♥ FOLLOWERS ♥

Friday, May 3, 2013

berjinak kembali.

Assalamualaikum 
Hello peeps and readers


Alhamdulillah. hujan rahmat. semenjak dua menjak ni musim hujan melanda. baru je pagi tadi hujan selebat-lebatnya then petang ni continued balik dengan selebat-lebatnya jugak. kalau time panas kemain lagi nak hujan, bila dah hujan ni, nak panas balik ke? hihi

hari ni diberi kesempatan dan peluang untuk fae update belog ni, bila tengok orang update belog je menggeletik tangan nak update jugak. dulu fae adalah blogger tegar jugak, (boleh dikatakan tegar jugak kot. :p) everyday mesti nak update belog sampai kadang-kadang ntah apa-apa yang ku merepek di sini. tapi bila zaman kian berubah, tak berubah sangat tapi fae yang berubah kot sejak dah jadi isteri orang ni memang takda masa nak buat itu ini macam dulu lagi. mungkin ada yang faham.

dulu belog ni lah tempat fae menumpang kasih, kalau bergadoh dengan boyfriend (now, dah jadi husband fae pun) rasa macam tak kisah sangat. tak kawan sudah sebab boleh happy kan diri sendiri dengan blog sendiri and blog org lain. sampai begitu rasa sayang terhadap belog. now bila dia dah jadi husband fae, belog ni ku lupakan. muahaha. nampak. kacang dah lupakan kulit. hihi :P

tapi tapi, bila sekarang dah mula berjinak dengan belog bukan bermakna kekurangan kasih sayang suami tau, (hey, jaat tau u'olls! hehe ) tapi lebih kepada nak mengisi masa lapang balik. lapang sangat ke? act, fae dah tak bekerja lagi, fully housewife tau. haa. lepas tu takda kawan, ni la puncanya gatai nak berjinak balik dengan belog ni. tapi kalau dah deliver baby nanti adakah belog ini ku abaikan lagi? err. in shaa Allah. 

another two months nak deliver baby, rasa excited rasa tak sabar menanti hari tu. can't wait. tapi rasa takut pun ada. semoga dipermudahkan semuanya. in sha Allah. until now fae tak pergi scan lagi tau. nak surprise mungkin. hee. tapi dalam hati ni kuat cakap fae dpt baby boy. Alhamdulillah. tak kisah boy or girl yang penting nak tengok baby tu sihat sudahlah kann. :)

now, dah ramai kawan yang dah bersalin tau, rasa happy je. dulu masing-masing single, then masing-masing sibuk nak kahwin dah, paling ramai taun lepas 2012. time tu semua kawan-kawan duk invite wedding mereka tak ketinggalan diri sendiri jugak. hihi. n this year 2013 masing-masing bakal dapat baby. haa. next year? sama-samalah kita kendong anak yea. hihi. cepatnya masa berlalu.

okeylah, enaf for this time, nanti fae akan cuba update lagi tau. oh ya, mohon semua doakan fae yea. fae nak masak pulak ni nanti asben balik. thanks for reading. 

p/s : jemput singgah online shop fae tau : fb page AreezA Shop 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

5 0 org komen:

hana hadi said...

dah xlama la.tahniah... lepas ni selalu lah update blog :)

dhiera zainudin said...

waaa... sama la dulu blogger tegar. sekarang blogger semput.

2 bulan je lg. semoga dipermudahkan ye~

fae jamal said...

@hana hadi thanks dear :) in shaa Allah akan selalu update :)

fae jamal said...

@dhiera Amin. doakan ye dear. tula kan. kdg2 tak sempat nak update cerita dah hilang dlm kepala. hihi

boni kacak said...

fae.. pewwitt.. lagi dua bulan ye?? tahniah tau..hehehehe. lepas ni, bolehlah rajin2 update blog.. ramai sangat dah yang makin jarang berblog sekarang ni termasuklah saya sendiri.hehehe