♥ FOLLOWERS ♥

Monday, June 20, 2011

KL Gangster filem terbaik Syamsul Yusof!

Assalamualaikum..
Hello readers!

hari ni baru sempat nak update pepagi tanpa gangguan..act, keje tak banyak dan bos plak takda..so memang senang lenang la nak update sesuka hati..kalau hari-hari macam ni mesti best kan?-_-

oke,sekarang fae nak story kat korang movie yang fae tengok last week masa 'ngedate' kat boyfie..tapi masa yang tak mengizinkan..tak sempat la nak story kat korang..kitorang pergi tengok movie KL Gangster! filem yg diarahkan oleh Syamsul Yusof! memang terbaik! ;)

Filem ini dilakon oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Karya terbaru Syamsul bersama sepupunya, Rizal Ashraf dan Datuk Yusof Haslam ini menyelami hati dan kehidupan seorang samseng yang tersepit antara permasalahan keluarga dan dunia gangster.




Sinopsis Filem KL Gangster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…










 haa..korang kena tengok movie ni sebab :

  • filem ni filem aksi terbaik..tak nampak kaku, tak nampak mcm di buat-buat! memang nampak real.
  • filem ni hanya pertaruhkan hero-hero belaka! tapi still gempak!
  • susunan cerita yang baik..
  • walaupun ni filem aksi tapi kehadiran Zizan juga membuatkan penonton tak kering gusi
  • lakonan yang berbeza dari Syamsul Yusof dan Aaron Aziz
  • malas nak cerita banyak, memang rugi kalau korang tak tengok!
  • filem terbaik dari Syamsul Yusof..kutipan hari pertama 1juta..
  • dan sehingga ke hari ni kutipan dah mencecah 11juta..haa..hamek kau! gangster betul!


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

8 0 org komen:

NisaAdnan said...

sume ckp best ni, nak tgk la nnt ^^

fae jamal said...

NisaAdnan : memang best sgt! wajib tgk! kalau dah tgk mesty nak tgk lagi..hehe;P

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

dah tgk! hehe~

HAZIRAH SULAIMAN said...

yup, kehadiran zizan buad penonton tak kering gusi. cerita ni mmg best. tak rugi tgk. hee. mse part zizan, sumpah best. hee.

hafizah alias said...

lepas bace entry awk, mmg sy nak g tgk KL GANGSTER tuu. heee. thankss for sharing :)

fae jamal said...

khumaera : besh kan?;)

fae jamal said...

hazirah : aah part zizan memang besh..lawak gila kan..haha

fae jamal said...

hafizah : ur welcome..awk kena tgk..tak tipu..memang best!;)