♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, June 30, 2011

nyut nyut kepala rasanya mahu pecah! grr!

Assalamualaikum..
Selamat pagi readers..;)

apa kena hari ni fae pon tak tahu..tetiba sakit kepala berdenyut rasa nak pecah je..pandangan kabur..<of course lah! sebab mataku rabun! ;P > ada kaitan ke dengan apa yang fae melantak pagi tadi?

masa pagi tadi sebelum pergi kerja ok je..pening ke apa ke jauh sekali..tak rasa apa-apa pon..kat rumah tadi pon tak sempat nak breakfast..bukan sebab apa, dah terlambat..memang berkejar jugaklah nak cepat sampai kat ofis..-__-

dah la terlambat pastu kena redah jam plak, sampai je kat meja rileks jup..semput youu! naek tangga bertingkat-tingkat sampai atas je dah rasa semput nak pengsan! perut kemain lagi tendang menendang mogok la konon nak manja-manja! grr!-__-

dengan langkah gedik+lesu+ longlai terus ke pantry..mengeledah semua nak cari menatang apa yang boleh fae lahap fae ni..haha..menatang tuh bukan binatang ye kawan-kawan! kang ada yang ingat fae bela menatang kat ofis untuk di makan! ngeee!

fae nampak biskut munchys! aww! rembat jelah! feberet tuh! chocolate creams! air? erkk..gelojoh sangat makan..ade white coffee? argh! bantai jelah..mcm sedap je! panas...melecur lidah lembut kuh! sekali makan punya makan, minum punya minum, kepala fae jadi ini macam --->@#$$%^&*(*&*^


pening tahap boleh hantuk pale kat dinding dah ni weyh!ada kena mengena ke dengan apa yang fae makan pagi tadi..sobsob..;( wuarghh!


p/s :
  • menangi iPad 2, Canon EOS 550D dan macam-macam lagi di SINI ! segera!
  • mahu muzik video anda dipilih untuk disiarkan di ASTRO Channel 318? hantarkan penyertaan anda di SINI 


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, June 28, 2011

hari-hari redah jam, dengar lagu jiwang time hujan pon boley jugak..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang!

pagi ni hujan lagi sekali..sekarang musim hujan pepagi buta..memang mood nak tido tuh melebihi mood nak pergi kerja..memang tak di nafikan sebab pagi tadi fae hanyut dengan mimpi-mimpi yang indah sampai tak sedar dah terlewat nak pergi kerja..-_-

itupon terjaga sebab terkejut beruk bila mak kejut dan bagitahu dah pukul 8..sepantas kilat fae bangun! grrrr! macam nak mampos je bila bangun macam tuh..bukan ape mak buat macam tuh sebab dah banyak kali dia kejut tapi fae tak bangun-bangun..sekali dia bengang, haa..hamek kau! melompat!

bila nak pergi kerja plak hujan turun lebat mencurah-curah! wuarghh! leceh betul sebab dah la lambat pastu jam memang makin menjadi-jadilah! tu lah, bangun lambat lagi..ni la padahnya..grr! -__-


macam tu lah keadaan nya pagi tadi masa nak pergi kerja..terpaksa redah jam tahap melampau..pergh! bosan kot..fae dengan tak bersalah pasang radio kuat-kuat dan layan lagu jiwang..haa..layan lagu jiwang time hujan-hujan ni pon best jugak kan? memang feel giler kot! haha;P

apa yang korang gelak-gelak..eleyh..macam tak pernah layan lagu jiwang time hujan plak kan?feel dia lain macam kan?haa..korang nak tau fae layan lagu ape tadi? tak tau la korang pernah dengar ke tak tapi lagu ni memang sedih kot..

tak payah banyak cerita lah..meh layan lagu ni dulu kat SINI
fae sertakan lirik dia sekali ---->

Eren - Takkan Pisah
sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu tak meredhai dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di syurga
jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mahu
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mahu

p/s :
  • menangi iPad 2, Canon EOS 550D dan macam-macam lagi di SINI ! segera!
  • mahu muzik video anda dipilih untuk disiarkan di ASTRO Channel 318? hantarkan penyertaan anda di SINI 
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

my 700th followers!

Assalamualaikum..
Hello readers..

ini entry pendek sahaja!
Alhamdulillah..
followers fae dah mencecah ke angka 700
terima kasih atas semua sokongan anda!
jangan lupa datang ke sini selalu oke!;)

followers yang ke- 700 adalah :
axieana

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 27, 2011

kisah dongeng Stacy!

