♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, September 17, 2014

throwback - baby NQIZ 4 months old :)

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers

hari ni nak sambung lagi entry throwback tau. harap semua sudi baca even cerita agak basi sikit la. haha. tengah bosan tu meh baca sepatah dua kata coretan ku. al-maklum tetiba fae datang rajin nak update sebabnya kalau tak update nanti dah terus lupa dah saat-saat terindah ini. :)

ok now nak story about aireen semasa berumur 4 bulan pulak tau. actually memang nak story tumbesaran aireen every month supaya nanti kalau preggy lagi (if ada rezeki lagi) boleh refer entry-entry lama. boleh tau part-part umur macam ni aireen boleh buat apa. throwback jugak lah kann. hee.

masa umur 4 bulan ni apa yang aireen tau buat? dia dah start membebel dah tapi taktau apa yang dia nak cakap sebenarnya. nampak sangat mulut tu cap ibu. banyak cakap sangat. haha -,- masa ni bila kita agah-agah dah pandai nak senyum dah. senang kalau ibu nak amik pic baru nampak seri sikit bila baby dah pandai senyum. tapi kadang-kadang tu mana maunya dia nak senyum. saja nak sabotaj ibu. hehe. :)

setengah baby bila masuk 4 bulan dia dah pandai nak pusing badan nak meniarap kan? tapi sesungguhnya tumbesaran setiap baby bukanlah sama tau. so diharap ibu-ibu bersabar. pekakkan telinga bila ada anasir-anasir tak sedap didengar pasal anak kita tu tau. buat kita rasa down je nanti. pedulikan mereka. begitu juga aireen. masa ni dia tak pandai apa sangat. cuma kadang-kadang dia mengiringkan badan masa tido. ada juga orang cakap itu ini tapi fae abaikan je. sematkan dalam hati setiap baby tak sama tumbesaran dia. :)

Alhamdulillah. masa umur 4 bulan ni fae still fully breastfeed baby. tak campur dengan formula milk pun. ya Allah. selalu sangat berdoa hope susu cukup untuk baby sampai 2 tahun. InsyaAllah. fae pulak takda ambil sebarang supplement. banyak makan ulam-ulam je. yeke? sikit-sikit je la. takda la sampai kena makan ulam hari-hari. hehe ;p






setiap hari fae tak sabar apa yang bakal jadi hari esok. means apa perkembangan aireen pada esok hari. yela, mana tau kan hari ni dia belajar meniarap esok dah merangkak.( ok tipu je!) hehe. ibu dia memang over excited sangat kan. Alhamdulillah sebab hari-hari dapat tengok anak membesar depan mata. seronok tau dak. taktau nak cakap macam mana lagi dah ! :)

okeylah, next entry bakal menyusul nak story pasal aireen masa umur 5 bulan pulak. hampa jangan bosan pulak tau! :) ok bye! 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, September 10, 2014

throwback - baby NQIZ 3 months old.

Assalamualaikum semua :)
Hello peeps and readers

rindu makin tidak terbendung dah ni. nak update belog tak lepas-lepas. hari ni kejan jugak bagi dapat satu entry. haa. faham ke apa yang cheq dok beletiaq nih? haha. last week nak update - tak jadi. this week nak update macam sama jugak je tapi kali ni cheq bagi jadi jugak update naa. hihi -,-

ok macam biasa ini entry throwback jugak. jangan marah haa. :) kali ni nak story mory pasai anak masa dia umur 3 bulan. bukan apa fae nak abadikan jugak sedikit perkembangan anak every month nih. siapa yang dah ada anak tu tau la perasaan dia macam mana. anak boleh mengiring pun syok, anak boleh meniarap pun syok. serba serbi syok lah. haha :)

masa 3 bulan ni apa dia tau? dia tau duk ikut ibu dia p jalan jela kan. hehe. nasib la nak dapat mak bapak kuat berjalan. kalau orang tua-tua tak bagi lagi baby keluar rumah. at least 6 bulan baru boleh nak bawak keluar. tapi sekarang ni dah habis pantang je berdesup keluar. haha. tak kata kat orang tapi kata kat diri sendiri je ni :p apa yang aireen pandai buat masa ni, dah pandai senyum bila orang agah dia. syok sikit kan sebab penat ibu buat muka aireen takda feedback pun sebelum ni. tapi sekarang agah je dah boleh senyum. lepas tu tido pun dah nak start lasak. dari elok-elok tido dah pandai mengiring sendiri. ikut keselesaan dia la kan. masa ni nak buat keje senang lagi sebab aireen suka tengok tv. bagi dia tengok upin ipin dah syok dah dia. ibu boleh buat keje sampai siap. ekeke :p Alhamdulillah. aireen sangat senang nak jaga. tak mudah menangis. senang keje ibu ! :)

