♥ FOLLOWERS ♥

Monday, July 23, 2012

ubat menahan lapar dan mengantuk :)

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

hari ni hari ketiga kita berpuasa..hari ni jugak hari pertama puasa kat tempat keje..apa rasanya? tengahari je tengok jam mata kedip-kedip tapi tak boleh buat apa..selalunya bila dah tengahari mata tengok jam empatratuslimapuluhkali sebab boleh keluar makan..but now kena tahan perut -,-

bila dah tengahari dah taktau nak buat apa..pandang kiri pandang kanan semua lemau je hari ni..rasa nak balik pon ada..tapi nasib baik ada bawak bekalan..bukan bekalan makanan tapi bekalan menahan mata dari mengantuk..:) nasib baik fae ni peminat tegar novel maka adalah ubatnya menahan lapar dan dahaga ..;P


sambil bekerja sambil membaca..wah gituu! nak taknak terpaksa bertahan lah..semoga mendapat keberkatannya..kalau macam ni lah kan..agak-agaknya bole update belog tiap-tiap hari..nak hilangkan rasa bosan + lemau masa bekerja ni..

oh ya..sebelum terlupa..fae nak promote something ni..jika sesiapa berminat dengan Peanut Candy bolehlah pm fae dekat fb ya! :)


Peanut Candy
only RM 10
Packaging : Box of 20's

sesiapa berminat boleh pm fae dekat fb yea :)


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers 


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, July 17, 2012

godaan paling hebat ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

selamat tengahari semua  hope hari ni semuanya baik baik sahaja dan paling penting boleh lagi nak mengadap belog ini sambil bertiarap juga sambil membaca belog ini..berapa banyak sambil daa:P so hari mood taktau macam mana sebab tetiba je masuk ofis bukak belog dan terus update even semput-semput sampai tengahari ni dan bos ade kat sebelah fae ni je..selamber ! x_x

rasa mengantuk pun ada jugak padahal malam tadi dah tido awal dari biasa walaupun sebenarnya lewat jugak :P nak buat cemana godaan kuat sangat..banyak sebab yang membuatkan taknak tido awal..;) bukan godaan bantal tilam semua tuh..kalau itu dah lama tido awal..tapi persoalannya sekarang ada benda yang menggoda yang membuatkan fae rasa taknak tido..heee! :D apakah?


haa..nilah penggodanya yang membuatkan fae takmau tido..wuarghh! sapa kat sini juga berperangai seperti fae dan tak tahan godaan dengan novel? sila angkat tangan! *_x 

p/s :  ohh ya..nak beli buku tak payah bersesak dengan orang ramai lagi..hanya di hujung jari..layari MPHonline

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, July 15, 2012

hati rasa sayu ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


eh entah kenapa last week rasa tak best! sangat tak best..yeah mungkin mood tunggang langgang sikit kot..tapi yang pasti bila masuk ofis je terus mood tu dah lain macam..tak happy macam duduk kat rumah..memang lah sebab kat rumah, bila dah serabut bole terus tido dengan harapan bila bangun segala keserabutan tuh dah hilang -,-

ni memang penyakit eh bagi orang yang dah nak kahwin..dulu rasa macam selamber je lagi tapi makin lama makin dekat fae jadi stress pulak..adoi..tetiba rasa macam itu tak buat lagi ini tak buat lagi..bla..bla..bla..bla bla..

haa..tudia..payah no nak kawin nih..maaf maaf maaf sebab asyik story pasal nak kawin je..excited + takut mungkin..;) but now fae otw duk settle pasal borang permohonan semua tuh..ohh ya..HIV test dah settle..;) result non-reactive! :) eh, dah boleh kawin..hihi;P di samping tu jugak fae ade buat DIY projek..bila time rajin,rajin la buatnya tapi bila time malas dengan selamber badak fae bukak novel baca sampai telengtang tidoq..kihkih;P kejam~

bila duduk diam-diam terus terfikir..tak lama lagi dah kawin, mesti rindu dengan mak, rindu abah, rindu adik rindu semua..dah tua-tua nak manja-manja lagi dengan mak..nanti dah kawin mak takda kawan dah..nanti mak nak borak dengan sapa..fae anak sulong..adik perempuan kecik-kecik lagi..adoi..perasaan apakah ini?haih -_-

tapi rasanya nanti bila kawin confirm empatratuslimapulohkali sehari call mak mungkin..haha..hope lepas ni dapat biasakan diri dalam alam perkahwinan..bila dah besar dah ada tanggungjawab sendiri lagi-lagi bila dah kawin..think positive..even dah kawin takkan tak jumpa mak dah kan...;)

apa perasaan hari ni? berdebar berdebar dan tetap berdebar ..dupdapdupdapdupdap 

p/s :  ohh ya..nak beli buku tak payah bersesak dengan orang ramai lagi..hanya di hujung jari..layari MPHonline