Assalamualaikum..
Hello readers...

rasa amat kenyang tahap dah boleh pejam mata sambil berjalan dah..ni semua disebabkan fae dah pekena mee kari terbaik dari ladang masa lunch tadi..sungguh fae tak tipu..-__-

sekarang ni fae nak story pasal Stacy..sape yang tak kenal Stacy? Juara Akademi Fantasia musim ke-6? ohh bukan main ye sekarang dah pandai buat kisah dongeng untuk peminatnya..kisah dongeng ape? kisah dongeng dia bercinta dengan Akim Af7 ke? or lagi hebat dari tuh?

act, bukan itu yang fae nak story pasal Stacy ni..fae juz nak story pasal lagu Stacy yang bertajuk Kisah Dongeng..lagu terbaru Stacy yang bergenre balada yang agak berbeza dengan lagu-lagunya yang lain..memang terbaik! 


jum kita dengar lagu Kisah Dongeng by Stacy di

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kenduri kendara 3,2,1 Cinta!

Assalamualaikum..
Selamat petang readers..

matahari dah muncul maka dengan serta merta mood fae pon hangat mcm matahari nak update blog lagi..gege! update blog sambil makan kopok ikan pon sedapp!-_-

ini kisah berminggu-minggu yang lepas..walaupon dah lapuk tapi rasanya nak story jugak! yang ni selepas fae balik dari pahang hari tuh..ermm..dah tak ingat eyh? lai lai..baca dulu sambil rileks-rileks minum kopi kat SINI, SINI dan SINI jugak..;) terima kasih !

walaupon penat semua tuh tolak tepi..memang kalah kalau bab-bab makan ni..hehe;) hari tuh ada dua tempat kenduri..wah! rezeki..rezeki! ;) mula-mula g kat selayang dulu..lepas tuh baru pergi kat gombak! kenyang jangan kata lah sampai nak bernafas pon rasa sesak..T-T

dah settle semua tuh fae pon lepak lah dengan boyfie..taktau nak pergi mana pulak..so ktorg decide tengok movie kat Brem Mall je..ktorang tengok movie :

para pelakon dalam filem 321 cinta ni ialah Diana Amir sebagai Sam (watak tomboy), hero ialah Farid Kamil sebagai Nazril, Pierre Andre sebagai Fariz.. Pelakon lain dalam filem ni Ialah Sheila Mambo, Mustapha Kamal dan Zila Bakarin



Sinopsis 321 Cinta
Sam seorang  gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

kena tengok sebab :

  • best!
  • pelakon jugak hebat-hebat belaka
  • nak tau macam mana perempuan ngorat lagi?kena tengok k..
  • perubahan seorang perempuan dalam memenangi insan yang di sayanginya
  • keutuhan cinta seorang lelaki terhadap wanita yang disayanginya




p/s :
  • jum belajar dance kat SINI untuk melonggarkan otot-otot yang tersimpul rapi! ;)
  • dapatkan Samsung Galaxy S II kat SINI..cepat!
  • dapatkan tiket untuk Konsert Lady Gaga di SINI..


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, June 26, 2011

pepagi buta rindu suasana kampung...

Assalamualaikum..
Selamat pagi readers...

pagi yang nyaman lagi sejuk menusuk sampai ke tulang temulang ni, fae dengan serta merta ke pantry untuk buat milo panas..;) aww! aroma memukau..memukau sampai tak sampai nak minum..melecur lidah tak pasal-pasal..-_-

mood pergi kerja hari ni adalah zero! memang takda mood langsung nak mem'bz'kan diri dengan kerja..maybe disebabkan faktor persekitaran yang nyaman yang membuatkan seluruh tubuh badan menjadi malas melebihi tahap kebiasaan! 

teringat masa kat kampung..bangun pagi je terus keluar rumah..hirup udara yang segar-bugar..dengar burung berkicau pepagi buta..kena pulak dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..wuarghh! rindu nak balik kampung..

bila matahari dah terbit, burung berkicau sana sini mencari rezeki, ayam itik ke hulu ke hilir cari makanan untuk anak-anak..sobsob..tanak cerita panjang-panjang..sumpah dah rindu gila nak balik kampung nak rasa udara yang macam ni..;(

jum kita layan jup suasana kampung yang sempat dirembat kat pakcik google :





rindu..sobsobsob

p/s :
jum belajar dance kat SINI untuk melonggarkan otot-otot yang tersimpul rapi! ;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, June 24, 2011

tetiba aku rasa nak tydo je..

Assalamualaikum...
Hello readers..selamat petang..

fae baru lepas makan nasi paprik ayam..;) sedap jangan ceritalah sebab memang fae teramat la lapar nak mampos bila dapat makan sebijik karipap je pagi tadi..;( bila dapat makan rasa macam bernyawa dan dapat hidup lama..;)

dah abis melantak mula lah fae dan ofismate bukak langkah beribu-ribu sebab dalam hati kemain lagi menggedix nak cuci mata..;) masa tuh la jugak nampak baju cantik, kasut pon cantik jugak, tudung pon cantik tapi bila bukak wallet rasa mcm nak balik masa tuh jugak sebab terlampau kecewa..-_-

memang sadis sgt then ofismate ajak pergi court mammoth..dia nak cuci mata katanyaa...i followw...bole fae cuci mata sekali..;) dah masuk situ mula la rambang mata kemain lagi..ada sofa terus rasa nak landing..nampak katil pulak..jangan kata lah..ohh dugaan bila perut dah kenyang!T-T

yeah! salah satu cara nak bagi hilang mengantuk, tambah nak hilangkan kegeraman tak dapat landing kat atas katil yang nampak best lagi empuk tuh, macam biasa lah kan..snap sana sini..;)

tak cukup sorang-sorang je..
ajak ofismate fae pulak join..;)


dah dah cukup..sekali tengok jam..hamek kau! dah nak dekat pukul 2..kena balik ofis dengan kadar segera sebelum bos mengamuk..tapi sebenarnya bos tak pernah mengamuk sebab bos fae memang terbaik dari ladang..;)

