♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, September 4, 2013

pengalaman bersalin

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

hye semua. masih ingatkah anda kepada fae, seorang yang comel lote itu? *perasan* agaknya semua dah lupa kot. kalau di ikutkan dah duabulan lebih kot tinggal bersawang belog ni. tetiba fae rasa macam kelu jari nak menaip disebabkan dah lama tak menaip entry. tak tau nak starting menaip cemana. boleh gitu?

Alhamdulillah, dimasa yang terluang disebabkan baby tengah tidur tu, sempat la fae nak menaip sepatah dua kata, ececeh, nak share pengalaman bersalin sebulan yang lepas. sekarang dah habis pantang pun. Alhamdulillah fae dah selamat lahirkan baby girl. hari ni dah hari ke-47. baru sempat nak menaip 'kisah' itu. 

ok fine. baby terjaga. *ibu, nak susu, please!* 

*********************************************************************************
ok. let's start now.

19 July 2013
today is due date. masa ni macam takda apa-apa pun. semalam 18/7 adalah checkup terakhir then nurse bagi date lagi seminggu in case fae tak bersalin esoknya. means hari jumaat minggu berikutnya. if tak bersalin jugak dari tempoh yang nurse bagi, nak tak nak fae kena serah diri kat hospital jugak. setiap hari n masa fae duk tunggu tanda-tanda nak bersalin. kemain excited. hari ni macam pasrah je sebab still takda tanda-tanda nak bersalin. dalam hati dok pikir, "oh maybe baby syok kot dok kat dalam perut nih. ok fine! " then dalam pukul 4 macam tu fae mandi. tetiba datang rasa dan semangat nak kemas bilik. tetiba terfikir, "eh nak kemas bilik la nanti bersalin takda sape yang nak kemaskan pulak " ok ambik penyapu n penyodok kemaslah bilik fae tu. mood feeling happy. dunno why. macam terlebih excited je then dengan tetiba je rasa macam something. *pergi check* oh my. macam dah turun tanda je. lendir berserta darah. sumpah time tu macam terkejut tak tau pape. it's my 1st experience. macam ke ni tanda nak bersalin. terus cari mak, then bagitau mak n atok (nenek perempuan) n dorang cakap ya,da turun tanda tu. fae? tengah happy. sebab tak sakit lagi. then masa tu fikir nak tengok baby sendiri je. kebetulan abah ada. abah suruh siap-siap nak pegi hospital. hubby pulak keje. terus call dia. dia macam blur sikit sebab maybe percaya tak percaya je time tu. simple word. tak sangka. padahal everyday menjelang due date dia akan call and tanya " tak sakit lagi ke? dah turun tanda? " tersangat excited. then bila benda tu betul-betul jadi terus jadi blur. dah story bla bla bla dengan hubby then suruh dia terus ke hospital je. tak lama lepas tu dia call balik tanya. ok fine mmg betul-betul tak percaya. tak sempat abah bawak pergi hospital berdesup hubby sampai. haha.

*Hospital Sg Buloh, Selangor
pergi register kat kaunter bersama mak and hubby. tak lama lepas tu mak kena balik. bulan puasa. tak da sapa yang nak masak untuk berbuka nanti. adik-adik semua kat rumah. ok. fae pulak dah dibawa masuk untuk doc check apa bagai semua tuh. hubby pulak, tinggal la dia sensorang tu kat luar. fae pulak masa tu nurse check jantung baby. doc check apa yang patut. bukaan masih 1cm. lepas je doc check terus pecah ketuban. kalau ikutkan setakat 1cm memang kena hambat balik rumah je. tapi bila ketuban dah pecah terus kena tahan sebab takut baby lemas. fae pulak, terus keluar ke bahagian menunggu mencari hubby. Alhamdulillah. dia masih disitu, beli makanan untuk fae. *terharu* masih setia menunggu. malam tu dah start rasa contraction sikit-sikit. malam tu fae tak dimasukkan ke ward lagi sebab ward full. so malam tu, fae dan beberapa yang lain nurse tumpangkan tidur di labour room. sungguh. perasan tu makin tak menentu.

