♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, April 19, 2011

kepercayaan karut ketika haid

kepercayaan karut @ mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza.Antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia adalah :

MITOS : Tidak boleh mencuci rambut ketika haid kerana ia akan menyejukkan badan
HAKIKAT : Ketika inilah aspek kebersihan sangat penting. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut. Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut. Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yg terlalu sejuk kerana secara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk

MITOS : Tidak akan hamil jika mengadakan seks ketika haid
HAKIKAT : Tidak benar! Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid.Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung. Haid bukan pencegah kehamilan.Anda masih boleh mengandung kecuali jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS : Sindrom prahaid (PMS) hanya mainan perasaan saja
HAKIKAT : Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS : Orang boleh tahu jika anda haid
HAKIKAT : Tidak! Hanya anda saja yg tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haid terkena pakaian. Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana org tidak akan tahu dgn hanya melihat anda .

MITOS : Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti lasak.
HAKIKAT : Haid adalah fungsi badan yg normal bagi wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. Anda bole melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yg mengalami pendarahan byk atau ada masalah anemia (kurang darah). Zaman dahulu, haid di anggap tempoh 'sakit' bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan org ramai.

MITOS : Tempoh haid hanya tujuh hari sahaja
HAKIKAT : Tempoh haid setiap org berbeza. Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari, tetapi jika haid anda pendek (3 hari) atau panjang (8 hari) usah bimbang kerana ia adalah perkara normal. Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak di kira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah. Bagi wanita islam, ibadat yg wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami pendarahan.

MITOS : Tidak boleh berenang ketika haid
HAKIKAT : Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan 'cawan' penadah darah haid (kurang popular). Wanita yg menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS : Remaja tidak boleh guna tampon.
HAKIKAT : Semua perempuan boleh menggunakan tampon. Bagaimanapun kebanyakkan wanita di Malaysia lebih selesa menggunakan tuala wanita yg bukan sahaja murah dan mudah malah ia dapat mengelakkan masalah 'terlupa' utk mengeluarkan tampon.

MITOS : Sesetengah amalan dapat memanjang @ memendekkan kitaran haid
HAKIKAT : Tidak benar! Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid. Bagaimanapun penggunaan alat pencegah kehamilan yg mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

15 0 org komen:

[sutera kasih] said...

thanks for sharing info !! :)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

nice info dear... ;) suke! ^^

fae jamal said...

sutera : welcome dear!;)

fae jamal said...

cik bunga : thx ya!;)

Halimatun Sa'adiah said...

elakkan khurafat yea...

fae jamal said...

matun : yup..betul3..;)

auctions said...

betul ker klu pompuan sdg haid...lg manja dn perlukn perhatian lebih??...satu persoalan gak nie...

kindergartenlibrary said...

Tengss kongsi !!
=)

Unknown said...

yess gud info..
errr malu ar kalau lelaki bc..hahahah

fae jamal said...

cik aish : lelaki pun perlu tahu jugak!;)

Myra Anne said...

tp klu tgh period kte mudy2..nnt org ckp "haa,tgh period ah tu!" hahahaha... las2 org tau gak..

Cik Pipi said...

nice ! thc for sharing ;)

fae jamal said...

myra : haha..yela tu..tyme period hormon kita berubah..;) 2 yg asek nak mara je..hehe

fae jamal said...

misshy : yw dear!;)

Mohd Fauzi said...

awas lelaki sedang membaca hehe

http://belajarcukai.blogspot.com/