  • dapatkan Samsung Galaxy S II kat SINI..cepat!
  • dapatkan tiket untuk Konsert Lady Gaga di SINI..


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 23, 2011

pagi ni aku breakfast sebijik karipap je...

Assalamualaikum...
Hello readers..selamat tengahari

hari ni kira fae macam bertuah jugaklah boleh lagi nak update blog walaupon lambat..jam pulak dah nak hampir mencecah ke angka 12..ingatkan free macam semalam tapi berlambak pulak kerja..huhu -_-

pagi tadi fae terlewat bangun..huhu..dengan pantas fae bangun ion baju dulu..memang dari dulu malas nak ion baju awal-awal..tak suka! tak suka!

hari ni fae kena hantar mak pergi sekolah..hari terbuka ..kena sign report card adik-adik..abah takda! outstation..so mak yang kena turun padang..huhu..

sebelum mak turun dari kereta sempat lah fae cilok sebijik karipap untuk bekalan pagi tadi..wah! walaupon sebijik tapi kenyang..tak besar mana pon tapi dah kenyang..<-- penipu! sebenarnya nak lagi..hihi;P

sampai kat ofis memang lambat la kan..macam biasa fae buat muka tak bersalah je..terpaksa..takut bos marah..sebab fae tak inform kat dorang pon nak masuk lambat..huhu-_-

tu yang bila masuk je ofis terus buat kerja tahap menggila ni..sebab nak amik hati bos balik..tapi yang ni tak boleh tinggal..dalm bz-bz buat kerja sempat lagi fae update blog..hehe;P okelah,jup g nak pergi lunch..lapar..tadi makan sebijik karipap jee....hehe;P


  • dapatkan Samsung Galaxy S II kat SINI..cepat!
  • dapatkan tiket untuk Konsert Lady Gaga di SINI..
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

pulang ke KL berhadapan dengan kemalangan..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang

petang yang lagi nyaman dan sejuk tahap gaban ni buat fae amik kesempatan lagi untuk menyambung story tentang ekspedisi fae ke pahang sampai ke penghujungnya..hihi

mesty ada suara-suara sumbang yang cakap "err, tak habis-habis lagi ke fae nak cerita pasal dia pergi pahang tuh?! " belum habis lagi yer kawan-kawan tapi yang fae nak story skrg adalah tahap pengakhiran perjalanan fae ke pahang hari tuh..-_-

sebelum korang tercengang tak ketahuan hala baik dengan hati yang tulus lagi mulus korang baca dulu entry lepas tentang perjalanan penuh pancaroba kat SINI dan SINI..;) da baca?terima kasih! ;)

oke,lepas je tengok pengantin bersanding, fae dengan tak segan dan tak malu terus ke ruang antara ruang tamu dan dapur, dimana terletaknya tv plasma sebesar ntah bape inci akibat teringat yang time-tima macam ni mesty ada cerita kesukaan fae di abad ini..

err..kesukaan di abad ini? act, fae nak tengok cerita hindustan je..haha..bukan apa layan hindustan pon best jugak kan time-time macam ni + mengantuk tahap gila babeng tak cukup tydo malam sebelum tuh..time tuh ada cerita  hindustan tajuk 'Baabul' lakonan Salman Khan dan Rani Murkerjee..weyh, fae menangis tengok cerita ni weyh..malu ouh..haha;P

layan cerita sampai tertido padahal cover mata yang merah sebab menangis..haha;P dalm pukul 3 petang tuh terus mak bagitau nak gerak balik KL..tak sabar kot! rasa penat tahap mengila..ktorg balik sekali dengan saudara fae..bermaksud dua kereta gerak balik sekali..;)

masa dalam perjalanan balik tuh, abah still lalu kat jalan kampung, jalan sama yang ktorang lalu masa pergi sana..tengah best-best layan perasaan tiba-tiba abah cakap "haa..exciden dah kat depan tuh! " terkejut jugaklah aku time tuh..dengan sepantas kilat abah benti kereta dan keluar tengok kereta yang terjunam ke curam..kiri kanan adalah hutan semata-mata..


ni lah kereta tuh! tak berapa jelas sebab bila dah terjatuh ke curam tuh ada pokok plak hempap kereta tuh..abah dan beberapa orang lain pergi turun tengok mangsa..nasib baik mangsa hanya cedera ringan..tapi kereta dye agak teruk lah jugak! fae hanya mampu berdoa semoga perjalanan kami selamat sampai ke rumah! amin...