20 July 2013
pukul 4pagi nurse kejutkan untuk check jantung baby n tekanan darah fae. lepas tu boleh tidur. call hubby. dia cakap dia tidur dalam kereta. *terharu lagi* kesian. ingatkan dia tidur kat rumah. lepas tu dia keluar dan pergi ke ruang menunggu temankan fae. taknak masuk dalam sebab hati makin celaru. mulut terkomat-kamit baca itu ini. contraction makin kerap. pagi tu doc check lagi. bukaan masih 1cm. tapi doc pesan if air ketuban jadi color hijau cepat-cepat inform. takut baby dah tertelan taik. Alhamdulillah. masih ok lagi. setiap masa duduk dengan hubby. sekarang still boleh keluar masuk lagi disebabkan masih belum ada kosong di ward. so untuk hilangkan kebosanan dan kesakitan disebabkan contraction terus duduk dengan hubby untuk semangat dan kekuatan. setiap kali contraction genggam tangan dia kuat-kuat. hati rasa sayu sebab terus terfikir mak. macam ni rasanya mak kita lahirkan kita. sumpah insaf. -,- petang tu dalam pukul 6 lebih nurse panggil sebab fae akan dimasukkan ke ward. lepas ni dah tak boleh lepak sesuka hati dengan hubby lagi bila dah dimasukkan ke ward. boleh jenguk kat ward bila nak hantar barang sahaja. tetiba rasa sedih. masa dah naik ke ward tu hubby naik jugak sebab dia nak hantar beg yang berisi baju fae n baby. alang-alang masa tu time nak berbuka, so fae temankan hubby berbuka. masa tu memang makan banyak-banyak. rasa macam esok lusa tak boleh makan dah. hubby belikan nasi goreng, roti john *feberet kami*, mak bekalkan kuih seri muka dan pajeri terung *feberet fae*. apa pun jadi nak makan puas-puas jugak. hubby belikan air kelapa request by me + hubby bawak air tebu. tajam. tapi nak cepatkan bukaan. minum dua tiga teguk je. takut.  lepas dah siap makan hubby dah kena turun and fae pulak terus masuk ward n berehat kat katil. contraction makin kerap pulak rasa start lebih kurang pukul 10 malam macam tu. masa tu dah rasa macam nak bersalin jugak malam ni. mulut tak berhenti selawat, mengucap dan baca doa Nabi Yunus. disamping tu jugak fae tido mengiring n bila contraction tarik nafas. ni adalah tips yang adik ipar bagitau untuk cepatkan bukaan. *tips for mommy to be

21 July 2013
nurse check masa pukul 12.30am. bukaan 2cm. malam tu memang tak boleh tidur dah. contraction makin kerap. masa tu dah start menangis. sakit dan insaf mungkin. nurse check lagi. bukaan dah 4cm. contraction berterusan. lebih kurang pukul 4pagi mcm tu kot masa tu fae dah panggil nurse dah sebab rasa macam nak terberak. bukan nak terberak orang kata. baby nak keluar. masa tu sakit n tenaga dah berkurang. nurse check lagi. bukaan dah 6/7cm. nurse terus tanya mana baju baby. masa tu hanya tuhan yang tahu. fae ditolak untuk ke labour room. sampai di labour room bukaan dah 8cm. masa tengah-tengah sakit tu tetiba teringat hubby. minta nurse call hubby cepat-cepat. rasa sangat lemah tak bermaya dah masa tu. kuatkan semangat jugak takut takde tenaga nak push nanti. hubby masa tu tak balik rumah. tido kat dalam kereta. sabar menanti. nasib dia terjaga sebab masa kat ward tengah sakit-sakit tu fae ada call jgk tapi dia tak pickup. maybe sebab tido sampai tak sedar hp bunyi kot. staff nurse buat persediaan apa semua dah.masa 8cm tu staff nurse tak bagi push lagi sebab kena tunggu 10cm dulu. woi, mana leh tahan. tapi sungguh masa tu memang dah tak boleh nak tahan lagi. fae pulak yang kemain nak push awal. haha. lepas tu staff nurse suruh push. inilah masanya. habis seluruh tenaga fae keluarkan. push, push and push. tetiba rasa macam tersedar dari mimpi. dah tak rasa sakit macam tadi. boleh pulak fae tanya nurse "err, baby saya dah keluar ke? " sumpah rasa macam kelakar. tapi syukur Alhamdulillah. 3x push je baby dah keluar. fae bertarung nyawa melahirkan satu nyawa. tepat jam 4.29am fae selamat melahirkan seorang puteri secara normal dengan berat 2.84kg. hanya ucapan Alhamdulillah yang keluar dari mulut. hubby? tak sempat tengok dari awal. bila baby keluar je dia baru sampai. sempat tengok baby selepas beberapa saat keluar. masa tu dia terus pegang tangan. terasa ada kekuatan disitu. hilang kesakitan. wajah kegembiraan jelas terpancar kat muka dia. inilah pengalaman yang tak mungkin dilupakan. sakit? dan dan situ hilang sakit semua yang bagai nak menggelupur tadi tu bila nurse letak baby atas badan fae. ya Allah. anak aku ! sebak. :'( masa ni nak menangis je rasa. tapi air mata tak mau keluar sebab rasa happy tu melebihi segalanya. terus usap kepala baby. sesi jahit menjahit dah tak ku peduli lagi. dah tak rasa pape sampai fae boleh tidur kot. muahaha. 