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, July 12, 2012

Honey Soft Ice Cream ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

hari ni fae nak share dengan korang berkenaan dengan Honey Soft Ice Cream..mungkin jugak readers fae kat sini ada yang ingin membuat majlis-majlis keramaian seperti Majlis Hari Jadi, Majlis Perkahwinan atau Rumah Terbuka dan sebagainya..ini berita gembira untuk anda 

okey, fae kenalkan serba sedikit tentang HONEY SOFT ICE CREAM :

HONEY SOFT ICE CREAM  adalah satu perniagaan ais krim yang  mula beroperasi pada April 2010, melalui Rohani Baharudin Enterprise..Mereka menyertai upacara-upacara yang diadakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta..terus mengorak langkah dengan mengeluarkan ais krim sendiri, di bawah jenama Honey Soft Ice Cream..mereka juga menerima tempahan dan memberi sewa chocolate fountain kepada pelangan-pelanggan.

kepada mereka yang ingin membuat majlis keramaian dan ingin memeriahkan lagi majlis anda bolehlah menggunakan  khidmat mereka..pasti majlis anda bertambah meriah..mereka juga menerima tempahan aiskrim untuk majlis :
  • Majlis Hari Jadi (Dimeriahkan dengan Belon)
  • Majlis Perkahwinan
  • Hari Keluarga
  • Sukaneka
  • Rumah Terbuka
  • Majlis Pelancaran ( Sundae Khas untuk VIP)


kenapa perlu memilih mereka untuk majlis anda? kerana :
  • lain dari yang lain
  • nampak mahal tapi harga berpatutan untuk 1 kon ice cream.
  • mereka juga menyediakan chocolate fountain


p/s : ohh ya..mereka berasal dari Terengganu tapi jangan bimbang mereka boleh pusing satu Semenanjung..;)

untuk maklumat lanjut anda boleh terus berurusan dengan mereka melalui :


p/s : wah! teringin nak guna khidmat mereka untuk majlis fae nanti..heee:D 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, July 11, 2012

happy birthday ♥ thanks to Cha Chocolate & Cupcakes

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..



9 July 2012
tanggal 9 July adalah tarikh istimewa bagi incik tunang fae kerana tarikh ini tarikh dia dilahirkan..Selamat Hari Lahir bie..semoga panjang umur, murah rezeki dan tercapai semua yang dihajati dalam hidup..

dan tak lupa juga tarikh yang sama jugak tahun 2011 kami diikat dengan ikatan pertunangan..maka genaplah setahun kami bertunang..Alhamdulillah..hubungan ini still dipelihara dan Alhamdulillah fae sangat happy and bahagia dengan incik tunang 



9 July jatuh pada hari isnin so fae surprise dia masa hari Ahad hari tuh..surprise yang tak brapa nak jadi kot..dulu masa bufday dia fae just wish and bagi kad yang fae buat sendiri..;) but for this year fae buat kad and surprise rainbow almond cupcake deco Spain..;) EURO baru je lepas kan and incik tunang adalah penyokong setia team Spain..



haa..nilah Rainbow Almond Cupcakes yang fae surprise kan kat incik tunang tuh..nampak cantik kan?rasa dia?of course la sedap..:) haa..korang pon nak rasa macam ni jugak?nak surprisekan kat someone? jemput singgah page and belog Cha Chocolate & Cupcakes ♥ sumpah fae memang suka deco yang sangat kreatif and rasanya yang sedap! bukan setakat cupcake je tau..chocolate,cupcake, wedding cake n macam2 lagi ada..jemput singgah :




nota kaki : walaupon cupcakes tu untuk incik tunang tapi fae yang excited nak makan dulu..kihkih:P

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, July 10, 2012

mencari idea for hantaran ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


sungguh pagi ni rasa aman and tenang sebab kat luar tu nak hujan..alamatnya jap lagi confirm mata ni duk layu layuan..punggahh! hati pulak membuak-buak nak update belog ni..karang bersawanglah lagi nanti..before perasaan malas tu datang baik fae update lekas lekas..;)

ni cerita lama jugak, saja nak cerita supaya apa yang terjadi dalam hidup dapat fae abadikan kat dalam belog ni..last week fae pergi One Utama dengan incik tunang pergi cari barang hantaran..;) bila dah beli barang-barang nih hati dah rasa tak ketahuan..tetiba rasa 'eh, dah nak dekat kawin dah eh?' hati rasa dupdapdupdap je..