masa umur 3 bulan ni fae dah start bawak dia ke majlis keramaian. contoh macam pergi kenduri. pergi mall. haa. gitu. kalau keluar pun dengan kadar segera pulang ke rumah. tak berani nak balik malam-malam lagi. syukur Alhamdulillah. aireen tak menangis tak melalak. kalau berjalan dia banyak tido je lagi. tunggu dia besar sikit confirm ibu ngan ayah pening dia dah pandai mintak itu ini. haha. matilanak. -,-

masa ni masa banyak dihabiskan kat rumah je. lagipun fae tak kerja kan. mengadap aireen 24hour je sambil bisnes online. :) oh ya, masa umur 3 bulan ni la aireen kena batuk hampir sebulan baru hilang. kesian sangat dekat dia. pergi klinik bagi ubat still takda apa-apa perubahan sampai satu tahap fae stop bagi ubat and bf kan dia je. Alhamdulillah. hilang jugak. betul orang cakap susu ibu sangat-sangat bagus for baby. :)

oklah, jemput lain sikit pic aireen masa dia 3 bulan  :)







sekian terima kasih sudi baca! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, April 2, 2014

throwback - kisah AidilAdha 2013

Assalamualaikum semua.
Hello peeps and readers

sungguh meleset azam ku yang satu nih. kata nak jadi blogger tegar macam dulu tapi cis bedebah. haha. tengok. tah bape bulan baru muncul nak update nih. kenapa dengan kau ni fae oi. pls pls wake up! hee. tengok belog mampu senyum je sebabnya bila nak update je kemain banyak halangan pancaroba dunia. ha gitu payahnya nak update -,-

ni petang ni update jugak la sepatah dua kata. sekarang dunia meratapi TRAGEDI MH370. Allah. darimu kami datang kepadamu kami kembali. Innalillah. walaupun takda family terdekat terbabit tapi hati ni tetap menangis kerana sebahagian mereka adalah saudara islamku. Alfatihah.

nak story pasal life fae sekarang. tak beza cuma yang beza anak yang dah semakin besar. Alhamdulillah sekarang aireen dah 8bulan dah pun. super excited sangat sebab dia dah boleh makan tau. seronok tengok dia makan. everyday rasa nak bagi dia makan benda-benda baru tau. hee :)

sekarang nih fae nak share dulu pic aireen masa dia 3 bulan. haa. tengok, baru sekarang nak update tau. kesian ai. -,- masa aireen 3 bulan nih raya haji. dapat lah ktorang beraya disebabkan masa raya puasa ktorang tak dapat beraya tau. i'olls dalam pantang. tengok orang makan sedap-sedap je. nangis tau -,- masa ni pulak dah abis pantang tapi still ada benda yang tak boleh makan lagi. at least boleh lah makan jugak kan santapan hari raya. teringin sangat bak ang. dapat makan tak cerita banyak. ngapp! :)

raya haji taun ni macam biasa beraya rumah mak mertua jugak. tema taun nih hitam+oren. pakai baju yang dah sedia ada je. ayah baju melayu colour hitam, aireen baju jubah colour oren dan ibu plak baju kurung moden colour hitam+oren. haa, tengok ibu kena fair biar sama dengan dua-dua kesayangan ni tau. :) pagi-pagi kemain excited sebab boleh pergi beraya rumah saudara mara sebelah hubby. sukaaaa. :)

dimulakan dengan menziarahi kubur tapi disebabkan baby still kecil lagi fae dan adik ipar stay dalam kereta je. lepas pergi kubur ktorang pergi rumah sedara mara sebelah hubby. dapat lah makan makanan yang tak dapat fae makan masa raya hari tuh. :)

oh ya, yang tengah baca nih jangan terkejut ke apa tau sebab nih adalah entry throwback semata-mata. ni sebab fae malas update tapi nak jugak selitkan cerita ni dalam belog kesayangan ni. so nak tak nak sapa yang dah baca tu layan jelah kan. hehe. ok now, kita layan pic okeh. masa nih aireen 3 bulan tau. dia tak boleh buat pape lagi, tapi dia dah pandai ajak berborak tanpa mengira waktu, yakni tengah malam buta pun dia boleh ajak ibu berborak tau. heee. ngade! ;p




pic dengan ayah mana? err. takda. ayah tolong amik pic je. haha. kalau dulu memang pic ibu dengan ayah je tapi sekarang dengan si kecik ni jela kan. ayah mohon jangan jeles okeh. hahaha ;p

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)