♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, November 13, 2012

isteri mithali katanyeee

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

panas betul cuaca hari ni. Alhamdulillah. kering jugak baju yang fae sidai pagi tadi. cemana tau? padahal tengah keje ni. ala, tak payah pening kepala tempat keje dengan rumah 5minit je kot. pedehal. tengahari lapar balik rumah. leh cenggitu?muahaha x_-

ahad lepas fae balik kampung, tu yang baju meninbun tu. dah balik kampung terus tido rumah mak mertua sampai semalam. haa. baru betul-betul cuti namanya tu. hihi. pagi tadi asben keje bangun awal-awal terus pegi cuci baju. bukan cuci tangan. mesin yang cucinye punn. hehe=p ada gak certain baju yang cuci tangan. hah merasa. tu tade baju orang lain. fae punya baju jugak. haih.

hari ni dah start keje. esok cuti balik. apeke malasnya nak keje tau. rasa nak cuti direct sampai weekend. hah. lagi hebak kan. masa hari isnin ritu, duduk rumah mak mertua. sorang-sorang pulak tu sebab semua keje. hah merasa. tapi takpe. satu hari makan, tido, tengok tv. tade sapa nak layan den. tapi tapi wa layan cerita Adam&Hawa episod sebelumsebelum ni sebab wa memang lembab sikit. haha. sebab wa sebelum ni memang tak layan. wa layann novel je punn..=p

walaupun satu hari layan cerita tu tetap tak boleh kejar sampai episod sekarang ni. dah 40++ episod kan? nanti la balik ruma mak mertua baru layan balik. nasib baik adik ipar fae ade record. petang tu baru mak mertua balik dari keje. adik ipar pulak balik lewat sikit, asben pulak lagi lah lambat. hari tu dia balik 5.30pagi tau. haa..fae pun tak tido duk tunggu dia sambil layan cerita Adam&Hawa. ;)

pukul 6pagi makan nasi. rileks. muahaha;P perut lapar kemain. mak mertua suruh makan dulu tapi degil sebab nak tunggu incik asben. tak sangka dia balik pukul 5.30pagi. haa. mendapat. nampak tak ciri-ciri isteri mithali disitu?=p (perasan tau kau ni fae) 

haha. takpela. memang sejak azali. eh tipu je. memang sejak zaman couple/tunang dulu fae selalu tunggu incik asben balik keje walaupun rumah lain-lain ye. jangan salah faham pulak. dulu dia balik rumah sendiri n now balik kat kepangkuan kita. kalau dia tak balik lagi memang gelisah tak sudah la kan. nasihat untuk semua isteri-isteri diluar sana : jadilah isteri mithali seperti fae. muahahaha;P larikkkk=p



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, November 9, 2012

celebrate birthday BIL

Assalamualaikum
Hello peeps and readers  

dah ku bilang, bila diriku rajin maka ada la entry yang nak di update. harap rasa rajin ni kekal sampai bila-bila, insya Allah.bila tahap kebosanan melanda mula la gatal tangan kan. baru terhegeh-hegeh update. sumpah. dah lama tak blogwalking. baru sempat jenguk dua tiga belog je tadi. nak ambil mood balik katenyee=p

tengah hujan pulak sambil dengar lagu jiwang, fuh, teringat terus zaman zaman bercinta dulu. ewah. macam best je nak karang benda jiwang-jiwang. boleh gitu?=p masa asben belum balik keje ni sempatlah kot nak beri sepatah dua kata. muahaha;P

eh tak jadilah nak story about jiwang-jiwang nih. haha. actually nak story pasal benda lain. dah lama rasanya tak bersosial. oh my. ayat macam kurang sedap kan? bukan bersosial tak tentu pasal tau. ni sesi merapatkan silaturrahim sesama family tau ;) 

last week, yea, last week tau. dah makan minggu baru terkedek-kedek nak update. hehe. ok sambung, fae dengan asben with his family celebrate birthday abg ipar dekat Pizza Hut Wangsa Maju. amboi, kemain jauh lagi celebrate tu. at the same day, fae baru balik dari kampung. singgah rumah mak mertua dulu then petang baru pergi sana ;)

ktorang adalah yang paling lambat coz fae bawak adik bongsu kesayangan. kebetulan dia tido so taknak kejutkan lagi takut bila bangun dia mengamuk sebab tak cukup tido pulak. maka kami (macam berikrar pulak =p) menunggu dan terus menunggu sehingga tuan puteri bangun dari tido. nasib baik mood dia baik masa bangun tido, (tapi tak sangat la) terus kitorang siap-siap then gerak sana.

oh ya, ni birthday abg mael yang ke-31 ;) happy birthday abg mael even dah lama lepas. hee ;) so now dah penat membebel fae persilakan kita layan dulu pic pic masa hari tu ok. :)













ok sekian. semua orang yang terlibat sudah tertera di atas. hope uolls enjoy tgk pic ni ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, November 7, 2012

cinta terindah

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

ini adalah entry kedua fae pada hari ini. nampak tak kegianannya bila dah lama tak update belog. silap hari bulan lepas ni ada lagi dua tiga entry yang menyusul. ewah! tipu je tuu =p hampir dua bulan jugak fae menjadi seorang isteri. banyak dah yang fae belajar untuk menjadi isteri yang solehah. Insya Allah ;)

Alhamdulillah syukur pada yang Esa kerana diberi peluang untuk fae dapat apa yang fae miliki pada hari ni. keluarga yang penuh kasih sayang, yang happy,kawan-kawan yang banyak beri sokongan dan tunjuk ajar dan dikurniakan seorang suami yang sangat memahami. rasa tak terbalas semua tu tau ;)

berbalik kepada perubahan hidup fae. hidup berdua memang berbeza. sangat berbeza, kita harus lebih mengenali pasangan. dulu masa bercinta kita tau sikit je tau. tapi bila dah kawin hidup berdua kita akan tahu siapa suami kita sebenarnya. dengar macm scary pulak kan? haha. Alhamdulillah buat masa ni suami fae tersangatlah memahami. tersangat. syukur.

ternyata hidup berdua memang berbeza bila kita dah berkongsi bilik, berkongsi katil, berebut selimut, berebut bantal peluk. haha. memang kelakar dan yang paling tak best bila dua-dua dah sedap landing atas katil, masing-masing malas nak tutup lampu lagi dah. agak-agak sapa yang jadi mangsa?=p takpe fae nak kutip pahala. haha

cabaran terbesar hidup berdua adalah berkenaan hati dan perasaan. betul tak? masa ni la kita betul-betul kena jaga hati, faham dia dan sampai kadang-kadang kita sendiri tak paham. kenapa begitu? kenapa begini ?semuanya kita kena belajar cara nak atasi semua tu. hebatkan cabaran dia.

bagi fae, selagi mampu fae nak jaga hati dia, jadi yang terbaik untuk dia, pujuk dan settle kalau ada apa-apa masalah. ini menguatkan hubungan kita lagi tau. dulu bercinta sebelum kawin and now kenalah bercinta selepas kawin. ;) Alhamdulillah jodoh kami kuat sehingga ke hari ni dan harap hingga ke akhir hayat kami.


dalam dunia ni tiada yang sempurna tapi kita harus belajar untuk jadi yang sempurna ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)