♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, June 22, 2011

destinasi seterusnya setelah berada di pahang..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

bila hati manyak syok baru senang hati maa nak story mory kat korang sambil makan buah epal! aww! terbantut semalam nak story kat korang..so hari ni fae continue balik story kat korang tujuan utama fae ke pahang walaupon still mata usha kiri kanan sampai naik juling takut bos sergah! -_-

oke, ni sambungan entry lepas..kalau tak baca, meh baca kat SINI dulu yer..;)) lepas ktorg semua bersiap-siap, da agak cun melecun la konon-kononnya..da puas pelok ciom dengan sepupu semua kitorg gerak ke tempat kenduri sepupu sebelah abah..yg fae tumpang tydo ni kat ruma sepupu sebelah mak..;)

eksaited youu nak pergi jumpa sepupu lagi..oke,yang ni plak kenduri sebelah lelaki..yang lelaki ni sepupu fae..dulu fae pernah story masa kenduri kat sebelah perempuan..untuk tengok muka fae comel lote jum kita tengok masa majlis akad nikah kat SINI dan Majlis Persandingan kat SINI..macam mane comel tak fae?err..sila lempang laju-laju!;P

masa sampai kat tempat kenduri sepupu fae tuh, orang ramai sangat kat dalam rumah sebab adik sepupu fae bertunang pada hari yang sama..jimat kos kan?;) masa org bincang kat dalam fae lepak kat luar je dulu tapi bila dah settle fae dengan sepantas kilat fae terus pergi kat adik sepupu fae yang bertunang tuh..tengok apa jadi-->

::: ni la sepupu fae yang bertunang tuh :::

:: bersama tunangnya ::

:: hantaran dari pihak perempuan ::

:: hantaran dari pihak lelaki ::

:: tak lama lagi dorang ni plak dok kat atas pelamin ::

dah dah..fae dah tak larat nak snap pic lagi..rehat sebentar sambil melantak..hehe..terus ajak mak dan yang lain-lain pergi makan dulu isi perut yang dah berkeroncong..hehe..bukan apa jup lagi nak tengok pengantin pulak! ;) masa yang di tunggu telah tiba..jeng jeng jeng



:: sebelum pengantin sampai..::

ni lah pengantin nya ::


::banyak ni je pic pengantin yang sempat fae snap..batery low!grr! ::

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, June 21, 2011

bergerak ke pahang pulak! menyeramkan! tegak bulu roma aku!

Assalamualaikum..
Selamat petang readers!

walaupon bos ade tapi jari fae tetap menggedik nak picit-picit keyboard..jari ligat menaip, otak berfikir , mata pulak duk menjeling kiri kanan kot kot tiba-tiba bos lalu ke..takpon bos sergah dari belakang! mesty fae melompat nak mampos kalau benda tuh betul-betul jadi..

maka, dengan langkah keselamatan fae letakkan segala document depan mata agar bos ingat fae taip document yang macam penting tapi sebenarnya takda pape pon..haa..*jangan ikut aksi ini di ofis anda!

act, fae nak story pasal hari jumaat lepas..bos suruh kitaorang balik awal..pukul 5..kira awal lah tuh daripada biasa kena balik pukul 5.30ptg..macam tau-tau je kan? sampai rumah je terus kemas baju..pergh! steady je kan..malam kang nak gerak petang baru kemas baju..dasar malas! ;P

da siap semua terus mandi dan siap-siap..pukul 8mlm  kitorang gerak..bukan fae yang drive..malam-malam fae tak nampak..heheh..disebabkan jalan jam abah ikut jalan kampung..aww! seramm kot! kalau pandang kiri nampak hutan, kalau pandang kanan pon nampak hutan jugak..serammm!

abah ada pesan " t sampai kat ***** (fae tak ingat apa nama tempat tuh), kalau nampak apa-apa tengok dan diam je.." erkk! terus cari kain nak selubung muka..sumpah penakut! a'ah! memang fae penakut pon! so standby la awal-awal kan? haha;P mulut pulak jangan kata la..terkumat kamit baca ayat kursi..

tapi Alhamdulillah..tade apa-apa pon yang berlaku.."benda" tuh tak sempat nak tayang muka atau body sekalipon..kalau ada pon memang fae yang pengsan dulu..haha..fae sampai kat rumah sepupu pukul 12..lewat kan..penat jangan kata la even fae duduk je..;)

ktorang makan nasi pulak pukul 2pagi..nice kan? da macam nak puasa pulak! borak-borak ngan sepupu semua, keluar lagi cerita pasal 'benda' tuh lagi..kat depan rumah dorang tuh ada rumah yang dah lama di tinggalkan kosong dekat 2 tahun jugaklah! dan dorang cerita pernah jumpa jugak..dah start serammmm...

tak cukup dengan tuh, bila dorang tengok fae buat-buat berani dorang cerita lagi..malam tuh fae tydo dalam bilik dengan sepupu..sekali makcik fae yakni  mak sepupu fae tuh cerita pulak yang dye pernah tydo bilik yang fae tydo tuh sorang-sorang sekali ade macam orang tarik selimut dye kat hujung kaki..grrr! menyirap! macam mana nak tydo..kuatkan semangat jugaklah!

weyh,fae berani lah weyh..sampai pagi tade pape jadi..<padahal dah selimut satu badan..haha;P> Alhamdulillah, takut jugak..ne tau tetiba dye berhajat nak kacau fae pulak ke kan? selamat la dia tak kacau..kalau tak memang seminggu fae demam..hehe;P


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 20, 2011

KL Gangster filem terbaik Syamsul Yusof!

Assalamualaikum..
Hello readers!

hari ni baru sempat nak update pepagi tanpa gangguan..act, keje tak banyak dan bos plak takda..so memang senang lenang la nak update sesuka hati..kalau hari-hari macam ni mesti best kan?-_-

oke,sekarang fae nak story kat korang movie yang fae tengok last week masa 'ngedate' kat boyfie..tapi masa yang tak mengizinkan..tak sempat la nak story kat korang..kitorang pergi tengok movie KL Gangster! filem yg diarahkan oleh Syamsul Yusof! memang terbaik! ;)

Filem ini dilakon oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Karya terbaru Syamsul bersama sepupunya, Rizal Ashraf dan Datuk Yusof Haslam ini menyelami hati dan kehidupan seorang samseng yang tersepit antara permasalahan keluarga dan dunia gangster.




Sinopsis Filem KL Gangster

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…










 haa..korang kena tengok movie ni sebab :

  • filem ni filem aksi terbaik..tak nampak kaku, tak nampak mcm di buat-buat! memang nampak real.
  • filem ni hanya pertaruhkan hero-hero belaka! tapi still gempak!
  • susunan cerita yang baik..
  • walaupun ni filem aksi tapi kehadiran Zizan juga membuatkan penonton tak kering gusi
  • lakonan yang berbeza dari Syamsul Yusof dan Aaron Aziz
  • malas nak cerita banyak, memang rugi kalau korang tak tengok!
  • filem terbaik dari Syamsul Yusof..kutipan hari pertama 1juta..
  • dan sehingga ke hari ni kutipan dah mencecah 11juta..haa..hamek kau! gangster betul!


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)