♥ FOLLOWERS ♥

Saturday, May 21, 2011

tragedi tanah runtuh meruntunkan jiwa kita...

as we know,kejadian tanah runtuh yg berlaku petang semalam di Jalan Sungai Semungkis,Hulu Langat sgt menghayat hati kita semua..tanpa disangka tanpa di duga ia dtg..tak kira tengah gembira tengah berduka ia dtg menjengah n merubah segalanya..kenapa ia berlaku kepada mereka iaitu anak-anak yatim..kenapa tidak berlaku kepada org-org lain? fikirlah sejenak?Allah memberi kita peringatan supaya kembali kepadanya bagi kita yg lalai..nauzubillah..

banyak kejadian tanah runtuh meragut nyawa berlaku di Malaysia beberapa tahun yg lepas. Sumber yg diperolehi dari Metro menjadi peringatan kepada kita tentang tragedi tanah runtuh yg pernah berlaku sebelum ini adalah :

  • 11 Disember 1993 - 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor ,runtuh akibat gelinciran tanah, sekaligus meruntuhkan bangunan berkenaan.
  • 25 Disember 1997 - Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor
  • 15 Mei 1999- Seorg kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yg menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.
  • 2 November 2002 - Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yg juga bekas Pengerusi Affin Bank,ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz,anaknya , Hijaz, dua menantu,dua cucu serta dua pembantu ruumah Indonesia
  • 31 Mei 2006 - Empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dlm runtuhan tanah yg memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor
  • 30 November 2008 - Dua beradik mati tertimbus dalan insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor . Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan,16, dan adiknya Nurul Intan Sarina,9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu
  • 6 Disember 2008 - Tragedi Tanah Runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa,Ampang, Selangor mengemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 buah banglo.

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

2 0 org komen:

wanzafirah said...

sungguh !
kita hanya mampu berdoa saje ..

fae jamal said...

al-fatihah kpd mereka...