nasib baiklah kemalangan ni berlaku siang hari..andai kata berlaku masa malam..macam mana keadaan mangsa tuh ye? ataupon takda sesiapa pon yang tahu yang dia dah jatuh ke curam..Astagfirullahalazim...mintak dielakkan...

bila dah ramai yang tolong ktorang meneruskan perjalanan..perjalanan ktorang masih jauh..tetiba abah petik nak pergi Nilai pulak..ohh oke, masa untuk perabeh kan duit pulak..haha..kopak la macam ni..tapi best jugak dah lama tak shopping kan..rambang mata aku di buatnya!-__-

dah puas shopping ktorang teruskan lagi perjalanan dan singgah di Putrajaya rumah saudara sebab dye ajak ktorang makan kat rumah dia..ohh takda masalah, sebab perut tengah lapar..rezeki jangan ditolak;)

dah selesai makan. ktorang berborak-borak dulu..yelah, takkan dah makan nak terus balik pulak kan?haish! kurang adab namanya tuh! hehe;P dah lama sikit baru ktorang gerak balik..masuk je kereta fae terus hanyut kepenatan+kekenyangan..hihi..tersedar bila dah sampai ke rumah dalam pukul 12 lebeyh...tak fikir panjang dah! sampai rumah je..0h bantal buchuk ku! i miss u..zzzZZZzzzz

nak tengok Samsung Galaxy S II ? jum usha kat SINI

::sekian:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, June 22, 2011

bersyukur dapat update blog pepagi buta lagi...

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat pagi..

Alhamdulillah..pepagi yang nyaman lagi best kalau tydo ni dapatlah fae update blog sesuka hati lagi..bukan apa kalau selalu macam susah plak nak update..keje yang banyak + bos ada lalu-lalang kat sini agak susah jugak fae nak concentrate..-_-

walaupon sekarang bos tengah duduk sebelah fae,fae tetap beranikan diri jugak nak menaip sepatah dua kata ala-ala macam cikgu bagi ucapan pepagi buta sebelum proses pembelajaran..wah! tetiba rindu masa sekolah dulu..tapi fae paling benci nak pergi beratur sebelum masuk kelas..huhu T-T

kadang-kadang fae rasa macam terabai la pulak blog ni..sebab dulu fae kemain lagi update laju-laju apa yang fae rasa nak cerita..tapi sekarang macam-macam halangan pulak..even now fae tau fae takde peminat pon nak baca apa yang fae celoteh prom pram prom pram kat cni..sobsob..:-(

tapi apa pon jadi fae tetap curi-curi masa jugak nak update serba sedikit..korang tak suka? baca jela eyh..hehe;P nway,thanx jugak kepada sesiapa yang rajin, selalu atau sentiasa singgah kat blog buruk fae ni..;) terima kasih sangat-sangat..fae hargai sangat-sangat!;)


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

destinasi seterusnya setelah berada di pahang..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

bila hati manyak syok baru senang hati maa nak story mory kat korang sambil makan buah epal! aww! terbantut semalam nak story kat korang..so hari ni fae continue balik story kat korang tujuan utama fae ke pahang walaupon still mata usha kiri kanan sampai naik juling takut bos sergah! -_-

oke, ni sambungan entry lepas..kalau tak baca, meh baca kat SINI dulu yer..;)) lepas ktorg semua bersiap-siap, da agak cun melecun la konon-kononnya..da puas pelok ciom dengan sepupu semua kitorg gerak ke tempat kenduri sepupu sebelah abah..yg fae tumpang tydo ni kat ruma sepupu sebelah mak..;)

eksaited youu nak pergi jumpa sepupu lagi..oke,yang ni plak kenduri sebelah lelaki..yang lelaki ni sepupu fae..dulu fae pernah story masa kenduri kat sebelah perempuan..untuk tengok muka fae comel lote jum kita tengok masa majlis akad nikah kat SINI dan Majlis Persandingan kat SINI..macam mane comel tak fae?err..sila lempang laju-laju!;P

masa sampai kat tempat kenduri sepupu fae tuh, orang ramai sangat kat dalam rumah sebab adik sepupu fae bertunang pada hari yang sama..jimat kos kan?;) masa org bincang kat dalam fae lepak kat luar je dulu tapi bila dah settle fae dengan sepantas kilat fae terus pergi kat adik sepupu fae yang bertunang tuh..tengok apa jadi-->

::: ni la sepupu fae yang bertunang tuh :::

:: bersama tunangnya ::

:: hantaran dari pihak perempuan ::

:: hantaran dari pihak lelaki ::

:: tak lama lagi dorang ni plak dok kat atas pelamin ::

dah dah..fae dah tak larat nak snap pic lagi..rehat sebentar sambil melantak..hehe..terus ajak mak dan yang lain-lain pergi makan dulu isi perut yang dah berkeroncong..hehe..bukan apa jup lagi nak tengok pengantin pulak! ;) masa yang di tunggu telah tiba..jeng jeng jeng



:: sebelum pengantin sampai..::

ni lah pengantin nya ::


::banyak ni je pic pengantin yang sempat fae snap..batery low!grr! ::

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, June 21, 2011

bergerak ke pahang pulak! menyeramkan! tegak bulu roma aku!

