♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, July 5, 2011

aku menangis SEKALI LAGI ! malu ouh!

Assalamualaikum..
Selamat petang readers..

tengahari tadi fae makan dekat Restoran Santai Mutiara Damansara..;) kat situ fae makan nasi paprik ayam! sedap tapi rasa macam tak cukup je..haha..lapar perut tahap dewa lah! sekali tengok nasi dia macam tak cukup je..boleh tak nak refill nasi? haha;P tanjat boboi!

dengan bahu yang kian tak berapa nak oke ni, fae story kat korang sikit lah movie yang fae tengok last weekend dengan buah hati! lepas kitorang pergi kenduri dan beli barang ktorg pergi ke Brem Mall sebab fae gedix sgt nak tengok movie Sekali Lagi..-__-

oke, fae cerita serba sedikit kat korang yang belum tengok movie Sekali Lagi ni --->



Lakonan mantap oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani , Mia Sara Nasuha, Bront Palarae,Kartina Aziz, Shasha, Zul Handy Black,Ana Dahlia dan Bob Lokman..

SINOPSIS FILEM SEKALI LAGI
Sekali Lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman

apa yang terjadi seterusnya? korang kena la tengok kan..;)

komen fae tentang filem ni :-

  • sebuah filem yang menghayat hati..yang perempuan tuh bawak la tisu banyak-banyak sikit sebab fae pon meleleh jugak..depan boyfie..sumpah malu!
  • adik mia memang comel..nampak keserasian dia dengan Lisa dan Shaheizy Sam
  • rasa macam tak masuk akal bila adik mia jalan sorang kat tengah-tengah bandar..bahaya tuh!
  • untuk filem ni fae bagi 3/5 ! ;)
  • selamat menonton la ye!



p/s :
  • menangi iPad, Play Station 3, iPod Touch dan kad prabayar bernilai RM300 di ---> SINI
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

9 0 org komen:

kindergartenlibrary said...

macam best je !

fae jamal said...

nelly : memang best tau! ;)

Niena Muhammad said...

sy tau blog pilihan abg ben suma best2 .. sy follow sni :D

Acik said...

dr blog abang ben. wah, bes dipromote kat sana kan!

ProfHariz said...

Best citer tuh.. I like :)

Unknown said...

wow..macam best jer cite ni..hee

singgah dr blog bro ben..

Invisible Me said...

bila lar boleh tengok.
macam menarik.

Alif Haris said...

kene tgk jgk nih .. hehe :)

tieykah said...

besh tak citer niyh?

T_T