♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, June 14, 2011

oh kelisa hitam! ini bukan jalan bapak kau!

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat pagi !

pagi ni fae berharapan tinggi nak update entry yang manis dan molek-molek belaka macam buah melaka..fae juga berharapan agar mood fae bertukar serta-merta menjadi lebih baik, tapi....

hot tahap menggila membuatkan mood fae tetap sama seperti petang semalam..al-kisah..petang semalam semasa on the way balik ke rumah, fae macam biasa kalau dapat balik rasa macam nak lompat tang tu jugak nak menunjukkan betapa happynya dapat balik rumah tapi tiba-tiba kelisa hitam telah men'spoil'kan mood fae dgn serta-merta tanpa memberi 'hint' yg ketara..-_-

fae berada di lane kiri dan tak semena-mena berhajat nak ke lane kanan kerana kereta hadapan bergerak dah mengalahkan siput je..grrr! sebagai pemandu berhemah, fae pun usha cermin pandang belakang untuk tengok sama ada selamatkah untuk fae beralih arah..oh ye, kelisa..kau jauh lagi..selamat ni..;)

maka dengan hati yang tulus ikhlas, fae pun memberi signal menandakan kereta ingin beralih arah..bila kereta dah masuk separuh badan ke lane kanan, dengan tak semena-mena kelisa hitam terus memecut laju tahap maksima seperti ingin mencium bontot kereta fae..

OMG! ape ke buta kau wahai kelisa hitam! aku da bagi signal kot! tolonglah jangan nak berlagak sgt! kedekut tak bagi aku  masuk lane ko..si kelisa memang marah sampai bagi lampu kat fae..ingatkan cukup sampai kat situ je tapi...

dengan bongkak tahap mintak pelempang si kelisa dengan beraninya menghimpit kereta fae pulak! haish! tunjuk taring nampak! korang bayangkanlah perangai si pemandu kelisa yang busuk macam sampah masyarakat! himpit, himpit dan terus menghimpit supaya dia boleh berada di hadapan kereta fae.."weyh, tak bataklah kalau nak potong aku balik pon! tapi tak payahlah nak himpit-himpit tunjuk kau macam hero jalanan!" fae terkejut jugaklah sampai terberhenti kereta sebab nak elak dari dye...

bila dye da berada di hadapan kereta fae, dia macam bangga pulak kan..bawak laju n terus break 'emergency' ! perghh! budget konon-konon nak bagi fae terlanggar kereta dye la pulakkan.."sorie la bro! aku tak b***h! yg b***h nya kau sebab berhenti kat tengah2 jalan! " lama jugaklah dye berhenti kat tengah jalan tuh konon-kononnya nak guide kereta fae lah! fae hanya mampu tgk mamat tuh yg konon-kononnya hebat! hebat lah sgt kannn...

korang bayangkanlah, jalan tuh adalah jalan utama dan kereta yg lalu kat situ semua laju-laju..yang dye plak boleh berhenti kat tengah-tengah jalan nak tunjuk kehebatan ! "Oh ya bro! aku tak langgar ckit pon kelisa kau tuh!" lepas kereta belakang dah 'hon' tahap menggila baru dye bergerak pantas..err..malu kot! fight dgn perempuan! tak malu!

dalam hati mengucap panjang..masih ada org berperangai gila kat atas jalan raya..syukur jugak sebab dapat mengelakkan kemalangan even hampir-hampir kemalangan..berserah je dan mintak dielakkan jumpa org gila macam si pemandu kelisa tuh lagi!
p/s : berhati-hati di jalan raya,
ingatlah org tersayang..;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

10 0 org komen:

Dhea Ahmad said...

geram kan, kadang-kadang kita punyalah berhemah bawak kereta... tp org lain pulak spoilkan segalanya....huhuhuhu

arituarini said...

slah tekan loceng mamat tu...jumpa lg nnt..fae bg pngajaran blik... kih kih

kemboja said...

dia nak merompak kot.. bayangkan kalau awak berenti juga mesti dia dah gi rompak awak.. hehe hati2 yer next time..

fae jamal said...

nadia ar-rumaisha : betul2..sakit aty sgt2..tambah2 bila tgk perempuan yg drive..huhu

fae jamal said...

arulchelsea : hehehe...berdoa jumpe lagi sebab nak tgk mmt yg berlagak..hehhe

fae jamal said...

kemboja : fae tak rasa dye nak rompak sebab kat situ ramai org..mybe nak bls dendam kat fae kot sebab da amik jalan dye..

el_Finito said...

dia nak ngurat tu. ekekek.

fae jamal said...

el-finito : nak ngurat?haha..tade maknenye...

Kei Seichi said...

bako je kete die..haha..

fae jamal said...

kei : ikut aty memang nak bako je..haha