Assalamualaikum..
Selamat petang readers!

walaupon bos ade tapi jari fae tetap menggedik nak picit-picit keyboard..jari ligat menaip, otak berfikir , mata pulak duk menjeling kiri kanan kot kot tiba-tiba bos lalu ke..takpon bos sergah dari belakang! mesty fae melompat nak mampos kalau benda tuh betul-betul jadi..

maka, dengan langkah keselamatan fae letakkan segala document depan mata agar bos ingat fae taip document yang macam penting tapi sebenarnya takda pape pon..haa..*jangan ikut aksi ini di ofis anda!

act, fae nak story pasal hari jumaat lepas..bos suruh kitaorang balik awal..pukul 5..kira awal lah tuh daripada biasa kena balik pukul 5.30ptg..macam tau-tau je kan? sampai rumah je terus kemas baju..pergh! steady je kan..malam kang nak gerak petang baru kemas baju..dasar malas! ;P

da siap semua terus mandi dan siap-siap..pukul 8mlm  kitorang gerak..bukan fae yang drive..malam-malam fae tak nampak..heheh..disebabkan jalan jam abah ikut jalan kampung..aww! seramm kot! kalau pandang kiri nampak hutan, kalau pandang kanan pon nampak hutan jugak..serammm!

abah ada pesan " t sampai kat ***** (fae tak ingat apa nama tempat tuh), kalau nampak apa-apa tengok dan diam je.." erkk! terus cari kain nak selubung muka..sumpah penakut! a'ah! memang fae penakut pon! so standby la awal-awal kan? haha;P mulut pulak jangan kata la..terkumat kamit baca ayat kursi..

tapi Alhamdulillah..tade apa-apa pon yang berlaku.."benda" tuh tak sempat nak tayang muka atau body sekalipon..kalau ada pon memang fae yang pengsan dulu..haha..fae sampai kat rumah sepupu pukul 12..lewat kan..penat jangan kata la even fae duduk je..;)

ktorang makan nasi pulak pukul 2pagi..nice kan? da macam nak puasa pulak! borak-borak ngan sepupu semua, keluar lagi cerita pasal 'benda' tuh lagi..kat depan rumah dorang tuh ada rumah yang dah lama di tinggalkan kosong dekat 2 tahun jugaklah! dan dorang cerita pernah jumpa jugak..dah start serammmm...

tak cukup dengan tuh, bila dorang tengok fae buat-buat berani dorang cerita lagi..malam tuh fae tydo dalam bilik dengan sepupu..sekali makcik fae yakni  mak sepupu fae tuh cerita pulak yang dye pernah tydo bilik yang fae tydo tuh sorang-sorang sekali ade macam orang tarik selimut dye kat hujung kaki..grrr! menyirap! macam mana nak tydo..kuatkan semangat jugaklah!

weyh,fae berani lah weyh..sampai pagi tade pape jadi..<padahal dah selimut satu badan..haha;P> Alhamdulillah, takut jugak..ne tau tetiba dye berhajat nak kacau fae pulak ke kan? selamat la dia tak kacau..kalau tak memang seminggu fae demam..hehe;P


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 20, 2011

KL Gangster filem terbaik Syamsul Yusof!

Assalamualaikum..
Hello readers!

hari ni baru sempat nak update pepagi tanpa gangguan..act, keje tak banyak dan bos plak takda..so memang senang lenang la nak update sesuka hati..kalau hari-hari macam ni mesti best kan?-_-

oke,sekarang fae nak story kat korang movie yang fae tengok last week masa 'ngedate' kat boyfie..tapi masa yang tak mengizinkan..tak sempat la nak story kat korang..kitorang pergi tengok movie KL Gangster! filem yg diarahkan oleh Syamsul Yusof! memang terbaik! ;)

Filem ini dilakon oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Karya terbaru Syamsul bersama sepupunya, Rizal Ashraf dan Datuk Yusof Haslam ini menyelami hati dan kehidupan seorang samseng yang tersepit antara permasalahan keluarga dan dunia gangster.




Sinopsis Filem KL Gangster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…










 haa..korang kena tengok movie ni sebab :

  • filem ni filem aksi terbaik..tak nampak kaku, tak nampak mcm di buat-buat! memang nampak real.
  • filem ni hanya pertaruhkan hero-hero belaka! tapi still gempak!
  • susunan cerita yang baik..
  • walaupun ni filem aksi tapi kehadiran Zizan juga membuatkan penonton tak kering gusi
  • lakonan yang berbeza dari Syamsul Yusof dan Aaron Aziz
  • malas nak cerita banyak, memang rugi kalau korang tak tengok!
  • filem terbaik dari Syamsul Yusof..kutipan hari pertama 1juta..
  • dan sehingga ke hari ni kutipan dah mencecah 11juta..haa..hamek kau! gangster betul!


