♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, April 19, 2011

kepercayaan karut ketika haid

kepercayaan karut @ mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza.Antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia adalah :

MITOS : Tidak boleh mencuci rambut ketika haid kerana ia akan menyejukkan badan
HAKIKAT : Ketika inilah aspek kebersihan sangat penting. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut. Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut. Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yg terlalu sejuk kerana secara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk

MITOS : Tidak akan hamil jika mengadakan seks ketika haid
HAKIKAT : Tidak benar! Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid.Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung. Haid bukan pencegah kehamilan.Anda masih boleh mengandung kecuali jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS : Sindrom prahaid (PMS) hanya mainan perasaan saja
HAKIKAT : Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS : Orang boleh tahu jika anda haid
HAKIKAT : Tidak! Hanya anda saja yg tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haid terkena pakaian. Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana org tidak akan tahu dgn hanya melihat anda .

MITOS : Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti lasak.
HAKIKAT : Haid adalah fungsi badan yg normal bagi wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. Anda bole melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yg mengalami pendarahan byk atau ada masalah anemia (kurang darah). Zaman dahulu, haid di anggap tempoh 'sakit' bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan org ramai.

MITOS : Tempoh haid hanya tujuh hari sahaja
HAKIKAT : Tempoh haid setiap org berbeza. Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari, tetapi jika haid anda pendek (3 hari) atau panjang (8 hari) usah bimbang kerana ia adalah perkara normal. Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak di kira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah. Bagi wanita islam, ibadat yg wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami pendarahan.

MITOS : Tidak boleh berenang ketika haid
HAKIKAT : Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan 'cawan' penadah darah haid (kurang popular). Wanita yg menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS : Remaja tidak boleh guna tampon.
HAKIKAT : Semua perempuan boleh menggunakan tampon. Bagaimanapun kebanyakkan wanita di Malaysia lebih selesa menggunakan tuala wanita yg bukan sahaja murah dan mudah malah ia dapat mengelakkan masalah 'terlupa' utk mengeluarkan tampon.

MITOS : Sesetengah amalan dapat memanjang @ memendekkan kitaran haid
HAKIKAT : Tidak benar! Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid. Bagaimanapun penggunaan alat pencegah kehamilan yg mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, April 18, 2011

saya kena intai !

haa..ni sape plak yg brani-brani nak intai fae neyh! hish! spoil mood btul lah! brani ye intai anak dara org! marah neyh! marah sgt2! <mcm tak garang je..> haa..rilex dulu.. ibu ibu bapak bapak..siapa yang punya anak bilang aku..haha..<-- da la mengarut je..nyanyi bagai..okelah,berbalik kepada tajuk asal..korang nak tau, pagi tadi fae kene intai..huhu..

korang nak tau sape yang intai fae? bukan nak bukak pekung di dada..haish..sedeyh btul..fae kene intai dengan...dengan abah fae sendiri! haa..korang jangan terkejut plak..bukan abah fae intai fae mandi ke,intai tyme tuka baju ke ape..tak baik nok pk yg bukan-bukan..sebenarnya dye intai fae mase fae ngah makeup2..ngah belek-belek muka..haha..lawak je..wat malu je..

pagi tadi kat dalam bilik da siap2 fae pon nak la makeup muke cikit bagi berseri-seri bila jumpe bos nnti..haha..fae pon bukak la pintu bilik terbentang luas..bukan tak pakai baju pon..nak makeup je..fae pon start la belek-belek muka..touch up sana sini..sekali fae rase mcm ade org tgk fae..fae pon tgk la kat pintu..rupenya abah fae yg ngah tgk intai-intai! pas 2 dye terus gelak..dye cakap "abah nak tengok kau belek muka ada cakap sengeh sorang-sorang tak?" pa2 dye gelak lagi..hampeh!

aq ape lagi terus gelak mengekek la..fuhh! selamat masa belek muke tadi muka aq siyes je..tade ckp sorang-sorang mcm selalu..klu tak memang malu gila lah bila abah yg usha..buruk sungguh perangai anak dye..ala biasa la..korang pon mcm 2 jugak kan?sambil belek-belek muka sambil ckp sorang-sorang wat muka paling buruk n paling huduh ke..hahaha..aduyai..bila ingat-ingat balik memang lawak betul la..rupa-rupanya abah fae teringin nak tengok perangai buruk anak dye depan cermin..haha..isk isk isk...

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

saya menang motor! ;)

hye peeps! morning!;) masuk ofis aty berbunga-bunga riang sebab fae menunggu keputusan contest adik-beradikku yang cute..dengan ini di isytiharkan bahawa pemenang utama jatuh kepada:

jeng jeng jeng
.
.
.
.
dengan pic ini la yg membuatkan saya menang motor
.
.
.
.
taraa!

.
.
.
.
saya menang CONTEST ni!
korang mesti ingat fae tipu kan?
tak pecaya?
betul ni tak pecaya?
haa..
korang tgk lah sendiri
kat SINI <click>

haa...mcm mane?betul tak?den tak tipu kan?den menang motor! haha;P <-- tipu je..tak menang motor pon..acah-acah je tadi..ape pon hadiah yg akan diterima dari FADHIRUL yakni penganjur fae terima dengan hati terbuka!;) excited kot 1st menang dlm banyak-banyak contest yg fae join!;) tak sangka lansung fae bole menang sebab yg join memang ramai! byk saingan! n yg lain-lain pon memang gempak sgt2!;) nway, terima kasih kepada pihak penganjur..klu bole buat la contest lagi ye..sure fae akan join;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)