pagi tu fae masih di labour room. dah puas tido dan terjaga tapi rasa mamai lagi. hubby masuk ambil uri dan iqamatkan baby. lepas tu mintak tolong hubby papah fae pergi toilet nak bersihkan diri sebab rasa mcm nak pitam. dah bersihkan diri tu terus baring and rest kat atas katil. hubby pulak dah kena keluar. pukul 12tghari fae dibawa naik ke ward. masa tu ngam-ngam time melawat. hubby terus boleh melawat. rasa syukur sebab dari start pergi hospital hubby tak pernah tinggal fae. tak balik rumah,sanggup tunggu di hospital dan tido kat dalam kereta. fae kena stay kat hospital sampai hari selasa baru discharge sebab antibiotik untuk baby, dos terakhir malam isnin. baby diberi antibiotik sebab fae dah pecah ketuban lebih dari 24hr then takut baby terkena kuman. hari selasa tu dah discharge rasa lega gila sebab ku dah bosan stay kat hospital lama-lama. bhahaha. 

kesakitan yang fae lalui ketika hendak bersalin ni sangat menginsafkan fae tentang kasih sayang terhadap mak n abah fae. bagaimana susahnya seorang ibu melahirkan kita. sesungguhnya kasih sayang mereka tiada tandingannya. Alhamdulillah. fae anggap Allah permudahkan segalanya. terima kasih atas doa kalian semua. :)



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 27, 2013

menghitung hari

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

harap semuanya sihat belaka. kalau ikut last entry fae kononnya nak berjinak balik dengan belog ni tapi takdenyee. ye. saya mengaku ini semua salah saya. tuptup sebulan lepas tu baru muncul balik kan. harap maaf buat semua yang masih sudi singgah n baca entry fae walaupun dah lama tak berupdate. -,-

so entry kali ni takdalah kisah yang sedih-sedih nak share but kali ni saya nak share satu perasan keexcitedan dah mula menyelinap dalam diri. ewah. (kemain ayat tu. memang takda dalam kamus dewan bahasa.) suka nau kau nak guna pakai kan fae. isk. ye syg semua. fae sekarang sedang menghitung hari menanti kelahiran baby sulungkuh. :) oh my, macam tak pecaya pun ada yang fae bakal jadi ibu dah pun. :)

pejam celik pejam celik dan tak sangka fae sekarang diakhir pregnancy. menunggu hari kata kau. -,- sekarang fae dah 37weeks. kalau mengikut due date fae akan deliver baby 19 July 2013 tapi org kata bila dah sampai 37weeks baby dah matang dah boleh deliver bila-bila masa tau. so sekarang tengah persiapkan diri nak hadapi hari gembira tuh. :) adik ipar fae pun dah deliver baby 2weeks awal dari due date means dia deliver baby masa 38weeks. dapat baby girl yang diberi nama : Nur Auni Hadirah. sedap nama tuh juga maksudnya yang baik. :)

bulan 7 adalah bulan yg dijangka fae lahirkan baby. kebetulan pulak, bulan 7 adalah bulan kelahiran suami fae. wah! nampaknya bby boleh celebrate birthday dengan ayah dia. birthday suami fae 9 July maka ada perbezaan 10 hari dari tarikh due date. harap sangat baby lahir pada tarikh yang sama dengan ayah dia. so dah terang-terang dapat hadiahnya kan. hikhik. *jimat kos bak hang.

