogging for the 1st tyme agak keletihan jugaklah sebab ktorang pergi sebelah petang..x_x

letih jugaklah..lepas je jogging terus fae dengan incik tunang pergi melantak kat Kg Baru..haa..nak kata apa weyh..cemana nak kurus? fae bantai air 2 gelas..nasi lemak+roti canai..korang agak-agak macam ni punya gaya boleh kurus ke? haha..adoyai! matilamacamni! ^_^

jangan kata incik tunang terkejut..fae sendiri pon terkejut..biar betul aku makan banyak gila..haish! kena repeat jogging lagi nih..haha;P lepas perut dah kenyang ktorang pergi round kL jup..besh kot sebab pagi-pagi tak ramai orang..jalan pun tak sesak..paling besh tengah besh-besh round the world hujan turun selebat-lebatnya..haa..hamek kau! basah kuyup sudah! x_-

hujan dah benti terus ktorang gerak balik..mandi then tido sebab letih sgt..padahal kenyang lebih..muahah;P..tapi tapi lepas bangun je hamek kau sakit badan weyh..padan muka tadi berlagak sangat mcm tak sakit pape..wuarghh! ;(


p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, September 12, 2011

open house rumah fae tahun ni pecah rekod dunia..

Assalamualaikum..
Hello readers..

kali ni fae nak story mory kisah super hebat yang berlaku ke atas diri fae yang comel ni <tetiba terpuji diri sendiri! dush!> lepas je fae beraya bersama siblings jumaat malam hari tuh, fae terus bergegas balik sebab keesokkan harinya rumah fae ada pesta?pesta ape?jeng jeng jeng ^_^

semangat tak ketahuan hala beb, rumah wa nak wat open house..menu terhebat setiap tahun adalah bihun sup tulang..haa..lagi lagi..ada ketupat palas, nasi impit macam biasa..yang lain tu biasa jelah..lepas beraya malam tuh, fae balik then terus balut ketupat palas..;)

over excited sebab teringin nak kumpul dengan kawan-kawan n family yang dah lama tak jumpa..sadis! maka 10/09/2011 terjadilah satu fenomena baru dalam hidup fae..open house start pukul 3ptg hingga 3pagi..haa..lama kann..mesty..kawan-kawan kesayangan semua dah di jemput hadir..;)

pukul dua kemain lagi siap-siap sebab takut nanti kawan-kawan datang rumah, malu den rupa macam orang tak mandi..haa..kan susah..so hari tu fae pakai baju hitam..kena comel-comel mana la tau incik tunang datang..kang tak comel-comel tanak mengaku tunang dia pulak..teett! ;P

sayalah yang paling ayu di dunia ini..;P

start pukul 5 muncullah kawan-kawan kesayangan datang ke rumah fae..;) seronok-ronok fae..muahaha;P eyh, kawan yang dah lama tak jumpa pon ade..besh ni..mulalah cerita perkembangan masing-masing..;)

ni la beshfwen fae since form 1 (2001)

ada lagi beshfwen fae yang datang..tapi tapi tak sempat nak snap pic..al maklum lagi fae bz sangat-sangat nak tengok makanan yang di hidang tuh dah cukup ke belom..or dah habis disental akibat kesedapan tahap melampau ke..haha <perasan lagi> 

lupakan pasal tuh..paling best la kann..bila malam menjelma tetiba rumah fae blackout..haa..ni memang paling best la kann..tetiba hari ni dia  nak buat rekod paling terbaik dan sejarah buat fae sekeluarga..rumah fae sahaja tau..bukan rumah orang lain sekali..rumah fae sahaja..

korang boleh bayangkan tak? boleh?kegelapan menyelubungi diri bila santapan paling hebak nak di sental..memang potong stim kan? kesiann weyh..korang bayangkan lagi fae dah lama pakai baju hitam..err..mesty tak nampak fae yang comel ni kan?kahkahkah;P

cer cari..dimanakah fae?nampak tak?;)

haa..bila malam pulak cemana cerita? gelap gelita la cerita dia kann..terpaksa la guna candle bebanyak sebab nak bagi terang ruma fae..haru sungguh..kenapa time-time ceni dia nak buat hal pulak..potong selera la kan nak melantak kaw-kaw..sedeyhh! sobsob



paling paling best la kan bila dah candle dah menerangi ruma fae tetiba incik tunang saya datang rumah..;) aww! baru romantik sikit..candle light dinner youu..haa..kata nak romantik sangat kan..hamek kau..haha;P makan lah incik tunang saya bersama cahaya lilin...pewitt! p/s : incik tunang dah pandai panggil 'mak & abah' kat parent fae..;) terima kasih sayang! terharu jugaklah sebab dia sanggup lari dtg rumah kejup..padahal tengah kerja lagi...



lepas tu diikuti dengan lawatan kawan-kawan abah dengan mak..kesian mereka mereka sebab makan dengan berlampukan cahaya lilin..hurm..tahun ni memang tema paling hebat la kann + romantik..tak pernah dibuat orang kan? sungguh pecah rekod dunia tahun ni..tapi tapi walaupon gelap ramai sangat yang datang..terima kasih banyak-banyak..;)

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)