♥ FOLLOWERS ♥

Friday, June 3, 2011

kau binatang ke setan !

saat menatap akhbar berita yang memaparkan kisah bayi yang dibuang dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul, timbul rasa geram,marah dan sebagainya! hish ape nak jadi dgn manusia sekarang..sedeyh gile tgk baby tuh..bayangkanlah ia di buang dari tingkat atas! tak syg anak ke weyh?yg lebih menyakitkan hati individu yang dipercayai terbabit adalah seorang lelaki dan wanita berusia 20an yg tidak diketahui status hubungan mereka! grrr! kau ni binatang ke setan hah!

berita mengenai kisah ini : Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Polis menjejaki seorang lelaki dan wanita berusia 20-an dipercayai individu yang terbabit mencampak seorang bayi lelaki hingga mati dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul, disini, Selasalalu. 

Difahamkan, pasangan berkenaan yang tidak diketahui status hubungan mereka dikatakan menginap di blok berkenaan beberapa bulan lalu dan wanita terbabit dalam keadaan sarat mengandung.

Bagaimanapun, sebaik kejadian berlaku malam kelmarin, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri dipercayai sejurus bayi terbabit dibuang dari pangsapuri 15 tingkat berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang memburu pasangan berkenaan yang dipercayai dapat membantu siasatan polis

“Bagaimanapun, sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di setiap rumah blok berkenaan gagal menemui pasangan itu dipercayai melarikan diri. 

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu polis menjejaki pasangan berkenaan,” katanya. 

Akhbar semalam melaporkan, seorang bayi lelaki cukup sifat baru dilahirkan ditemui di atas jalan dalam keadaan kepala pecah dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri. 
Bayi masih bertali pusat dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap oleh penduduk pangsapuri berkenaan jam 11.45 malam di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.

inilah bayi yg telah di buang oleh pasangan berkenaan!

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

5 0 org komen:

qaseh tia said...

tanpa..dekat akhirat nanti adelah balasan dia..


kalau dpt tgkap sape yg buat boleh suh dia plak terjun dr tgkat 5.. sakit xsakit..hurmmm sedih

aishah said...

masyaAllah...kesiannya baby tuhh...

fae jamal said...

puan tia : betul tu kak..bia dye rasa mcm mne bby tuh rasa..geram je..cian bby tuh..

fae jamal said...

aishah : yela tuh..memang kesian,tak sempat nak tgk dunia da kena cmpak..huhu;-(

mA!sAra said...

kesian baby tu..moga ALLAH balas perbuatan mereka..