♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, January 16, 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua
Hello peeps and readers

as u know, kelmarin dulu adalah hari keputeraan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, fae ada join sambutan maulidur rasul di area rumah fae di Kota Damansara. super excited jugak tau kemain lagi prepared baju fae and baby dari malam. baju hubby juga tapi baju kerja sebab dia outstation atas urusan kerja and tak dapat nak join sekali. -,-

macam tahun lepas fae join jugak, masa tu tengah memboyot. and this year baby dah keluar bawak dia pergi berarak sekali. baby pun macam tau tau je. bangun pagi kemain lagi sengeh-sengeh. maybe dia ingat parents dia nak bawak pergi jalan-jalan kot, tu yang dia kemain suka. haha.

hey, jangan taktau yang aireen ni memang suka berjalan. kalau pergi berjalan sanggup dia tak tido even time tu time dia tido. tahan mata betul. lagi satu kalau fae and hubby tengah bersiap-siap, mula la dia tak senang duduk merengek takut orang tinggalkan dia. ekeke. budak-budak sekarang. macam-macam perangai.  tak sama macam kita kecik-kecik dulu ye dak? :)

ok back to the topic, Sambutan Maulidur Rasul disambut setiap tahun area rumah fae ni. kebetulan pulak dekat sangat dengan sekolah agama. sekolah agama dia dalam area surau. so sangat memudahkan. every year memang ustaz and ustazah berserta penduduk area rumah fae ni akan sambut dengan meriah. parents murid-murid juga dijemput meraikan. so betapa meriah disitu kan? 

pukul 8.30 murid-murid and parents dah berkumpul area surau. semua dah beratur. ustazah pulak edarkan kertas untuk selawat semasa berarak nanti. bagus jugak sebenarnya kan bila berkumpul ramai-ramai macam ni. di samping kita menyambut keputeraan nabi kita, dapat juga mengeratkan silaturrahim sesama kita. Alhamdulillah. :)

so fae pun tak ketinggalan. pukul 8 suku macam tu keluar dari rumah and ambil stroller dalam kete. masa berarak letak baby dalam stroller sebab tak larat nak dukung baby. hihi. baby aireen ok je macam seronok je orang tolak dia sampai dia bantai tido. haha. alahai anak ibu. 

jom kita layan pic suasana sambutan maulidur rasul. :)

murid-murid mula beratur. :)

perarakan beramai-ramai sambil berselawat. :)

kaum-kaum ibu juga ikut berarak :)

jamuan makan selepas berarak. :)

diikuti ceramah untuk murid-murid sekolah :)

ini fae, sibuk nak selfie jugak. ekeke

yang ni baby fae. :)

Alhamdulillah. majlis selesai dalam pukul duabelas tengahari. diharap ada lagi majlis seperti ini yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Insya Allah. :)





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)