♥ FOLLOWERS ♥

Monday, August 8, 2011

sedap sungguh tido sampai terlambat pergi kerja

Assalamualaikum..
Hello readers...


tak tau pasai apa dua tiga hari ni cuaca panas betul..sumpah tak tahan! lemah je rasa..tekak kering jangan kata la kan..dpt plak minum oren jus! pergh! terbaik dari ladang la kann;) sambil menatap pic di atas..wuarghh! kejam pada diri sendiri..

semalam fae cuti sebab nak bawak adik fae yang kecik pergi check up..sebab tu semalam tade satu pon entry yang melintas kat dashboard korang..maka dengan ini fae akan buat korang marah tengok entry fae bersepah kat dashboard korang..nak pahala free secara haram..wakaka;P gurau je

semalam pergi check up adik kat KK Sungai Buloh pukul dua petang..dah settle semua dalam pukul tiga setengah dah settle terus mak ajak pergi Sg. Buloh jup cuci mata jalan-jalan..layankan jelah..cuaca plak panas rasa macam nak pengsan pon ade..

masa kat Sg.Buloh tu fae pergi cari kain untuk buat baju raya..dah beli kain terus pergi bazar cuci mata..wuargh! tergugat iman jugak weyh..tengok air yang sejuk bagai nak rak..tengok plak adik minum..grrr! rasa nak rampas je dari tangan dia tuh..saba saba hilang pahala puasa karang..

cepat-cepat je ajak mak balik dan ktorang terus pergi tempah baju untuk raya nanti..takut tak sempat kang menangis pulak pagi raya..sobsob..penat! penat! sampai je rumah terus terbongkang tak ingat dunia..terus rasa lembik je badan..huhu

masa yang di tunggu telah tiba..buka puasa weyh, nak air! nak air je! haus sangat..semalam mak masak sup ketam! wow! terbaik lah! melantak tak tengok kiri kanan dah..keji betul..^-^


lepas buka puasa, solat then terlentang atas katil..letih sangat badan ni rasa nak demam pulak..tido awal kemain lagi..nampak letih benor..bangun sahur pon macam tak larat sangat..makan pon tak byk..terus sambung tydo..zzzzZZZzzzz

sekali terjaga pukul lapan setengah..amik weyh..dah lambat nak pergi kerja..apa jadah nya sampai tak terjaga langsung..wuargh! ligat-ligat bangun mandi dan bersiap! tak pernah-pernah macam ni..padan muka kau fae! kelam kabut di buatnya..nasib baik sampai ofis tak lewat sangat..hadoi! nasib baik bos tak marah..sobsob..

p/s :
  • jum rebut RM 10,000 dengan segera di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, August 7, 2011

jalan-jalan..dah lama tak dera kaki..

Assalamualaikum
Hello readers..

hari ni sengaja bersengkang mata supaya dapat update belog yang dah ditinggalkan seharian..walaupon lenguh kaki tak hilang lagi,semangat pulak nak update..hati busuk dah berkata "baik pergi tido atas tilam empuk sekarang lagi best" grr!syuhh!

kaki lenguh,sakit dan melecet bukan sebab buat-buat sakit tapi hari ni fae bersama family my fiance yakni bakal family fae juga, keluar pergi makan-makan! haipp! bulan puasa ni! ops! tetipu jup..ktorang pergi shopping persiapan untuk hari raya nanti..;)

sebab apa sampai sakit kaki, sebabnya bila dah ramai-ramai ni langkah terbaik adalah menggunakan LRT..cepat dan tangkas bukan..ngehngeh..berjalan macam ni baru rasa nikmat puasa, haus tak ingat..letih jangan kata la tapi sumpah best!;)




ni masa ktorg tengah tggu lrt..sempat lagi nak pose..fae dengan fiance dah lama kot tak naik lrt..kalau pergi sendiri sumpah sesat..dat y muka ktorang excited kemain..haha;) tapi bila pergi ramai-ramai ni memang best sangat..rasa penat pon boleh hilang ;)




tambah best lagi bila ada c comel pija ni..pija ni anak akak fiance fae yakni bakal anak buah fae..muahaha;P best jugak layan dia, dia pon tak meragam macam syok je dapat berjalan..hehe;) best kalau pergi mana-mana bawak baby yang tak kuat meragam kan..-_-


sempat lagi ktorang posing masa tengah best-best dera kaki..selamber je tengah panas tuh tapi angin kuat woo..tak la rasa panas sangat..aktiviti diteruskan dengan shopping ,shopping n shopping..;) fae? nak tengok apa je fae buat bila dah letih?



