♥ FOLLOWERS ♥

Monday, October 3, 2011

novel paling best yang pernah fae baca! ~ Lafazkan Kalimah Cintamu !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

fae nak share + review satu novel yang fae baca ni..kepada pembaca novel fae wajibkan korang untuk membaca novel ini --> Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah..



Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

korang baca sinopsis, rasa macam tak best? yea..fae pon mengaku, macam tak best je dia punya sinopsis..tapi tapi bak kata pepatah inggeris "don't judge a book by its cover!"..masa mula2 tengok selamber je fae cakap "macam tak best je cerita novel ni..dah la tebal gila..malas pulak nak baca.." tapi sekali korang dah baca sumpah taknak tinggal n tak sabar nak habiskan..siyes weyh..layan habiss!

macam-macam kisah suka duka weyh..part yang sedih plak, tak tipu la..memang meleleh air mata..mencurah-curah weyh..part lawak,jangan cerita la..terburai isi perut korang kalau gelak..memang bersepah lawak..tak bosan langsung..dat y fae berani cakap ni novel paling besh yang pernah fae baca..;)

fae bagi 5 star lah..memang tak rugi kalau korang baca..fae pon taktau nak cakap cemana yang novel ni memang best gila la..tak rugi korang beli..siyes! ;) selamat membaca ye semua! ;)

=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

12 0 org komen:

.kozue. said...

kalau dah setat baca, memang melekat la sampai ending heh o.O

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

fae leh ganti sis jadi librarian lah mcm nie =)

Unknown said...

owh..cara kamu review ni macam menarik perhatian saya untuk baca jugak..hik

fae jamal said...

@ .kozue. : aah..memang betul! ce kamuu baca confirm best gila..melekat sampai tanak tggal..hehe;P

fae jamal said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid : tula pasal sis..kuat baca ni..hehe;P

fae jamal said...

@ Finaz Jaafar : tak rugi kamu baca novel ni sygg..;D

CikTeddyCorner said...

dh lama buang hobi bce novel..huhu

Zana said...

Tak suka baca novel , so tak best laa . ehehe :P

Zana said...

Tak suka baca novel , so tak best laa . ehehe :P

Perfumes Farm said...

hi..lets join Perfumes Farm Contest and grab a chance to win fragrance mist from Victoria's Secret..

view the link for more details:
http://perfumefarm.blogspot.com/2011/09/perfumes-farm-contest.html

NADIA RAJAMI said...

nk pinjam..;p

Anonymous said...

novel ni memang best...rugi kalau x bace :)