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

happy father's day abah!

Assalamualaikum..
Hello readers...


rasanya agak terlewat untuk fae post entry ni..tapi takpelah tetap nak post jugak..Happy Fathers Day untuk mereka yang dah bergelar bapa,ayah, papa, daddy dan lain-lain lagi..;)

untuk abah tersayang,

abah, selamat hari bapa..semoga hari-hari mendatang dilalui dengan lebih baik..terima kasih sebab jaga akak, ajar akak macam-macam..selalu marah akak kalau akak buat silap..selalu nasihat akak..akak sayang abah sangat-sangat..

akak tahu akak selalu degil..tak dengar cakap abah..akak buat ikut suka je..lama-lama akak dah sedar, apa yang akak buat tuh semua salah..makin lama makin akak sedar..abah marah sebab abah sayang..dulu akak ingat abah tak sayang akak..:-(

betapa besarnya pengorbanan abah..bila orang buat akak marah abah pujuk akak..bila akak sedih abah happy kan akak..dulu akak takut nak share prob dengan abah tapi rupa-rupanya abah adalah pendengar terbaik! bukan setakat mendengar tapi cukup pakej dengan nasihat! huhu-_-

abah, akak nak mintak maaf kat abah..dulu akak selalu lukakan hati abah..tapi makin lama makin akak sedar abah adalah abah yang terbaik..abah dah bagi segala-galanya untuk akak..terima kasih abah..dunia akhirat akak sayang abah


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, June 17, 2011

aww! aroma memukau !

Assalamualaikum..
Selamat petang..

p/s : ini entry gedix..tak sanggup jangan baca! 'amaran keras!' -_*

petang yang redup dan angin sepoi-sepoi bahasa membuat jiwa fae agak tenang untuk menaip setiap apa yang difikirkan kat kepala hotak ni..tapi keropok ikan tak sempat nak mkn sebab fae da bantai sampai habis sehingga tinggal serbuk-serbuk je kat dalam tupperware tuh..:)

lebih kurang 3 minggu tak dating dengan boyfie atas sebab-sebab tertentu, semalam my boyfie ajak merendek sambil tengok movie..;) gedik kemain la..sambil duk kat ofis mata asik beralih ke arah jam! hmm..lambat lagi ke boleh balik? nampak sgt gedix tuh da tahap melampau kan?haha;P

dapat je balik memang rasa nak lompat sambil berlari keriangan macam kanak-kanak nak dapat ice-cream! aww! kemain gedix lagi kau fae..fae juz tunggu dye kat satu tempat then tunggu dye datang untuk gerak sekali..

dalam 10 minit tunggu dye sampai..nasib baik tak lama..kemain lagi merenyam nye dapat jumpa boyfie..haha..then masa gerak dye bagi sumting dekat fae..oh dear! tak mintak apa-apa pon..tapi fae dapat perfume..;) thx dear! next tyme nak lagi yer..;P


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

pengalaman lalu mengajar erti hidup sebenar..

Assalamualaikum..
selamat petang..

setelah melayan selera perut yang kemain hebat lagi barulah fae kembali bersemangat..kerja yang meninggi macam klcc pun dah fae settlekan..yeah! boleh la berblogging sambil makan kopok lekor..;)

tadi fae makan dekat giant kota damansara sebab teringin nak makan mee kari..aww! kenyang! Alhamdulillah..hari ni lunch berdua je sebab yang lain cuti..;)

masa borak tadi ntah mcm mana terkeluar kisah lama..kisah suka dan duka masa muda-muda dulu..sekarang ni muda lagi lah! tapi segala pengalaman lepas yang mengajar fae erti hidup sebenar..jatuh bangun semua tanggung sendiri..-_-

fae pernah kehilangan kawan-kawan..fae pernah takda kawan perempuan dulu..fae pernah rasa disisihkan..taktau sebab ape..yaa..macam macam tanggapan buruk yang pernah fae terima dulu..fae susah takda siapa yang tolong..

start dari situ baru fae tahu, mana satu kawan dan mana satu lawan..mana satu kawan yang boleh fae sanjung..dalam kesusahan muncul sorang insan yang fae anggap kakak..memang masa tuh fae kenal masa fae kerja kat area damansara..

dari situ baru fae sedar siapa yang boleh dibuat kawan..segala suka duka fae semua dengan dia..bukan fae taktau ada orang mengata..fae tahu tapi semua tuh fae dah lali..sampai kadang-kadang fae terfikir..tak perlulah ada kawan ramai kalau takda sapa pun yang sudi susah dan senang bersama fae..