cari port untuk duduk la sementara tunggu yang lain-lain shopping..penat ouh..kalau boleh tydo,dah lama tydo kat situ..haha..lepas dah abis shopping ktorang ke Hospital Ampang pulak, pergi melawat anak abg my fiance yang baru lahir..comel..baby boy..tahniah abg wan! ;) yeay,dapat nak buah baru..hehe;P


comel kan? lepas dah puas tengok baby ktorang terus gerak balik untuk cari tempat buka puasa pulak..fuh! bila dah dapat air memang bantai berkilo-kilo la air..baru puas..balas dendam kehausan..hehe..apa-apa pon memang enjoy la hari ni..;)



p/s :

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Saturday, August 6, 2011

gelagat baby masa kini..

Assalamualaikum..
Hello readers..
p/s : entry ni nak tempek pic baby je..;)

even mata dah tak mampu nak bukak sampai tahap fae letak batang mancis pon boleh patah tapi jari manis masih  sudi memberi khidmat yang terbaik sebelum dapat membongkang dengan gaya paling hebat..haha..hamek kau ape aku merapu nih..;P



ni anak sapa?haa..perhatian kepada semua ye..ini adalah anak bongsu kepada En. Jamal iaitu abah fae dan bermaksud baby ni adalah adik fae yang bongsu..;)

jangan korang kata ini anak fae pulak ye sebab kadang-kadang bila keluar mana-mana fae akan dukung dia then orang akan tegur dan tanya "ini anak ke?" ..terkedu kejap..dengan malu-malu kucing parsi fae jawab "err..bukan..adik saya..;)" muka fae dah macam muka 'mak-mak' ke?haish!x_x

mana la orang tak kata adik fae ni macam anak fae..tatkala usia mencecah 22tahun mencecah dewasa dengan tiba-tiba dapat pulak adik lagi..oke takpe..fae suka baby..tapi hati paling dalam sanubari mula berkata sendiri "sekarang umur aku 22tahun..then dapat adik..cemana bila adik aku pulak berumur 22tahun..aku??" fullstop!gilalah! dah!dah! tamo pikir..tak boleh terima kenyataan bila dah tak muda lagi nnti..huhu-_-

lagipon dengan adik yang last ni fae memang betul-betul rapat dengan dia..dari masa mak pregnant dulu,fae yang bawak mak pergi check up, bila dah nak bersalin fae jugak yang bawak mak pergi hospital..abah?jangan korang cakap abah tak amik kisah tapi abah kerja..outstation dan mak kat sini bergantung harap dengan fae..bukan nak bangga diri tapi rasa dah berbakti pada nusa dan bangsa dengan mak ngan abah! ;)

bila masa mula-mula lahir dulu kemain eksaited lagi fae..ce korang tengok pic norfarishawani <click>masa lahir dulu..;) dia pulak memang mesra alam yang menjadi hobinya senyum kat orang tak ketahuan hala..;) 


sekarang dia dah masuk 8bulan..maka dengan ini anggota badannya mula berfungsi dengan baik membuatkannya bertambah ligat dan nakal..kadang-kadang pandai pulak nak merajuknya..haish! penampo karang! dia sekarang dah pandai menyulur kehulur kehilir macam dia dah pandai berjalan..  -_-

paling besh tempat yang dia akan tuju adalah bilik paling kemas milik fae..muahaha;P taktau apa yang dia suka sangat sampaikan satu tahap bila fae dah bengang, setiap kali masuk bilik fae akan tutup pintu rapat-rapat supaya dia tak boleh masuk..kejam kan?hikhik;P

dia macam tau-tau je fae ade kat dalam bilik..padahal dah tutup pintu rapat-rapat pon supaya dia tak nampak fae..tapi korang tau ape dia buat bila dia nak masuk juga bilik fae..dengan tangan kecik dia, dia akan ketuk 'pumpangpumpang' macam bergendang dgn harapan fae akan bukak pintu..grrr!

biasalah,bila dah bising kita akan bukak jugak kan pintu tuh..bila bukak je pintu, dia terus menyulur masuk gaya  macam singa laut merangkak..pantas! suka kemain lagi dia bila dah berjaya masuk bilik fae..tengok apa dia buat kat fae :


siap jelir lidah lagi weyh..budak-budak zaman sekarang ni kemain lagi kan..cepuk kang baru tau..geram betul di buatnya..tapi cemana pon fae memang syg kot kat dia..penyeri ktorang satu family..;)

p/s :
  • pakaian Trudy & Teddy  <click> adalah pakaian yang paling selesa untuk baby sehingga berumur 4 tahun..untuk maklumat lanjut sila lihat di SINI





terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)