Alhamdulillah..ktorang dapat apa yang dicari..cuma tinggal bape je lagi yang belom complete..;) siyesly, barang dah cari tapi fae selamber badak tak hias bekas hantaran tu lagi..adoii..idea..tolonglah..ada gak kawan-kawan yang bagi blog and page untuk tengok contoh-contoh hiasan hantaran..cantik-cantik sampai taktau nak yang macam mana..x_x

fae suka buat sendiri sebab bagi fae tu satu kepuasan..fae akan cari and dapatkan apa yang fae nak..baru fae akan rasa puas sangat-sangat even tak cantik mana pon janji kepuasan tu ada..betul x?tu yang ingat untuk wedding nih fae nak try buat sendiri jugak..tapi still mintak pertolongan orang lain jugak..;) hope semua berjalan lancar n semoga semuanya dipermudahkan..amin..

p/s : jemput singgah blogshop fae AREEZA SHOP and fb page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, July 6, 2012

Mael Lambung punya pasal ! ;)

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


petang suda..yes! memang dah petang pon tapi macam dah free tu yang curi-curi update belog..bos dah balik..so kerja pon dah hampir siap maka bolehlah nak update belog nih! ciss! mengelat kejup:P sambil buat kerja sambil mengelat..macam tu pon bole?-,-

okey..semalam dah story pasal ni kan --> ENTRY INI n now fae nak story keesokkan harinya pulak..hari ahad fae keluar pulak dengan incik tunang..hari tu ktorang pergi One Utama..nak tengok movie punya pasal..tiket dah booked online..movie start pukul 3..

so dlm pukul dualebih baru gerak..aiyoo..dah terlambat sangat tau..dah la kena ambik incik tunang lagi sebab kete ade dekat fae..haaa..masa on the way tu sambil call incik tunang..dia pon macam senyap je..selalunya mesty dia dah call if fae tak sampai-sampai..

fae pon terus jelah drive pergi rumah dia..try call lagi pastu adik dia angkat rupanya incik tunang tertido..aiyooo..memang kelam kabut la dibuatnya..lima minit lagi pukul tiga..dari Kepong nak lari ke Damansara..suh incik tunang drive sebab dia lambat siap <-- kena denda! x_x

so sendiri pikir la ye if incik tunang drive..jangtungkudiluar..rasa nak terkeluar segala isi perut..punyalah merempit bagai..heee! diam jela duk sebelah tuh..buat gaya macho acah-acah tak takut..fuh! nasib baik selamat..-,-

dah sampai tuh nasib baik lah parking terus dapat..faham-fahamlah kat OU tuh..nak cari parking saja nak sejam..tula paling malas bila fae kena drive pergi OU..tak suka betul tau! dah sampai fae g beli makanan jap then terus masuk cinema..nasib baik sempat! yeaaaaaah! rasa nak marah jugak bila movie dah start tapi nasib baik belom start..<--berapa banyak sangat 'nasib baik' daaa..-,-


lupa nak bagitau yang harituh ktorang tengok movie Mael Lambung..ade Zizan ade Juliana Evans..kemain lagi..suka betul fae nengoknyaaaa..cerita boleh tahan..bila ada Zizan part kelakar tuh dah tentu2 ada kan..tu yang tak buat kering gusi..untuk filem ni bagi 3/5 la..;)

p/s : AREEZA SHOP ada buat CLEARANCE SALE --> jemput singgah SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, July 4, 2012

bermesra bersama mereka ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

cukup dua minggu kot tak update, kali ni memang salah sendiri..asal nak update je penyakit M datang..maka belog terbengkalai seminggu..maafkan saya! <-- bak kata Johan  lepas tu pulak di tambah dengan ke"bz"an teramat pasal kerja,pasal itu la ini laa and last belog jadi mangsa keadaan..kesian -_-

okey, let's start about last 2 weeks..heee! :) macam banyak je benda nak story kan? tak saba?jangan la cenggitu..malu i tauu! :P takdelah nak story hebat mana sangat..dua minggu lepas even macam dah lapuk tapi tetap nak story jugak..-_-

dua minggu lepas, fae pergi Nilai 3 dengan bakal family a.k.a family incik tunang..fae join dengan dorang without incik tunang..haaa...dah bape time macam nih, hey, fae tak malu tak segan heh <-- belagak! tapi sebenarnya siyesly memang agak segan even dah biasa dengan dorang..haaa..achaner tuh?

ktorang pergi hari Sabtu means hari tu incik tunang kerja..then ktorang pergi pagi pulak kot..haa..pandai-pandai la bawak diri yea..tapi okey je..family dorang memang sporting kot! :) pergi dari pagi sampai petang tau..haa..penat kaki berjalan tapi puas..

cuaca kat sana terlampau la panas..rasa nak jalan sambil bawak aircond..eh boleh ke macam tuh? siyes panas giler tapi tetap kentalkan hati sebab nak beli barang untuk wedding nanti..and dat time fae sempat jugak beli barang for DIY project for my wedding..nak tau ape?meh datang lah..;)

rasa macam tak pecaya je..eh dah nak kawin?tak pecaya! tak pecaya! macam rasa umur 15tahun je..heee! muda sgt tuh..tak beragak kamu fae! heee! pejam celik pejam celik dah nak dekat dah date..preparation macam tunggang langgang lagi..;( cuba menghilangkan segala penyakit terutamanya penyakit 'M' ..chaiyok2 fae..;)


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)