fae sedar diri..cari identiti sendiri dan fae tanamkan dalam jiwa "tak kisahlah takda sapa yang nak kawan dengan aku,yang penting aku dah bahagia hidup mcm ni" fae kuatkan semangat untuk terus hidup..fae taknak bila org taknak kawan kita rasa tak boleh hidup..

yea..kawan boleh dicari tapi kawan sejati sukar dicari..fae setuju dengan tu..bila kita susah takda sapa pandang..bila senang semua orang berada di sekeliling kita..fae dah lali dengan semua tu..semua pengalaman lepas dah mengajar fae agar lebih berhati-hati dalam berkawan..

satu nasihat fae, pilih lah kawan yang betul-betul boleh dianggap kawan..kawan sejati adalah mereka yang berada dalam keadaan kita susah dan senang, sedih atau gembira..jatuh bangun juga bersama..-_-

p/s : "belajarlah dari pengalaman kerana
pengalaman adalah guru terbaik"

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 16, 2011

kembali kan mood aku..

Assalamualaikum..
Selamat tengahari

terus terang fae cakap sekarang ni mood untuk berblog turun naik je..macam air laut ada pasang surutnya..kadang-kadang fae bersemangat tahap gila babeng tapi kadang-kadang rasa macam malas la pulak..T_T

mungkin salah satu sebabnya bila fae tengok atas meja, document tinggi menggunung yang buatkan mood fae betul-betul berubah sampai tiba-tiba rasa nak muntah hijau..hikhik..oh! bila lah kerja ni nak abis..sumpah da bosan..

takpelah, dah nak lunch jup lagi..fae try cari mood dulu lah yer..mana tau kejap lagi fae terjumpa putera raja terus tergedik-gedik nak update blog sampai tahap korang pulak yang hilang mood dgn fae..hikhik T_T

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

dia dah mewarnai hari-hari ku..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

hari ni fae betul-betul bz tahap tak ketahuan hala nak tuju..cuba jugak nak curi-curi masa tapi tak dapat..kalaulah masa boleh dicuri sesuka hati..memang fae alwiz update blog sampai hangpa semua naik cemuih tahap meluat nak baca lagi dah!T_T

sekarang ni dengan gumbira tahap boleh makan keropok ikan sambil taip entry, fae dengan segera menaip terkocoh-kacah tanpa melihat kiri dan kanan..nak balas dendam tak dapat post entry..;)

oke, back to the topic, bukan pasal boypren yang fae nak story mory..mesti ada yg pk macam tuh kan? act, fae nak story pasal adeq fae yang last..selain boypren, family fae jugak mewarnai hari-hari fae yg kadang-kadang duka hiba semualah..mereka buatkan fae rasa kuat nak menghadapi hidup..;)

oh ye! malas nak cerita banyak sebab hanya dengan melihat gambar yg fae tunjukkan ni buat fae tersenyum sorang-sorang!;) yeahh! sumber inspirasi dan penguat semangat! ;) walaupun tiap hari macam tak best je rasa..okelah..jum kita layan jup! ;)





amacam? geram tak?haha;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, June 15, 2011

PERANG BLOGGER


nak join klik SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

pengorbanan? sanggup tak korang untuk berkorban?

Assalamualaikum..
Hello readers! selamat petang..

setelah perut fae telah di isi barulah fae rasa semangat yang berkobar-kobar sambil mengibar-ngibar bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu Negaraku..oh Malaysia tanah airku..;)

bukan pasal Malaysia yang fae nak cerita ;) baru-baru ni fae baru habis khatam membaca sebuah novel yang berkisarkan pengorbanan seorang insan. Dengan tersipu-sipu malu fae nak mengolah sikit berkaitan dengan pengorbanan yang diolah didalam novel tersebut..

di dalam novel tersebut mengisahkan seorang insan yang diberi dugaan yang maha hebat, yang juga mungkin kita sebagai insan biasa tak mampu nak harunginya! adakah anda sanggup melaluinya jika anda berada dalam situasi berikut :


  • semasa lahir tiada bapa kerana ibubapanya sudah berpisah.
  • dibenci dan sering disisihkan oleh nenek,saudara dan sepupu kerana dianggap malang
  • semasa berkahwin dia tidak di terima sebagai menantu oleh ibu mertuanya
  • dimadukan dan ditinggalkan suami hanya untuk kepentingan orang lain

okelah, andai ini berlaku ke atas diri anda di dunia nyata ini,sanggupkah anda mengharunginya dan melakukan pengorbanan yang besar untuk kebahagiaan orang lain malah hati sendiri diabaikan? apa komen anda?


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, June 14, 2011

oh kelisa hitam! ini bukan jalan bapak kau!