rasa ke'excited'an ni datang bila hari-hari terakhir menunggu hari deliver dan bila tgk persiapan untuk baby dah complete. masa beli barang baby rasa sebak je sebabnya dulu teman mak beli barang baby untuk adik tapi sekarang bawak mak untuk beli barang baby sendiri, ya Allah. terharu sangat. :') bila pegang baju baby terus rasa tak sabar sangat nak sarungkan kat badan baby fae. suami fae sendiri pun dah rasa excited sangat nak sambut baby. ya Allah mudahkanlah segala urusan kami.

sekarang ni pulak, fae dah stay rumah mak. sebabnya ni 1st baby kan so tak banyak yang fae tau. so nak selamat stay rumah mak at least mak ada dari stay rumah sendiri dan duk sorang-sorang bila suami pergi kerja nanti. bila stay rumah mak suami takdelah risau sangat kan bila fae sakit nak bersalin nanti. :)

bila hari-hari terakhir ni suka belai perut sendiri sebab nanti mesti rindu gila time pregnant ni kan. mesti rindu perut membulat macam ni. rindu jugak cara layanan orang kepada kita terutama suami sendiri. lepas ni bila lahir je baby maka bermulalah tanggungjawab fae dan suami sebagai ibu dan ayah. :)

buat semua, maaf kan fae jika selama ni fae ada terkasar bahasa, menyakiti hati sesiapa tanpa sedar dan doakan semua segala urusan dipermudahkan. In Shaa Allah. semua Allah membalas segala doa kalian. Amin.




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, May 3, 2013

berjinak kembali.

Assalamualaikum 
Hello peeps and readers


Alhamdulillah. hujan rahmat. semenjak dua menjak ni musim hujan melanda. baru je pagi tadi hujan selebat-lebatnya then petang ni continued balik dengan selebat-lebatnya jugak. kalau time panas kemain lagi nak hujan, bila dah hujan ni, nak panas balik ke? hihi

hari ni diberi kesempatan dan peluang untuk fae update belog ni, bila tengok orang update belog je menggeletik tangan nak update jugak. dulu fae adalah blogger tegar jugak, (boleh dikatakan tegar jugak kot. :p) everyday mesti nak update belog sampai kadang-kadang ntah apa-apa yang ku merepek di sini. tapi bila zaman kian berubah, tak berubah sangat tapi fae yang berubah kot sejak dah jadi isteri orang ni memang takda masa nak buat itu ini macam dulu lagi. mungkin ada yang faham.

dulu belog ni lah tempat fae menumpang kasih, kalau bergadoh dengan boyfriend (now, dah jadi husband fae pun) rasa macam tak kisah sangat. tak kawan sudah sebab boleh happy kan diri sendiri dengan blog sendiri and blog org lain. sampai begitu rasa sayang terhadap belog. now bila dia dah jadi husband fae, belog ni ku lupakan. muahaha. nampak. kacang dah lupakan kulit. hihi :P

tapi tapi, bila sekarang dah mula berjinak dengan belog bukan bermakna kekurangan kasih sayang suami tau, (hey, jaat tau u'olls! hehe ) tapi lebih kepada nak mengisi masa lapang balik. lapang sangat ke? act, fae dah tak bekerja lagi, fully housewife tau. haa. lepas tu takda kawan, ni la puncanya gatai nak berjinak balik dengan belog ni. tapi kalau dah deliver baby nanti adakah belog ini ku abaikan lagi? err. in shaa Allah. 

another two months nak deliver baby, rasa excited rasa tak sabar menanti hari tu. can't wait. tapi rasa takut pun ada. semoga dipermudahkan semuanya. in sha Allah. until now fae tak pergi scan lagi tau. nak surprise mungkin. hee. tapi dalam hati ni kuat cakap fae dpt baby boy. Alhamdulillah. tak kisah boy or girl yang penting nak tengok baby tu sihat sudahlah kann. :)

now, dah ramai kawan yang dah bersalin tau, rasa happy je. dulu masing-masing single, then masing-masing sibuk nak kahwin dah, paling ramai taun lepas 2012. time tu semua kawan-kawan duk invite wedding mereka tak ketinggalan diri sendiri jugak. hihi. n this year 2013 masing-masing bakal dapat baby. haa. next year? sama-samalah kita kendong anak yea. hihi. cepatnya masa berlalu.

okeylah, enaf for this time, nanti fae akan cuba update lagi tau. oh ya, mohon semua doakan fae yea. fae nak masak pulak ni nanti asben balik. thanks for reading. 

p/s : jemput singgah online shop fae tau : fb page AreezA Shop 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)