♥ FOLLOWERS ♥

Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2 : aku kena debik !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

baru balik dari pergi makan ni..perut kenyang walaupon rasa macam nak terbuang balik..ohh rasa macam sia-sia je makan..tak sempat duduk berjam dalam perut comel ni, tetiba dah ditendang keluar..nasib lah, makan pon benda-benda pedas..hamek habuan! -,-

takpelah, kuatkan jari jugak menaip walaupon muka dah kerut seribu..jangan tanya kenapa muka kerut, ni semua penangan makan pedas..sakit perut..-,- ni sebab dah ada masa terluang nak update, takut karang cerita ni dah basi baru terkedek-kedek nak update pulak..sungguh tak best ! 


okeylah, straight kepada isi-isi penting..hari Ahad lepas fae dengan incik tunang pergi kenduri salah seorang sahabat yang telah mendirikan rumah tangga..Selamat Pengantin Baru kepada Farhana dan pasangannya..semoga kekal hingga ke anak cucu..;)


rasa macam teruja tengok kawan sendiri..sumpah cantik giler..nak cantik macam dia juga..;) fae dengan incik tunang sampai sana dalam pukul satu lebih dan tak lama lepas tu pengantin sampai..best dapat tengok pengantin bersanding! :)

selepas menjamu selera, fae dengan incik tunang meneruskan perjalanan ke Sunway Piramid pulak..actually memang dah lama nak pergi tapi tak sempat je..ktorang hanya nak pergi G Factory..bila dah pergi sana terus pergi kat G factory tengok tengok jam sampai meleleh air liur dan balik..haa..ye balik..tak sampai setengah jam pon pergi..kihkih..penyakit malas nak berjalan..-,-


tengok jam awal lagi so ktorang pergi pulak dekat e@Curve usha jam untuk hantaran..Alhamdulillah..ada yang berkenan di hati jugak..lepas tuh ktorang decide nak pergi tengok movie pulak : Adnan Sempit 2..haa..fyi, ni kali pertama untuk tahun ni ktorang pergi tengok movie..lama jugaklah ktorang tak tengok movie macam dulu..kalau dulu every week ktorang tengok movie je..-,-

Oh ya, korang da tengok Adnan Sempit 2? jangan teragak-agak nak pergi tengok ye, sebabnya filem ni buat korang gelak terbahak-bahak tanpa henti..tak percaya korang pergi..dan kerana Adnan Sempit ni la jugak fae kena debik..kena debik dengan sapa? sapa lagi yang duduk sebelah fae..fae kena debik sebab fae dah debik dia dulu..muahaha;P bukan apa cerita ni lawak sampai rasa nak hentak-hentak orang..maka dengan itu, fae la jadi mangsa hentakan dia..haha..sumpah lawak giler..korang pergi la tengok nanti yea..


yeah, untuk filem ini fae bagi 4/5 bintang..pelakonpelakon nya sungguh tidak mengecewakan..memainkan watak watak yang cukup kelakar..pecah perut der ! tak busuk bro ! x__x

p/s :

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

4 0 org komen:

Unknown said...

pergh..ombak rindu pun tak berkesempatan lagi nak tgk..ni dah kuar lak cerita baru yang best..adoiyai.

Cik Nurul said...

terbaik.. adnan sempit memmang lawak gila.. :-)

fae jamal said...

@Boni JLL3 haha..tggu astro first suda..;)

fae jamal said...

@Cik Nurul kan?sgt2 lawak