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat pagi !

pagi ni fae berharapan tinggi nak update entry yang manis dan molek-molek belaka macam buah melaka..fae juga berharapan agar mood fae bertukar serta-merta menjadi lebih baik, tapi....

hot tahap menggila membuatkan mood fae tetap sama seperti petang semalam..al-kisah..petang semalam semasa on the way balik ke rumah, fae macam biasa kalau dapat balik rasa macam nak lompat tang tu jugak nak menunjukkan betapa happynya dapat balik rumah tapi tiba-tiba kelisa hitam telah men'spoil'kan mood fae dgn serta-merta tanpa memberi 'hint' yg ketara..-_-

fae berada di lane kiri dan tak semena-mena berhajat nak ke lane kanan kerana kereta hadapan bergerak dah mengalahkan siput je..grrr! sebagai pemandu berhemah, fae pun usha cermin pandang belakang untuk tengok sama ada selamatkah untuk fae beralih arah..oh ye, kelisa..kau jauh lagi..selamat ni..;)

maka dengan hati yang tulus ikhlas, fae pun memberi signal menandakan kereta ingin beralih arah..bila kereta dah masuk separuh badan ke lane kanan, dengan tak semena-mena kelisa hitam terus memecut laju tahap maksima seperti ingin mencium bontot kereta fae..

OMG! ape ke buta kau wahai kelisa hitam! aku da bagi signal kot! tolonglah jangan nak berlagak sgt! kedekut tak bagi aku  masuk lane ko..si kelisa memang marah sampai bagi lampu kat fae..ingatkan cukup sampai kat situ je tapi...

dengan bongkak tahap mintak pelempang si kelisa dengan beraninya menghimpit kereta fae pulak! haish! tunjuk taring nampak! korang bayangkanlah perangai si pemandu kelisa yang busuk macam sampah masyarakat! himpit, himpit dan terus menghimpit supaya dia boleh berada di hadapan kereta fae.."weyh, tak bataklah kalau nak potong aku balik pon! tapi tak payahlah nak himpit-himpit tunjuk kau macam hero jalanan!" fae terkejut jugaklah sampai terberhenti kereta sebab nak elak dari dye...

bila dye da berada di hadapan kereta fae, dia macam bangga pulak kan..bawak laju n terus break 'emergency' ! perghh! budget konon-konon nak bagi fae terlanggar kereta dye la pulakkan.."sorie la bro! aku tak b***h! yg b***h nya kau sebab berhenti kat tengah2 jalan! " lama jugaklah dye berhenti kat tengah jalan tuh konon-kononnya nak guide kereta fae lah! fae hanya mampu tgk mamat tuh yg konon-kononnya hebat! hebat lah sgt kannn...

korang bayangkanlah, jalan tuh adalah jalan utama dan kereta yg lalu kat situ semua laju-laju..yang dye plak boleh berhenti kat tengah-tengah jalan nak tunjuk kehebatan ! "Oh ya bro! aku tak langgar ckit pon kelisa kau tuh!" lepas kereta belakang dah 'hon' tahap menggila baru dye bergerak pantas..err..malu kot! fight dgn perempuan! tak malu!

dalam hati mengucap panjang..masih ada org berperangai gila kat atas jalan raya..syukur jugak sebab dapat mengelakkan kemalangan even hampir-hampir kemalangan..berserah je dan mintak dielakkan jumpa org gila macam si pemandu kelisa tuh lagi!
p/s : berhati-hati di jalan raya,
ingatlah org tersayang..;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

sekali sekala aku buang tebiat kat ofis apa salahnya kan?

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang!

saat menaip entry ni fae rasa mengantuk kemain lagi sampai rasa nak tertidur sambil buat muka senyum menghadap bos..<mengarut> mcm nak mintak pelempang dari bos je..muahaha;P esok terus fae tak dtg kerja bila dapat pelempang dari bos..-_-

tadi tengahari fae keluar lunch macam biasa..hari ni macam otak kematu takde idea nak makan kat mana, lepas tuh nafsu makan pun kurang tahap mendadak..memang tak salah lagi..ni semua buaya punya pasal..dah tanak salahkan org lain..nak salahkan buaya jugak! sobsobsob

ah! gasaklah..hari ni makan kat mana pon takpe..kau tunggu esok bila selera aku da naik tahap memuncak,dengan bos bos aku paw! <-- ini cakap dekat diri sendiri..korang tak perlu terasa hati yer..;) makan pon sikit jer tadi -_-

memang fae makan sikit je tadi..tapi kalau fae sendawa korang akan toleh sepuloh kali tanpa berhenti sampai korang rasa penat nak toleh-toleh sambil terpancul ayat "anak dara tak senonoh"..kuatnya bunyi sendawa macam melantak dari pagi sampai malam tanpa henti..-_-

kita ketepikan pasal sendawa..apa-apa pon fae kenyang jugak hari ni--Alhamdulillah..;) disebabkan rasa selera yg berkurangan ni lah yg membuatkan fae buang tebiat apabila masuk ofis...tetiba rasa mcm nak senyum sendiri..weyh,klu korang nak tau fae tak pernah buat cenggini kat ofis..segan doe..haha;) nak tau fae buat ape? --->

see..duk gedix syok sendiri..hoho..
buang tebiat sungguh harini..
fae tak pk org kiri kanan dah..
-_-

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)